Thursday, June 25, 2009

Hari Keluarga PAS BTP


Program yang dirancangkan selama ini kian hampir. Hari keluarga PAS BTP akan berlangsung pada pagi ahad ini di Puteri Central Park. Ia akan diserikan dengan pelbagai acara sukaneka, bbq kambing dan ayam serta bermacam juadah makanan.

Semua penduduk dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut sambil menambah hubungan silaturrahim diantara semua penduduk. Program dijangka akan dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Selayang iaitu Hj Mohamad. Semua ketua cawangan PAS di sekitar kawasan BTP juga dijemput hadir sama.

Semoga majlis ini nanti akan mendapat keredhaan dan keberkatan dari ALLAH s.w.t. dan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dan mendapat sambutan yang baik dari semua penduduk sekitar. Ini merupakan salah satu program bersama rakyat yang akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Read more...

Monday, June 22, 2009

PROJEK RAKYAT DI BTP SEDANG GIAT DIJALANKAN




















Projek menambahbaikan kemudahan infrasturuktur di Bnadat tasik Puteri sedang dilaksanakan secara berperingkat yang mana antara perkara utama adalah menurap jalan, lampu jalan, papan tanda jalan dan sebagainya. Contoh adalah di hadapan Sekolah kebangsaan Bandar Tasik Puteri iaitu menurap kaki lima jalan bagi kemudahan ibubapa semasa menghantar dan mengambil anak dari sekolah.

Ini kerana penyelenggaraan di Bandar Tasik Puteri belum diserahkan sepenuhnya kepada pihak MPS bagi tujuan penyelanggaraan. Dijadualkan pihak pemaju akan menyerahkan hal penyelenggaraan kemudahan di Bandar Tasik Puteri ini sebelum berakhir tahun ini.

Sebelum diserahkan sepenuhnya, pihak pemaju perlu memastikan semua kemudahan berada didalam keadaan yang baik. Penduduk di BTP diharap dapat bersabar sementara proses ini berjalan dan diharap semua yang dirancangkan akan berjalan dengan baik dengan perkenan dari ALLAH.

Read more...

BN Berniat Jahat - Talian hayat sudah habis

Pakatan Rakyat
Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno/BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, Pakatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucar-kacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.

Read more...

Kerajaan Perpaduan, Nik Aziz Terima Bersyarat


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam membuat kenyataan lebih "lembut" dan memberi persetujuan bersyarat terhadap rundingan mengenai kerajaan perpaduan PAS dan UMNO hasil cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau seorang yang degil kerana "berkeras" menentang kerajaan perpaduan, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan beliau seorang yang "istiqamah", tegas memperjuangkan perkara yang benar. Katanya, sikapnya itu semata-mata untuk mempertahankan keputusan Muktamar Tahunan PAS di Ipoh setahun lalu iaitu PAS mesti bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Ada yang kata saya degil kerana enggan terima kerajaan perpaduan. Saya nak jawab saya bukan berdegil tapi saya beristiqamah. "Degil bermakna kita pertahan benda salah bermati-matian, dah tahu benda salah tapi pertahankan juga, itu degil namanya. Tapi bila barang (perkara) yang benar, yang betul, itu kita istiqamah. "Jadi kalau ada pihak dalam PAS yang nak perpaduan dengan Pakatan Rakyat dan nak juga perpaduan dengan UMNO, itu sudah kacau. Jangan buat begitu,"

Katanya pada sidang media di kediaman Menteri Besar di JKR 10, di sini, hari ini. Nik Aziz berkata, beliau boleh menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan namun ia perlu dibuat mengikut salurannya.

"Kena ikut saluran, tak boleh kita nak ketepikan keputusan mesyuarat (muktamar) dan pandai-pandai buat keputusan sendiri, tak boleh. "Kalau nak juga bawa cerita perpaduan ni, bawa dulu ke Pas Pusat, bahas di peringkat negeri-negeri dan lepas tu bawa ke Pakatan. Sekarang ni Pakatan pun sudah marah pada kita," katanya. Menurutnya, perbincangan dengan UMNO juga perlu berkisar kepada isu Islam, bukan hanya perbincangan isu Melayu semata-mata.

[Isu kerajaan perpaduan ini jelas sekali hanyalah "omongan kosong" yang dicanangkan oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional dalam merosakkan kesepakatan yang ada dalam Pakatan Rakyat. Malah, isu ini juga telah menyebabkan ahli PAS sendiri keliru dan amat kecewa dengan apa yang berlaku. Namun, daripada soal selidik yang kami adakan, ternyata majoriti tidak bersetuju dengan kerajaan perpaduan yang diwar-warkan itu. Mereka sebolehnya mahu, kerajaan membuktikan keikhlasan dengan memulangkan kembali hak-hak rakyat Kelantan yang telah dirompak dan dikongkong oleh mereka. Jika tidak, maka tiada ertinya keikhlasan UMNO kerana mereka menzalimi rakyat selama ini].

Read more...

Saturday, June 20, 2009

POSTER PROGRAM MEMANCING BERSAMA BERSAMA DR. BADRUL AMIN DIROSAKKAN

Sekali lagi poster yang telah diletakkan di simpang masuk ke Bandar Tasik Puteri telah pun menjadi mangsa vandalisme kali yang kedua. Dimana pada kali pertama dulu telah pun dibaiki setelah dirosakkan dengan cara yang sama iaitu mencarikkan poster dengan pisau.

Perbuatan seumpama ini amatlah dikesali, menunjukkan ada sesetengah pihak tidak senang dengan program bersama rakyat yang dijalankan secara berterusan agar rakyat dapat melihat sendiri betapa tidak ada jurang pemisah diantara rakyat dan pemerintah.

Kita melihat ini satu perkara yang serius dan pihak penganjur dinasihatkan supaya membuat laporan polis dengan seberapa segera supaya kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi dimasa akan datang.

Read more...

PANDANGAN TGNA TTG GOLONGAN ULAMAK & PROFESSIONAL

Ini merupakan petikan dari temubual dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang golongan Professional & Ulamak yang bole merungkai sedikit kekeliruan yang timbul di kalangan ahli PAS mahupun bukan;

Nampaknya isu golongan ulama dan profesional dalam PAS diperdebatkan secara terbuka di media sekarang. Bagaimana Tuan Guru melihat situasi ini?


Sepatutnya tidak berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional. Tetapi pengasingan berlaku juga hasil daripada penjajahan barat yang mengasingkan agama dan politik. Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut. Bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi di negara Arab juga. Negara Arab dijajah Perancis. Penjajah mengasingkan agama dan politik. Mereka sebarkan kefahaman itu di sekolah sehingga ke universiti. Dan apabila penjajah pulang negara bekas jajahan yang tidak kuat pengaruh agama terpengaruh juga menerima agama lain dan politik lain. Sedangkan agama dan politik adalah perkara yang satu tidak boleh diasing-asingkan. Dalam al Quran Allah Taala menyebut dalam surah Fathir ayat 27 yang bermaksud Allah turunkan air dari langit sehingga keluar buah-buahan dari perut bumi dengan bermacam warna dan beraneka rasa. Dan ayat 28 pula bermaksud orang yang gerun kepada Allah ialah ulama. Ini bermakna ulama tidak bererti hanya mengajar fiqah sahaja tetapi pandai juga mentadbir. Misalnya air yang diturunkan dari langit ini ada kaitan dengan ilmu astronomi. Ulama kena tahu kedudukan langit. Hujan turun dari langit ke bumi. Air yang turun ditampung oleh udara menyebabkan hujan yang turun bertitik-titik dan tidak segumpal jatuh di atas kepala kita. Ini bermakna ulama dan profesional adalah orang yang sama. Di Kelantan kita banyak buka pengajian agama. Dan sekarang kita buat Maahad Tahfiz Sains, di mana anak kita hafal al Quran dan tahu ilmu sains. Kita hendak lahirkan pelajar yang ada ilmu agama dan sains. Dan 20 atau 30 tahun akan datang penghulu kampung sehingga ketua jajahan dan menteri besar adalah mereka yang hafal al Quran dan tahu bidang sains.


Pandangan sesetengah pemimpin menyebabkan penyokong di akar umbi tidak faham?

Sepatutnya tidak berlaku kekecohan seperti sekarang kerana kita sudah lama gabungkan ulama dan profesional. Kita sudah lama gabungkan di antara ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa pula timbul cerita ini. Ada sesuatu macam kena kecek (pengaruhi). Mungkin mereka terpengaruh dengan pihak lawan. Di Kelantan PAS jauh ke hadapan berbanding dengan Umno untuk menawan hati rakyat khasnya nonMuslim. Kita sebut orang Melayu, Cina, India, Siam adalah serupa kerana kita manusia belaka. Maka tidak timbul hendak letak kelompok-kelompok tertentu. Dalam solat kita sebut ‘Maliki Yaul Middi’ - pembalasan di akhirat kelak dia tidak kira perlembagaan Malaysia ke, Inggeris, Greek tua atau apa-apa sahaja. Allah Taala hanya kira perlembagaan yang Dia buat iaitu al Quran.

Ulama mesti tahu segala-galanya. Orang yang hendak pimpin sama ada hendak sebut nama Ikwan, Jemaah Islam ke atau apa sahaja perlu tahu agama dan agama itu bermaksud tahu juga akademik. Akademik bermaksud menerangkan kekuasaan Allah. Bagaimanapun proses Allah menurunkan air alim ulama kena tahu. Dan air menyuburkan pokok sehingga mengeluarkan buah yang bermacam-macam rasa. Saya tidak faham kenapa hendak kecoh sekarang.


Kebiasaannya ulama dianggap hanya mereka yang berpendidikan agama?

Itu fahaman lama ketika agama Islam masuk ke Tanah Melayu, orang yang mengajar agama tidak banyak tahu ilmu akademik. Sumber ilmu yang diambil di Makkah tidak banyak bidang akademik. Bagaimanapun sekarang di Makkah dan di mana sahaja ada bermacam-macam ilmu akademik. Al Quran dia hafal dan akademik pun tahu. Generasi baru sekarang menerajui gerakan Islam.


Apa pula maksud profesional?

Pada tanggapan saya orang yang belajar ilmu akademik. Akademik itu ilmu Allah juga. Siapa rajin dia dapat. Di Kelantan pada peringkat awal institusi pondok mengajar masyarakat pandai agama. Selepas itu berkembang menjadi Jami’ Merbau di mana ilmu pengajian lebih banyak berbanding pondok. Selepas itu ditingkatkan lagi menjadi Maahad Muhammadi dan perkembangan ilmu semakin meluas. Secara jelas di sini, apabila disebut ulama akan termasuk sama bidang akademik.


Bolehkah dikatakan pakar ekonomi dan bidang lain dikenali sebagai ulama memandangkan pengetahuan agama pun ada?

Kalau tidak tahu Islam, tidak bolehkan hendak dikatakan sebagai ulama. Mereka yang sokong PAS tetapi tidak ada ilmu agama, kita tidak boleh lantik sebagai pemimpin. Misalnya kalau kita hendak bawa kapal di laut, bukan sekadar pegang stereng sahaja tetapi kena tahu pelbagai perkara mengenai laut. Dia kena ada pengetahuan mengenai awan, cahaya matahari dan keadaan laut. Orang yang hendak jaga negeri mesti ada asas agama.

Di Kelantan ketika kita mula-mula mentadbir, saya minta pindahkan wang daripada bank riba ke Bank Islam. Cara macam mana hendak buat itu orang belajar bidang akademik yang lakukan. Orang hendak jadi Menteri Besar kena tahu ilmu akademik dan agama.


Barisan anggota Exco yang Tuan Guru lantik sekarang dikategori sebagai ulama?

Katakanlah orang itu tidak belajar di pondok, tetapi dia duduk lama dengan saya. Dia tengok perangai saya, dia dengar ucapan saya, dan hadir usrah bersama saya, macam mana boleh dikatakan tidak belajar agama. Tidak semestinya belajar di pondok baru boleh dikatakan tahu asas agama. Mereka semua sudah lama bekerja dengan saya. Sepanjang perkhidmatan itu mereka boleh menimba ilmu agama. Jadi boleh dikategorikan mereka sebagai ulama juga.


Apa nasihat Tuan Guru mengatasi percanggahan pandangan sekarang?

Saya nasihatkan kita kembali kepada asal. Ini kerana agama ada jalinan dengan akademik. Dalam Islam ada disebut agama dan daulah. Ada pun fahaman yang mengatakan agama lain dan politik lain adalah dibawa oleh penjajah. Kita cuba usaha ranapkan pengaruh penjajah dari sehari ke sehari. Tidak ada pasal hendak kita timbulkan isu tersebut. Kita telah lama memilih pemimpin yang ada asas agama. Sekarang nampak kejayaan apabila orang bukan Islam juga sudah tertarik dengan PAS. Orang Cina yang sokong Pakatan Rakyat sudah pandai beri salam, sedangkan MCA, MIC sudah lama berkawan dengan Umno, namun mereka tidak memberi kefahaman Islam kepada bukan Islam. Generasi orang bukan Islam sekarang sudah ramai berpelajaran. Dan Islam dari awal lagi menyarankan supaya menuntut ilmu. Islam sesuai dengan akal fikiran manusia.


Sekarang ramai pemimpin tampil merebut jawatan dalam PAS, tidakkah itu boleh menimbulkan masalah?

Mereka yang menawar diri untuk bertanding kerana sudah lama berjuang dalam PAS. Mereka tahu asas-asas Islam. Dan kita belum dengar ada orang mengkritik calon-calon tersebut tidak sembahyang atau engkar ajaran agama. Jadi terpulang kepada perwakilan bagi memilihnya. Saya suka orang tawar diri untuk berkhidmat kepada gerakan Islam.


Pada pandangan Tuan Guru wajarkah jawatan utama dikekalkan?

Kita beri peluang kepada kawasan untuk mencalon dan memilih kecuali kalau ada masalah selepas muktamar kita wujudkan peraturan khusus.


Tidakkah boleh menimbulkan perpecahan dalam PAS?

Kita hendak cari manusia yang tidak berpecah tidak ada. Allah telah sebut sebelum Nabi Adam dibawa turun ke bumi di mana Allah Taala menyebut ‘Hai Adam apabila kamu turun ke bumi kamu akan bertengkar sesama sendiri. Bagaimanapun bagi mana-mana orang yang turut hidayah Aku akan senang lenang tanpa ada sebarang masalah.’ Sekarang apabila perwakilan ramai kita memilih menggunakan kertas undi dan tidak lagi angkat tangan.


Sebelum ini media harian menganggap wujud dua kelompok dalam PAS iaitu pro Endorgan dan konvensional. Benarkah demikian?

Itu sekadar tanggapan yang dimainkan media hendak lariskan suratkhabar mereka. Ada sesetengah wartawan menulis dengan hasrat mahu melaga-lagakan, dan ada juga wartawan yang lebih berhati-hati kerana mengambil sikap tanggungjawab di dunia dan akhirat. Dalam PAS hanya ada satu kumpulan yang berjuang untuk mendaulatkan Islam. Perjuangan kita di atas dunia hendak daulatkan Islam dan di akhirat mahu ditempatkan oleh Allah Taala ke dalam syurga.


Baru-baru ini timbul dakwaan dalam blog kononnya Tuan Guru dinasihatkan oleh pembantu yang cuba melagakan dengan Presiden. Sejauh mana kebenarannya?

Saya sudah tegur orang terbabit. Hendak cari orang yang tiada silap ini tiada. Orang yang tiada silap langsung ialah kaki lepak yang tidur sepanjang masa. Kesilapan tersebut maka agama ajar suruh nasihat menasihati antara satu sama lain.


Bagaimana pula dengan isu unity government?

Tidak timbul lagi sekarang kerana Presiden telah menarik balik cadangan tersebut.

Read more...

Thursday, June 18, 2009

SIRI KULIAH ILMU DI SURAU AS-SIDDIQIN

Semua muslimin muslimat dijemput hadir mengimarahkan siri program kuliah maghrib di Madrasah As-Siddiqin yang diatur bagi memberi kefahaman tentang Islam kepada semua masyarakat. Untuk jadual terkini bolehlah menyemak di papan kenyataan surau. Surau juga didalam program menjayakan kempen "JOM KE SURAU SEBELUM KITA DIUSUNG KE SANA".

Siri pengajian ilmu ini akan diteruskan sebagai kuliah bulanan dan juga akan diteruskan dengan tazkirah penuh di bulan Ramadhan. Surau juga didalam proses untuk dinaiktaraf kemudahan yag sedia ada. InsyaALLAH pada bulan Ramadhan nanti jemaah akan dapat mengerjakan ibadat dengan lebih selesa lagi.

Disamping itu juga, surau masih memerlukan dana untuk menampung segala kos yang terlibat, kepada sesiapa yang ingin menginfakkan sedikit harta atau wang ringgit bolehlah berhubung dengan Pengerusi surau En. Harun di talian 019-3117871 atau Bendahari surau iaitu En. Nik Ghazali di talian 013-3976680.

Read more...

Tolak Kerjasama dengan UMNO BN



Dewan Muslimat PAS Pusat Menolak Kerajaan Perpaduan Dan Berpegang Teguh Dengan Keputusan Muktamar PAS ke 55 Dan Menolak sebarang Kerjasama Politik Dengan UMNO BN

Read more...

SEMUA AHLI DIMINTA BERTENANG MENGHADAPI SITUASI SULIT

Semua ahli PAS dari akar umbi diminta tidak mengheret isu "Kerajaan Perpaduan" yang dijaja UMNO dan proksinya kepada satu masalah yang lebih rumit. Isu ini sebenarnya tidaklah sebesar mana cuma yang menjadi kecelaruan sekarang adalah kerana kekeliruan yang timbul dikalangan ahli sendiri. Menambahkan lagi kekusutan bilamana ahli di peringkat bawahan juga cuba mengulas isu ini mengikut kacamata masing-masing yang tidak begitu tepat. Banyaknya bersumberkan daripada media massa dan juga rencana daripada blog. Sepatutnya kita sebagai ahli sepatutnya bersumberkan dari sumber rasmi parti. Bersabar dalam menghadapi situasi begini. Semua yang berlaku adalah perancangan dari ALLAH. Kita hanya mampu merancang dan berserah kepadaNYA.

Petikan kenyataan dari Ustaz Idris Ahmad (harakahdaily):

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.

Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.

Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Bersandarkan nas syara'

Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.

Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat_

Read more...

Monday, June 15, 2009

Tanggungjawab Pemuda Islam Hari ini

al-maududi





Karangan: Abul A'la Al-Maududi


REBUTLAH PELUANG DENGAN MENYEBARKAN ISLAM !

Ucapan ini ditujukan kepada pemuda mukmin secara menyeluruh tentang perjalanan dakwah Islamiah sebagaimana yang di kehendaki oleh keadaan dunia Islam sekarang.

Kita perlu menyebarkan ilmu yang diperoleh kepada semua orang..


KEADAAN DUNIA ISLAM DAN KEPENTINGANNYA

Dunia Islam terbahagi kepada dua jenis:


Pertama :

Negara di mana orang-orang Islam merupakan kumpulan minoriti dan tampuk pemerintahannya berada di tangan orang lain (bukan Islam).


Kedua :

Negara yang majoriti (sebahagian besar) penduduknya terdiri dari orang-orang Islam dan mereka sendiri menerajui pemerintahan.Nasib umat Islam di dunia ini benar-benar bergantung di atas maju atau mundurnya kelompok kedua ini, berdasarkan sistem yang dipilih untuk diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.


PENJAJAHAN TANAH AIR BERUBAH KE ARAH PENJAJAHAN FIKIRAN

Negara Ummat Islam telah jatuh ke dalam genggaman penjajah setelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran, kebekuan akal, keruntuhan moral dan kekacauan politik.

Penjajah telah dapat menguasai kebanyakan Negara Islam kecuali sedikit. Negara yang tidak dijajah secara langsung ini pula sentiasa menerima kekalahan demi kekalahan menyebabkan ianya tidak berbeza dari segi kehinaan dibanding dengan suasana yang menimpa negara-negara Islam yang dijajah penuh..

Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan fikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.


ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM


PERTAMA : Merombak sistem pelajaran dan pendidikan.


KEDUA : Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus.


KETIGA : Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam.Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat,sejarah Islam yang agung dan tamaddun mereka yang hebat.Cara-cara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata materialisma barat.


MENIRU GAYA HIDUP BUKAN ISLAM


PERTAMA : Mereka menganggap bahawa bahasa sendiri adalah satu keaiban sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu kebanggaan bagi mereka.

Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka menyeleweng dari landasan Islam; disebabkan kebutaan mereka terhadap hukum-hukumnya.


KEDUA : Meniru pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah suka memakai pakaian orang-orang Islam.


KETIGA : Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah dalam semua aspek - kecil dan besar serta merpertahankan cara hidup barat dan mengikut semua peninggalan mereka.


KEIMANAN ORANG YANG TERPENGARUH DENGAN BARAT.

Sesungguhnya fikiran mereka telah diresapi fahaman bahawa

"..segala sesuatu yang datang dari barat adalah benar dan betul, wajib dipercayai dan diikut. Mempraktikkan cara barat adalah di antara tanda-tanda orang yang maju. Menentang cara barat disifatkan sebagai golongan kolot, mundur, bodoh dan tolol, menentang kemajuan dan lain-lain tuduhan.


TEKNIK MENGANGKAT TARAF ORANG YANG JAHIL TENTANG ISLAM

-Diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat,jawatan di pejabat rasmi pentadbiran samada sebagai pegawai awam atau tentera.

-Mereka mendapat keistimewaan dalam lapangan politik dan sosial.

-Kemudian mereka inilah yang menjadi pelopor gerakan politik dan mereka jugalah dipilih sebagai wakil ke parlimen.

-Apabila negara-negara Islam mencapai kemerdekaan,ketika itu jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam.


KESAN-KESAN PENJAJAH


1. MEROSAKKAN AKHLAK UMMAT

-Penjajah menguat kuasakan undang-undang mereka yang diekspot ke negara-negara Ummat Islam sebagai ganti perundangan dan Syariat Islam.

-Mereka membiasakan anak tempatan hidup di atas dasar dan cara hidup yang bukan Islam.


2. MENJAUHKAN ULAMAK DARI MEMIMPIN MASYARAKAT DAN TERAJU

POLITIK

-Mereka tidak dibenarkan menyertai secara langsung didalam pentadbiran

negara di zaman selepas kemerdekaan.


3. MEMBENTUK SERTA MENYOKONG GERAKAN PERJUANGAN


KEMERDEKAAN YANG PALSU

-Gerakan-gerakan kemerdekaan di negara-negara Islam yang dipimpin oleh golongan barat tahu bahawa mereka tidak dapat menggerakkan orang-orang Islam dan berhujjah untuk membangkit semangat orang ramai untuk menyokong gerakan mereka tanpa digerakkan di atas nama Agama.


-Ianya perlu mempergunakan slogan 'mengembalikan keagungan Islam' dll. Mereka menyeru orang ramai dengan nama Allah dan Rasulnya.


-Mereka mempertentangkan antara Islam dengan kufur.Mereka bertindak demikian bukan agar orang-orang Islam mengikut jejak langkah mereka dan bergabung dibawah panji dan parti mereka.


PENJAJAHAN BANGSA SENDIRI SELEPAS PENJAJAHAN BANGSA ASING

-Undang-undang yang dibawa oleh penjajah asing digunakan, malah lebih dari itu perundangan baru dari segi dasar, pemikiran dan sistemnya masih berjalan di atas landasan yang diatur di zaman penjajah asing.


-Mereka memasukkan fahaman sekular (fahaman yang memisahkan agama dari urusan pentadbiran) dengan cara mengeruhkan kemurniaan akhlak mereka, merosakkan agamanya dan menyelewengkan dari landasan Islam.


-Mereka bergiat cergas dalam menabur fahaman mengharuskan maksiat dan meninggalkan perintah Allah.


PEMERINTAH NEGARA ISLAM LEBIH SUKAKAN PENJAJAH

Sekalipun mereka melawan penjajah barat selaku musuh mereka dan mengadakan pelbagai usaha menentangnya, namun mereka sebenarnya lebih suka kepada penjajah daripada perkara-perkara lain. Buktinya; apa sahaja yang datang dari barat terus menarik

perhatian mereka dan tiap-tiap yang lahir dari sana.Apa-apa yang datang dari barat dianggapnya sebagai kebenaran, contoh bagi kemajuan hinggakan mereka meniru dalam semua perkara, sama ada besar atau kecil, betul atau salah.


KEMUNDURAN UMAT DAN NEGARA ISLAM BERPUNCA DARI

PEMERINTAHANNYA MENERAPKAN AJARAN YANG BUKAN ISLAM


-Kerajaan-kerajaan ummat Islam menentang akidah, menentang kemahuan dan perasaan orang Islam. Umat Islam ingin kembali kepada Islam, kepada syariatnya yang utuh sedangkan kerajaan Islam menekan mereka supaya berpegang teguh dengan ekor-ekor barat dan bergabung di dalam bloknya.


-Antara kesan pertentangan yang terus menerus ini menyebabkan hati umat Islam

tidak sehaluan dengan kerajaan mereka.


-Akibatnya, mustahil bagi kerajaan dapat mengharung langkah ke depan dan

akan memajukan negara akan lenyap ditiup angin dan menjadi debu yang bertaburan.


PEMERINTAH UMAT ISLAM MENIPU DAN MENINDAS ATAS NAMA

DEMOKRASI


-Golongan yang berhaluan barat sebagai pengganti penjajah di dalam negeri ummat Islam yakin bahawa sistem pemerintahan yang dijalankan dengan cara pilihanraya,tampuk pemerintahan tidak akan kekal ditangan mereka. Lambat laun ianya akan berpindah kepada umat yang menuntut supaya mendirikan system pemerintahan di atas dasar akidah, ajaran, aliran fikiran dan nilai-nilai Islam yang mereka warisi.


-Maka golongan sekular ini tidak akan membenarkan nilai-nilai keadilan dizahirkan dan mereka tidak membiarkan supaya nilai-nilai berjalan dengan baik.


MEMBANYAKKAN NEGARA-NEGARA ISLAM YANG DIPERINTAH OLEH

TENTERA YANG TIDAK MENGERTI ISLAM


-Kesedaran ini timbul dari kalangan pemimpin tentera yang keluar dari kem dan menuju ke gelanggang politik. Mereka mulai mengadakan pakatan sulit dalam usaha mengubah sistem pemerintahan dan mula menguatkuasakan sistem diktator askar ke atas rakyat jelata sebagai ganti diktator politik. Sesudah itu mereka pun menyingkir pemimpin politik daripada pemerintahan dan mengurung mereka dalam penjara atau melakukan tahanan rumah.


-Masalah ini tidak dapat di selesaikan melalui parlimen atau dewan perwakilan rakyat dan tidak pula dapat diselesaikan dengan pilihanraya umum atau dengan cara memorandum.

Rakyat pula tidak dapat mencampuri urusan negara, walaupun urusan yang paling kecil.


DUA HAKIKAT PENTING DI GELANGGANG POLITIK YANG MESTI DIKETAHUI OLEH PEJUANG ISLAM


PERTAMA: Sesungguhnya Allah telah menurunkan bala ke atas penduduk yang atheis, yang berterusan dalam kefasikan. Allah telah menurunkan bala kepada penyeru yang menghalalkan segala-galanya. Allah telah memecahkan mereka menjadi berpuak-puak, sebahagian dari mereka menggunakan kekuatan dalam usaha menghancurkan sebahagian yang lain.Firman Allah,Maksudnya : "..dan andainya Allah tidak mempertahankan setengah mereka dengan setengah yang lain nescaya rosaklah bumi..." (Al-Baqarah : 251)

Kerana kalau mereka memanah umat Islam dengan busur yang satu nescaya jadilah bagi umat Islam satu penyakit teruk yang tidak boleh diubati lagi, tetapi mereka jadikan syaitan sebagai penolong mereka.

Firman Allah,Maksudnya : "..dan sesungguhnya tipu helah syaitan itu adalah lemah.." ( Al-Nisa' :76 )


KEDUA: Jiwa penganut Islam sangat kuat semangat mereka terhadap Islam dan kemuliaan. Apa sahaja usaha dan perbuatan meruntuh dan menghancur yang dilakukan oleh pemimpin dan penyeru sekular tidak melemahkan mereka. Merekalah yang akan bertanggungjawab membersihkan umat Islam dari segala bentuk jahiliah. Kemuliaan, kebahagiaan dan kemakmuran akan kembali seperti di abad sebelumnya.

Firman Allah,Maksudnya : Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah ( kerana ) tidak berputus asa dari rahmat Allah kecuali golongan yang kufur. ( Surah Yusuf: Ayat 87 )


ANTARA KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM


1. Benar-benar menjadi muslim dari segi ilmu,fikiran,hati dan perasaan, supaya mendapat sebesar-besar habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam..


2. Segera memperbetulkan budi pekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga terlihat semua perkara secara praktikal bagi Islam.

Sesungguhnya seseorang yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan besar terhadap dakwahnya.

Firman Allah,Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 )


3. Jangan merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang kita mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada kita untuk berdakwah. Sama ada dengan tulisan atau dengan ucapan.Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja kita dan makin betul

dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan pendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh dengannya di dalam tiap perjuangan hidup. Akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah.Tapi,harus diingat termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak didahuluinya oleh persiapan yang cukup dan sistematik.


4. Gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan.


5. Kerja keras menyebar dakwah di kalangan orang-orang awam hingga tersingkap kabus kejahilan agar mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.

Memperbaiki budi pekerti mereka,meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam.Ini adalah penting kerana :

-Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam,

-Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orang-orang fasik.


6. Jangan cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.

Perlu bersabar dalam masalah ini, kerana matlamat kita besar, mengembalikan mereka kepada Islam sesudah mereka berada di dalam kemurtadan sejak beberapa lama.

Ia memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang.

Jangan terlalu cepat menghayun langkah baru sebelum mengulangi hasil langkahan serta menganalisa natijahnya.


NASIHAT PENTING


-Jangan menjalankan kerja secara gerakan persatuan sulit (tanpa ada penyebaran umum dakwah). -Jangan menggunakan kekerasan senjata untuk mengubah suasana yang berlaku.


-Jangan cuba-cuba untuk mencari jalan pendek, Oleh itu,mesti menyebar dakwah dengan cara terus terang.


-Bekerja memperbaiki jiwa dan akal fikiran manusia dengan kegiatan yang seluas mungkin.


-Menggunakan tenaga manusia untuk sampai kepada tujuan yang mulia itu dengan bersenjatakan akhlak yang menarik, nilai yang luhur, budi pekerti yang baik, nasihat yang bagus dan kebijaksanaan yang tinggi.


-Hadapilah rintangan yang berbentuk ujian dan kesusahan sebagai pengadapan seorang pahlawan.

Read more...

MEDIA MAINKAN ISU NAK TUTUP PEKUNG BN

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/08/muk8.jpg
Sejak kebelakangan ini, kita dapat lihat usaha-usaha giat media pro-BN yang cuba untuk mengalihkan isu-isu peringkat nasional yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan BN dengan isu remeh seperti isu kerajaan perpaduan dan sebagainya terutama ketika mereka ingin menghadapi pilihanraya kecil Manik Urai. Kita dapat lihat bagaimana mereka memainkan berita saban hari di dada akhbar dan kaca tv tentang kerajaan perpaduan.

Pemberita mengambil kenyataan TGNA dan kenyataan TGHH yang mana kedua-dua kenyataan tersebut dipaparkan seolah-olah terdapat pertentangan pendapat yang mengarah kepada dua kumpulan besar yang bersetuju dan tidak. Lalu dikutip pandangan sampah dari pemimpin UMNO yang dah tentu tak tau malu bak kata hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Mereka kononnya menyokong idea kerajaan perpaduan untuk bersama BN. Sebenarnya siapa yang nak bersama mereka yang sudah nak karam tu. Juga disiarkan kenyataan pemimpin PR yang lain yang rata-rata tidak tau menahu tentang idea atau rancangan tersebut.

Inilah taktik jahat media pro-BN yang cuba melaga-lagakan pemimpin di dalam PR. Jadi semua orang-ramai mula memberi fokus kepada perkara tersebut dan tidak kurang yang memberi pandangan dan pendapat masing-masing termasuklah juga segelintir penyokong PAS sendiri. Semua isu-isu yang lain yang boleh dianggap lebih besar sudah mula dilupakan seperti kes Al-Tantuya, kes-kes pendakwaan rasuah terpilih, kes-kes rasuah politik serta projek mega kerajaaan, kes-kes keputusan mahkamah yang terlalu nampak mengampu, kes kerajaan haram BN di Perak, kes 'Klang Free Trade Zone' dan banyak lagi.

Sepatutnya kita sebagai pengikut dan ahli PAS seharusnya menerima berita-berita dari saluran media-media pro-BN ini secara bertapis iaitu melalui pengesaan maklumat yang diberikan melalui sumber parti dan sumber yang betul-betul boleh dipercayai. Kalau tidak bakul sampahkan sahaja berita tersebut tanpa mempedulikan provokasi sebegitu. Kita ambil logik, bila masa pulak UMNO ni nak kepada Islam. mereka hanya terima bab ibadat sahaja. Sampai sekarang mereka letakkan politik tidak boleh dibincangkan di masjid. Ini sama dengan perbuatan orang Kristian yang mengasingkan pentadbiran dengan agama. Sedangkan Islam itu syumul meliputi setiap gerak-geri kehidupan hatta nak berak pun islam ajar. Inikan pulak benda besar iaitu bagaiman nak memerintah negara. Apa? UMNO ingat ALLAH tu tak pandai mentadbir. Kalau UNNO rasa mereka hebat sangat nak guna kepala hotak mereka sendiri nak tadbir negara, pergilah buat bumi lain. Barulah boleh buat suka hati mereka.

Jadi secara ringkasnya kesimpulan di sini adalah jangan terikut-ikut rentak mereka yang cuba mengalih pandangan masyarakat keatas salah laku mereka mentadbir selama ini dengan memainkan isu yang tidak relevan langsung. Tugas kita di sini adalah kembali kepada asas perjuangan asal iaitu menegakkan keadilan Islam dan menjatuhkan kerajaan taghut BN.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Read more...

Thursday, June 11, 2009

HARI KELUARGA PAS BTP


PAS Cawangan BTP akan menganjurkan Hari Keluarga PAS BTP pada 28 Jun 2008 ( Ahad) bermula jam 8 pagi hingga kewaktu tengahari. Program dijadualkan akan diadakan di Puteri Central Park. Pihak urusetia sedang bertungkus lumus mengatur pelbagai acara yang menarik untuk dijalankan nanti.

Pada kali ini Hari Keluarga ini berkonsep terbuka kepada semua penduduk sekitar tidak kira ahli atau pun belum. Ini bertujuan untuk merapatkan dan memasyarakatkan PAS dan mengambil konsep PAS UNTUK SEMUA.

Majlis juga akan diserikan dengan jamuan kepada semua tetamu yang hadir. Dijangka YDP PAS Kawasan Selayang akan merasmikan program pada kali ini.

Read more...

MANIK URAI MULAI DIINTAI DUNIA

Tinjauan ke markaz induk yang terletak di jalan utama Kuala Krai ke gua Musang mula dikunjungi para petugas manakala di bilik-bilik operasi bagi unit peti undi Lata Rek dan Laloh (UPU) telah mula dibuka.

Merujuk tinjauan wartawan portal Buletinonline ke DUN Manek Urai, persiapan awal pilihanraya telah pun dibuat.

Semalam, secara rasminya bilik operasi bagi UPU Laloh telah dibuka selepas satu majlis yang dihadiri oleh ADUN Galas, Che Hashim Sulaima. Beliau yang menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi dalam pilihanraya tahun lalu kelihatan semakin baik berikutan kemalangan jalan raya Mac lalu.

Dalam perkembangan yang sama, bendera PAS dilihat telah dinaikkan dibeberapa tempat strategik untuk ‘pemanas suasana’ menjelang hari penamaan calon pada 6 Julai depan.

Manakala memetik laporan Malaysiakini, seorang pemimpin Umno bahagian Kuala Krai mendakwa jentera piliharayanya "belum melakukan sebarang kerja" bagi menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, 14 Julai ini.

Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa bahagian yang enggan dikenali pula berkata, pucuk pimpinan parti sebaliknya lebih gemar mengadakan mesyuarat sejak kematian penyandang kerusi tersebut Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.

“Kalau tidak silap, sudah adakan mesyuarat sebanyak 14 kali tetapi kerja belum buat lagi.

"Kita masih bercakap mengenai rumah sewa mahal dan wang ringgit untuk perbelanjaan pilihanraya Manek Urai," katanya.

Read more...

Kuliah Maghrib Madrasah As-Siddiqin

Semua muslimin muslimat dijemput ke Surau As-Siddiqin bagi mengikuti kuliah maghrib bersama Ustaz Awang Mamat seorang pendakwah bebas pada hari Jumaat 12 Jun 2009. Semoga ilmu yang dicurahkan nanti dapat membawa kita ke jalan yang diredhai ALLAH.

Tolong sebarkan kepada rakan taulan dan jiran tetangga agar semua mendapat manfaat dari program tersebut. Untuk menjadi pejuang Islam, pastikan kita dahulu dapat faham Islam.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Read more...

Tuesday, June 9, 2009

IBADAT DALAM DIRI PEJUANG HARAKAH ISLAMIYYAH

Maksud Ibadah :
Tunduk dan patuh yang sepenuhnya kepada Allah SWT , disertai dengan rasa kasih, redha dan yaqin dengannya.

Ciri dan Rukun penerimaan Ibadah

  • Ikhlas kerana Allah SWT . Firman Allah SWT : Al-Bayyinah : 5
  • Ia adalah tali hubungan di antara khaliq dan makhluq. Dalil : Al-Baqarah : 186
  • Mesti bertepatan dengan apa yang di ajar perintah oleh Allah SWT dan praktikal oleh Rasulullah SAW. Ibadah termasuk dalam hal ‘Tawqifiah’ Iaitu sesuatu perkara yang diterima secara spesifik oleh Allah dan RasulNya, maka ruang berijtihad dalam hal bentuk ibadah adalah sangat terhad dan hampir-hampir tiada.
Hal ini pernah diisyaratkan oleh Imam Fudhail bin Iyadh ketika ditanya tentang tafsiran ayat : ليبلوكم أيكم أحسن عملا
Ertinya : “….Untuk menguji kamu siapakah yang terbaik amalannya di antara kamu ..”(Al-Mulk : 2)
Maka beliau menjawab : ما أخلصه وأصوبه
Ertinya : “ amalan yang terbaik itu adalah yang paling ikhlas dan paling tepat”Kemudian beliau menerangkan pula maksud katanya tadi seperti berikut : “Sesuatu yang paling ikhlas adalah ; iaitu sesuatu yang dilakukan kerana Allah; manakala yang paling tepat ; yang menepati sunnah “

·

Nabi SAW melarang mereka cipta bentuk ibadah tanpa asas dan dalil. Sebagaimana Sabda Nabi : “من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد

Ertinya : Barangsiapa yang mereka cipta dalam hal urusan agama kami (Islam) yang tiada kaitan dari ajaran Islam, MAKA IA ADALAH DITOLAK”


Ruang lingkup Ibadah


Para Ulama telah membahagikan mafhum ibadah kepada dua jenis iaitu :-

1- Maksud khas ibadah :
Ibadah khususiah seperti solat, zakat, zikir, sedeqah dan lain2.

2- Maksud ‘am Ibadah
: Seluruh tindakan yang diperbuat oleh Muslim samada perbuatan, percakapan dan perasaan. Maka seluruh tindakan ini yang diniatkan untuk Allah dan mencapai redhaNya, ia dikira sebagai ibadah.

Firman Allah : قل إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين Ertinya : Katakan (wahai Muhammad) : Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan sekalian ‘alam.
( Al-An’am ; 162)

Seluruh aspek kehidupan yang dirangkumi oleh hukum, ia boleh menjadi ibadah bila mencukupi dua syarat tadi, dan akan menjadi adat biasa tanpa kedua-duanya.


Apakah jenis Ibadah yang dapat merapatkan seseorang dengan Allah?

Firman Allah SWT dalam sebuah hadith Qudsi : ما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إليّ مما افترضت عليه , وما يزال عبدي يتقرب إليّ بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : “Tiada suatu amalan yang dapat menghampirkan seorang hambaKu kepadaKu YANG LEBIH KU CINTAI daripada amalan-amalan Fardhu yang telah Ku wajibkan ke atas mereka, dan sentiasalah hambaku cuba menghampirkan dirinya kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku mencintainya”

Kesimpulannya : Ibadah yang paling dapat menghampirkan diri dengan Allah adalah ibadat fardhu yang tuniakan dengan ikhlas. Ia diikuti oleh amalan-malan sunat.Ibadah fardhu pula terbahagi kepada 2 jenis :


1) Fardhu ‘Ain ; iaitu fardhu yang wajib ke atas individu seperti solat, puasa ramadhan, mengajak kepada yang makruf dan mencegah mungkar dll


2) Fardhu Kifayah ; yang wajib ke atas satu kumpulan, dan gugur kewajiban setelah terdapat individu dalam kumpulan tadi melaksanakannya.


TARBIYYAH IMANIAH ASAS TARBIYAH PEJUANG HARAKI.


1) Peranan Tasauf yang benar.


2) Aspek Penting :-


Pertama : Ikhlas Niat
·
Tingkatkan : Ilmu agama. (Tarhib dan targhib)·
Ibadat
Solat Tahajjud, Witr , Bacaan Quran, Solat Jemaah (bagi lelaki).

Kedua : Muraqabah
·
Mempertingkat Ar-Rajak ( harap ) dan al-Khawf ( Takut ) terhadap Allah SWT.
·
Renung dan fikir tentang kehebatan ciptaan alam dan diri.
·
Ingatan Belas Ihsan Allah terhadap diri.
·
Kekhsuyu’an semasa melakukan Ibadah fardhu.
·
Mengingati mati pemutus kelazatan sementara dunia.
·
Mengambil perhatian dan bijak dalam :-


a.
Memilih rakan yang memberi manfaat kepada agama dan dunia.
b.
Menjadi pelopor kepada majlis-majlis ilmu agama serta zikir.
c.
Mengenalpasti dan mengamalkan zikir-zikir yang ma’thur dari Nabi SAW.
d.
Mempertepatkan ibadah fardhu dan sunat berdasarkan sunnah Nabi SAW yang shohih.
e.
Mengetahui tingkatan keutamaan amalan sunat, serta mendahulukan yang paling afdhal dan seterusnya.
f.
Berlumba-lumba dalam amalan kebaikan. Mengamal ilmu yang dipelajari tanpa bertangguh.
g.
Melaksanakan yang terbaik dalam semua kerja yang dilakukan.

Ketiga : Muhasabah diri
·
Mengutuk diri di ats kesalahan kecil dan besar yang dilakukan.
Insafi timbunan dosa yang telah dilakukan. ·
Keberanian dalam melaksanakan amal ma’ruf nahi mungkar. ·
Meninggalkan dan mengurangkan :-


a-
Gurau senda tanpa tujuan yang dibenarkan syara’
b-
Gelak ketawa.
c-
Bersembang dan bercakap kosong.
d-
Bermain ‘games’
e-
Hisap rokok.
f-
Berhutang.
g-
Bergayut di Chatting dan internet.
h-
Berhubung di antara muslimin dan muslimat tanpa sebab yang syar’ie.
i- Tidur melebihi had.

Keempat : Tawakkal
·
Betulkan kefahaman konsep tawakkal.


LATIHAN PEMBENTUKAN MINDA DAN SIKAP PEJUANG HARAKI

Pertama : Pembentukan Minda dan Aqal Ilmi


1)
Aqal dan Minda ·
Kemampuan Hujjah ; Ta’rif sebenar al-Hikmah dalam ayat surah : an-Nahl : 124
· Ketelitian dan kefahaman ·

2)
Unsur Pembentukan ‘Ruh Ilmi’ ·
Kenal kebenaran dengan ilmu bukan dengan individu.
·
Serahkan bahagian dan jenis ilmu kepada ahli takhassus.
·
Kemampuan menerima komentar dan mengakui kesilapan.
·
Cekap menggunakan teknik terkini dalam persembahan.
·
Membuat kajian dalam semua perkara tanpa ta’assub. ·
Tidak tergesa-gesa dalam membuat keputusan.
·
Menghormati pandangan orang lain yang bertentangan.


3)
Beberapa unsur negatif panghalang pembentukan ilmi. ·
Pandang remeh benda sukar, dan benda kecil dipandang besar.
·
Menganalisa secara rambang dan permukaan.
·
Menyelesai isu besar dengan kaedah orang awam yang tidak berperancangan. ·
Sentiasa syak dengan sekeliling.


Kedua : Pemikiran Waq’ie


1) Pertimbangan antara cita-cita, azam dan kemampuan semasa.
2)
Tidak membuang masa dengan isu-isu perdebatan silam.
3)
Tidak membuang masa dengan debat tanpa hadaf dan tidak terfokus. * Terdapat isu yang perlu dilenyapkan atau di tenggelamkan.


Ketiga : Pemikiran Salafi


1)
Ciri pemikiran Salafi yang tulen
2) Kesilapan identiti dan imej ‘salafi’ – debat, isu kecil, tertutup minda, pegang zahir nas.· Cabaran pemikiran salafi mendepani pemikiran sekular, kejahilan awam dll.
3)
Tidak terhad kepada cakap-cakap, dakwaan tetapi tindakan menentang kezaliman yang disepakati dan bukan perkara furu’.


Keempat : Pemikiran Tajdidi

1) Salafiah dan Tajdid seiring. ·
Kepentingan menentukan perkara ‘Thawabit’ & ‘Mutaghayyirat’.
·
Kepentingan Maqasid dan Ruh Tasri’.
·
Kepenitngan penghayatan ilmu usul fiqh.


2)
Keperluan pembaharuan kaedah dan cara bertindak.

Kelima : Pemikiran Kesederhanaan

1) Dalam hal keterbukaan dan ketertutupan minda dalam menilai ilmu dari pelbagai pihak.
2)
Teori hitam dan putih. Tiada kelabu. ( mengkafir, membid’ahkan pihak lain)·
Teori satu kesalahan merosak seluruh kebaikan.
·
Teori pukul rata.

3)
Keperluan Fiqh at-Taysir dalam dunia semasa.


Keenam : Pemikiran Masa Depan

1) Persiapan diri untuk mendokong dan mengisi kebangkitan Islam.
2)
Kemenangan buat Islam atau akhir zaman dengan seribu macam fitnah?·
Negatif positif dari pemikiran kemenangan terakhir kepada Islam.
·
Negatif positif dari pemikiran kefasadan fitnah akhir zaman akan pasti berleluasa.

3)
Dalil nas tentang masa depan.

Peringatan : Perkongsian di atas ditulis dalam bentuk ringkas yang memerlukan kepada huraian, maka sebarang kekaburan dan ketidakpastian mengenai kandungannya, WAJIB di rujuk kepada ustaz yang berkemampuan.

Read more...

Monday, June 8, 2009

10 Wasiat As-Shahid Hasan Al-Banna

Disenaraikan 10 pesanan/wasiat dari As-syahid Hassan Al-Banna;

1) Wahai kawanku, segeralah tunaikan solat di awal waktu dikala mendengar azan. Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. Dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikanlah Allah mensyariatkan solat juga di medan perang. Walaupun di saat genting dan cemas.

2) Wahai kawanku, bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya. Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit. Kurangilah dengan membuang masa dengan tiada tujuan. Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu. Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman. Di sini ada kedamaian Di sini ada kebaikan. Jadilah hamba yang sejahtera.

3) Wahai kawanku, dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran. Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan. Sebenarnya anda telah lama bermula iaitu sejak anda solat setiap hari dengan sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4) Wahai kawanku, usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan. Awasilah pertengkaran kerana di sana ada unsur lain membisikkan Syaitannnn namanya !!!

5) Wahai kawanku, senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s.a.w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh yang hanya disaksikan oleh golongan abdi dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6) Wahai kawanku, seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan. Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan. Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu yang sibuk dengan berfikir. Ubati dengan bergurau tapi kalau mengubatinya dengan bergurau mestilah dalam batas. Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7) Wahai kawanku, kawallah nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita "Jangan keraskan suramu dalam solat tapi jangan pula merendahkannya. Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8) Wahai kawanku, usahlah umpat mengumpat. Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain. Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah?mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat apabila ada tujuan syarie. -untuk menuntut keadilan apabila dizalimi -untuk menghapuskan kemungkaran -kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan -kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9) Wahai kawanku, luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adlah untuk semua. Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan?! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci. Tidak mengenali tapi tak sepi.

10) Wahai kawanku, maksimumkanlah faedah waktu anda dan tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana Sabda Nabi s.a.w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal?" (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret tanpa haluan dan noktahnya.

Read more...

SENARAI KEPUTUSAN JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhWcKIDounDwX76yEQ6VI1vB-Uy98u8b-THDRZeWyvihci4dHhS1B-e6JHp3ZJ40uWVbJk4AnjLXDuE9DUFKNIjMCaT5XRYjti4CC6_wTIXbuHME7X_EIif69DRkDE8jZsdLO9GDk3ijUo/s400/nik-aziz-prayer.jpg
PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji

PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji

NAIB PRESIDEN

Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji (663)

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)

PEMERIKSA KIRA-KIRA

Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman

Read more...

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP