Sultan Selangor batal hadiri majlis jamuan
Alhamdulillah, seperti yang aku janji sebelum ini, Aku akan cuba aktifkan balik blog ni, aku akan tulis ikut apa aku rasa sesuai. Tulisan aku bukanlah mewakili minda atau kata kata dari pemuda pas cawangan btp, tapi ianya 100% dari minda aku dan pemerhatian aku. so berlapang dada, kalau boleh terima terima kalau rasa ianya keterlaluan, aku minta maaf. ini memang 100% datang dari pandangan aku semata mata. Walaubagaimanapun, aku akan cuba untuk dapatkan tulisan dari pengerusi pas cawangan dalam masa beberapa hari atau minggu lagi, bergantung kepada kesenangan beliau. Insyaalah. Aku janji.
Okeh, yang kat atas tu, intro dan pengakuan dari aku, supaya apa yang aku tulis, tidak disalah ertikan. Aku tak suka cara politik yang berputar belit, aku hanaya berpolitik di bumi nyata.Mungkin cara politik aku tak disukai sesetengan orang yang lebih sukakan cara politik yang bijak atau smart. Bagi aku kalau nak smart, smartlah, tapi tak perlulah nak jahanamkan orang lain, nabi tak ajar politik cara itu. So, kalau sesiapa yang tak boleh terima, silakan....
Malam ni aku just nak bagi komen aku berkenaan Sultan selangor yang membatalkan rancangannya ke majlis jamuan sempena 40 tahun penubuhan yayasan selangor.
Aku terkejut juga, "ya benar, adakah aku bermimpi." walaubagaimanapun, kita dalam jemaah diajar berfikiran atau berprasangka baik. Jangan sesekali berprasangka buruk kerana kita tak tahu hati budinya. Yang boleh menilai hati budi seseorang hanyalah Allah,pencipta sekelian alam.
Ampun tuanku beribu ribu ampun. Tulisan patik, harap diampun.
Patik sebagai rakyat dibawah teraju pemerintahan tuanku, amat merasa bangga dengan tindakan tuanku untuk membatalkan keberangkatan tuanku ke majlis tersebut atas alasan pembaziran. ianya satu perbuatan bijak yang patut dicontohi oleh semua pemimpin pemimpin negeri.
Patik berharap tuanku akan menjadikan peristiwa ini sebagai satu titik tolak dimasa hadapan supaya menjadi nasihat kepada semua pemimpin kerajaan baik kerajaan BN atau PR supaya berbelanja dengan lebih berhemah.
Tuanku, kami rakyat jelata dibawah jajahan tuanku berharap, kenyataan atau alasan tuanku ini tidaklah menjadi satu alasan kepartian sebelah pihak. Tidaklah ia nanti akan dilihat dan dipandang oleh sesetengan pihak sebagai satu alasan untuk menjatuhkan seseorang atau sesebuah parti.
Kami sangat berharap, ianya adalah 100% datang dari tuanku dan bukannya dari mulut mulut busuk yang hanya tahu berkata kata, tetapi diri sediri tak tergaja.
Semoga tuanku akan lebih aktif dalam memberi teguran-teguran positif kepada pemerintah kerajaan negeri atau persekutuan dalam memantapkan lagi agama islam dan sistem pemerintahan islam di negara ini.
Semogo Allah sentiasa melindungi tuanku, Sultan Selangor.
Amin. Ra rabul ya alamin.
Wassalam.
end.
1237 am13112010
0 comments:
Post a Comment