Tuesday, May 27, 2008

PAS BTP akan perjuang hak gadaian 99 tahun

OAK, 27 Mei: PAS cawangan Bandar Tasik Puteri akan memperjuangkan hak penduduk bandar ini untuk mendapatkan hak gadaian tanah mereka selama 99 tahun sebagaimana yang diiklankan oleh pihak pemaju ketika mereka membeli rumah di sini.

Menurut Naib Ketua PAS cawangan BTP, Mazlan Abdul Moin, pihaknya sedang mengumpulkan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi memfailkan kes ini ke mahkamah melalui prosedur undang-undang.

"Ketika kami membeli rumah di sini, iklannya menyebut, status tanah kami adalah gadaian 99 tahun tetapi beberapa tahun lepas kami dapati ia hanya tinggal 66 tahun sahaja lagi kerana tempoh gadaian itu telah bermula sejak tahun 1965 lagi. Ini satu kesilapan pengiklanan dan anggapan kepada pihak pemaju," kata Mazlan.

Menurut Mazlan, pihaknya telah berbincang dengan seorang peguam terkenal dan dia telah bersetuju untuk mengambil kes ini.

"Kami sekarang dalam proses membuat penilaian melalui penilai berlesen untuk menilai kesan akibat kehilangan tempoh 33 tahun itu terhadap nilai tanah tapak dan rumah kami ini. Selepas ia selesai, kita akan ke mahkamah," kata Mazlan kepada Blog PASBTP.

Sehubungan itu, penduduk BTP yang berminat untuk bersama-sama memperjuangkan nasib mereka itu boleh menghubungi Mazlan atau terus kepada Setiausaha PAS BTP Saudara Nazri (012-2118993).

3 comments:

al kerrango May 28, 2008 at 9:01 AM  

salam,
pertama sekali tahniah atas kewujudan blog ini.
keduanya syabas atas usaha gigih memperjuangkan nasib penduduk BTP.
selain itu, aku mintak maaf laa sebab sibuk sangat sampai belum sempat berjumpa sdr Mazlan.insyaallah malam ni kita jumpa.

Ketua Pemuda PASBTP May 28, 2008 at 11:42 PM  

Salam perjuangan,
Harap mendapat suntikan semangat dari penduduk setempat dari segi apa bentuk sekalipun bantuan untuk merealisasikan impian dan rancangan bersama.

Unknown May 30, 2009 at 6:27 PM  

semoga majlis ini akan mendapat sambutan yg menggalakan. insyaalah.

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP