Wednesday, November 24, 2010

Masaalah remaja di BTP

Susah untuk kita puaskan hati semua orang, namun sebagai seorang sahabat yang sayangkan jemaah islam ini, aku sedia menjadi pendengar setia kepada mana mana sahabat atau ahli jemaah yang ingin berkongsikan cerita suka duka mereka samaada di Tasik Puteri atau di tempat kerja atau dimana sahaja.

Aku berharap dengan luahan hati ini, akan dapat menyelesaikan masaalah yang dihadapi mereka atau setidak tidaknya memberi kelegaan minda kepada mereka.

Malam ini aku ingin konsikan satu luahan perasaan oleh salah seorang sahabat kita yang kecewa dengan sikap remaja di BTP.

Dari pemerhatian penulis sendiri, memang agak merisaukan dengan masaalah sosial yang berlaku di BTP dewasa ini. Remaja remaja perempuan dan lelaki bebas bergaul di sekitar medan puteri, Puteri Central Park, Kedai makan dan kawasan kawasan sunyi tampa ada teguran dari pihak masjid atau surau.

Perlakuan sumbang ini seolah olah diredhai perbuatanya oleh pihak masjid atau surau atau ahli agama seperti ustaz uztaz atau cikgu cikgu yang sepatunya menjadi pembimbing remaja ini kejalan yang di redhai Allah.

Memang kita tidak boleh salah kan guru guru atau ustaz ustaz sepenunhnya, ini adalah kerana tanggung jawab mendidik sepatutnya diletakkan dibahu Ibu Bapa remaja itu sendiri. Namun kesibukkan Ibu Bapa ini mencari rezeki diluar dari BTP menyukarkan mereka untuk memantau sepenuhnya aktiviti harian anak anak mereka. Dan saya rasa tidak menjadi kesalahan jika tugas menegur dan menasihat ini di buat oleh para ustaz, guru-guru atau pemimpin setempat.

Sebagai Insan yang berdaulatkan Tuhan yang satu iaitu Allah Subhanahuwataala, sudah semestinya tugas ini menjadi kewajipan setiap antara kita. Sikap saling ingat mengingati harus dijadikan amalan, dan sikap ini harus disuburkan kedalam hati setiap penduduk di BTP ini.

Jika sikap ini dapat di didik, insyaalah, semua perkara akanmenjadi mudah.

Berbalik kepada masaalah tadi.

Pengadu sebelum ini, pernah menasihati remaja-remaja yang bermasaalah ini, namun apa yang mengecewakan beliau adalah, sikap remaja remaja ini yang lansung tidak menghormati orang tua sepertinya.

Jadi cadangan dari pengadu supaya satu jawatankuasa ditubuhkan untuk menanggani masaalah masaalah sosial remaja di BTP ini. Jawatankuasa ini mestilah dianggotai oleh belbagai pihak seperti pihak masjid, surau, rela, persatuan penduduk, dan polis.

Dengan adanya jawatankuasa ini satu surat kuasa boleh dikeluarkan dan proses untuk mencegah maksiat dan gejala sosial ini akan lebih mudah di jalankan.


Akhirnya, pengadu berharap, semua pihak yang terlibat, jujur dalam menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka. Janganlah jadi seperti bangau oh bangau. Hanya tahu mencari salah dan menyalahkan orang lain. Kita sepatutnya bangun, sayangi bangsa kita.

sekian.

End : 2.30am|23112010

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP