Thursday, April 30, 2009

MUNAJAT KEPADA ALLAH MOHON BANTUAN


SRA As-Siddiqin BTP ; Satu program munajat telah dilakukan pada malam tadi selepas solat isyak di perkarangan sekolah yang merupakan inisiatif dari para guru. Program dimulakan dengan sedikit taklimat dan didahului dengan solat taubat dan solat hajat dan berakhir dengan tazkirah pendek dari Ustaz Amin yang sangat menginsafkan kita tentang betapa hari ini pendidikan agama telah diletakkan sebagai kelas kedua oleh para ibubapa. Menghantar anak ke sekolah agama sekadar memenuhi tuntutan adat bukan kerana keperluan dan persediaan untuk anak-anak kita melangkah ke dunia dewasa.

Namun matlamat utama program adalah memohon pertolongan ke hadrat ALLAH agar mamberi jalan kepada penyelesaian permasalahan yang timbul kerana kesesakan pelajar akibat dari kekurangan bilik darjah. Ekoran dari itu JAIS mengarahkan pihak sekolah supaya menjalankan persekolahan 3 sessi yang banyak menimbulkan masalah kepada pihak sekolah , ibubapa dan juga pengendali bas sekolah yang mana berita ini telah tersiar diakhbar Harian Metro. Perkara ini berlaku akibat dari terlalu banyak birokrasi di pihak JAIS yang seolah-olah pejam mata tentang perkara ini sedangkan ia telah diutarakan kepada pihak JAIS 2 tahun yang sudah. Kami difahamkan pihak JAIS telah datang ke sekolah namun hanya bertanya tentang masalah ini seolah-olah ia berita baru buat mereka, ini sangat menyedihkan. Jadi kami semua memohon kepada ALLAH supaya membuka hati mereka terutama di pihak JAIS untuk menyenangkan kerja menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi memartabatkan ilmu ALLAH di dada anak-anak kita.

Juga difahamkan perkara ini telah juga diajukan oleh pihak sekolah kepada wakil rakyat Kuang, namun jawapan yang diberi amat mendukacitakan kerana sekolah ini dibawah kerajaan negeri dan berlainan fahaman politik. Sedangkan sepatutnya beliau wakil rakyat yang menang mesti berkhidmat untuk semua rakyat tidak kira fahaman politik. Namun itulah hakikat bila berjuang hanya kerana kuasa semata-mata dimana jika kerja yang ingin dilakukan tidak menguntungkannya maka beliau akan hanya pandang dan berharap agar lebih bermasalah supaya beliau dapat menghentam kerajaan negeri sekarang. Inilah perangai buruk wakil rakyat BN yang lebih mengutamakan populariti walaupun merugikan anak-anak orang islam tidak kira mereka fahaman politik mana. Sepatutnya beliau boleh membantu dari segi meminta penggunaan sekolah kebangsaan sementara waktu ketika mana pihak sekolah mendapatkan kelulusan untuk mendapatkan bangunan baru kerana sekolah kebangsaan dibawah kementerian pendidikan. Sebenarnya rakyat boleh menilai antara kaca dan permata.

Tindakan yang bakal diambil akan diputuskan setelah pihak PIBG sekolah bermesyuarat pada hari sabtu ini. PAS cawangan BTP akan bersedia untuk membantu pihak PIBG dan juga sekolah bagi menangani masalah ini. Berita terkini tentang perkembangan tentang SRA As-Siddiqin akan dilaporkan dari semasa ke semasa.

Read more...

Wednesday, April 29, 2009

MARI SERTAI BANTAHAN KABINET DAPUR NAJIB



Lajnah Dakwah dan Pembelaan Dewan Pemuda PAS Pusat bersama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyeru seluruh umat Islam hadir dalam perhimpunan membantah keputusan kabinet berkaitan isu akidah umat Islam.

Pengerusinya, Ustaz Ridwan Mohd Noor berkata, demonstrasi itu akan diadakan di perkarangan masjid kampung Baru selepas menunaikan solat Jumaat, 1 Mei.

Kabinet Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Keputusan kabinet Najib itu dibuat berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.

Mengulas keputusan itu, Ridwan mendesak supaya Najib mengkaji semula keputusan itu berdasarkan beberapa kes yang telah berlaku dinegera ini.

"Sudah tentu keputusan itu Umno mahu menarik sokongan daripada pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya akan datang," tegasnya.

Beliau berkata, keputusan itu akan memberi satu implikasi dan intikasi yang buruk pada masa depan umat Islam di negara ini.

Menurut beliau, himpunan 1 Mei itu mengajak seluruh rakyat Islam untuk menyatakan sikap mereka dan bukti kasih sayang kepada agama Islam.

"Jika tahun 1950 isu Natrah yang telah dimurtadkan melalui proses undang-undang pada hari ini kes itu berulang. Himpunan membantah isu Natrah itu juga telah berjaya menyatukan umat Islam tanpa mengira etnik," katanya.

Selain itu tambah beliau, ada usaha terancang untuk menjayakan misi permurtadan umat Islam di negara ini kerana kes itu telah berjalan lama.

Beliau berharap Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40 bertanggungjawab menyelamatkan akidah anak-anak dan isterinya.

"Dalam Islam hak membela anak diberikan kepada bapa yang beragama Islam begitu juga jika ibu yang memelok Islam," tegasnya. _



Read more...

Tuesday, April 28, 2009

KENAPA PERLU SISTEM PENTERNAKAN BABI SECARA MODEN

Hari ini kecoh tentang wujudnya satu lagi bala dari ALLAH iaitu penyakit Selsema Babi. ALLAH dah pun menjelaskan bahawa setiap musibah atau bala yang diturunkan adalah hasil dari kerja tangan manusia itu sendiri. Ternyata penyakit terbaru ini amat menggusarkan rakyat Malaysia kerana faktor ladang ternakan babi yang tidak terurus di Malaysia boleh mengakibatkan penyakit ini akan senang merebak. Ingat tak lagi virus JE suatu ketika dulu di Bukit Pelandok. Manusia mudah lupa akan peringatan ALLAH.

Selepas mengambil alih pucuk pimpinan negeri Selangor kerajaan PR telah cuba menstrukturkan semula tentang kaedah penternakan babi di Selangor yang berselerak dengan kaedah penternakan moden berpusat. Antara kebaikannya;

a) Senang dipantau pihak berkuasa kerana hanya satu tempat sahaja dilesenkan penternakan babi dan hanya untuk keperluan domestik sahaja.

b) Tidak mengeluarkan bau busuk kerana penternakan di dalam bangunan berhawa dingin dimana setiap proses seperti penyembelihan dilakukan didalam kawasan tersebut. Najis dikitar untuk sumber kuasa.

c) Sistem saliran yang terkawal dimana air yang dilepaskan ke sungai akan terlebih dahulu dirawat didalam bangunan tersebut.

d) Menggunakan sistem penternakan moden yang diambil teknologi dari negara Jerman.

Akan tetapi atas sebab tidak mahu kerajaan PR mendapat kredit dari projek ternakan tersebut maka UMNO sekali lagi cuba mengelirukan rakyat seolah-olah kerajaan PR telah pun membesarkan pusat ternakan babi dan ini akan memberi impak yang buruk dari segi bau dan pencemaran alam sekitar. Padahal kerajaan PR telah pun menjelaskan bahawa projek ini hanyalah projek mengumpulkan semua ladang ternakan babi yang berselerak di Selangor agar diletakkan disatu kawasan untuk dipantau dengan menggunakan kaedah ternakan berteknologi tinggi yang dapat menjamin dari perlaku pencemaran sungai, udara dan juga bau. Bahkan bilangan ternakan juga hanya untuk keperluan domestik.

Akan tetapi hari ini terbukti langkah ini adalah langkah bijak dari pihak kerajaan negeri dan telah pun mendapat respon dari dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia seperti kenyataan yang dikeluarkan kepada Malaysiakini;



Ekoran merebaknya selsema babi, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa supaya pelaksanaan sistem ladang ternakan babi moden disegerakan supaya risiko dan kegusaran masyarakat umum dapat dihapuskan.

"Ini kerana masih terdapat banyak ladang babi yang masih tidak terurus dan kumbahannya terus dibuang ke dalam saluran pengaliran yang tidak sewajarnya, seperti yang berlaku di Masjid Tanah, Melaka," kata Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin.

Katanya, kepimpinan baru perlu membuktikan kesungguhan bagi melaksanakan pembaharuan tersebut.

pig farm and dirty river"Bayangkanlah berpuluh tahun keadaan ladang babi yang tidak terurus dan mencemarkan alam sekitar, telah mengunding pelbagai kesan pencemaran pada alam sekitar dan risiko pelbagai penyakit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, PPIM berharap isu tersebut tidak dianggap 'tidak berkaitan', hanya kerana toleransi yang tidak kena pada tempatnya.

Sebaliknya, kata beliau, PPIM mahu ia diberi perhatian serius demi memastikan lambakan ladang babi yang tidak terurus dan mencemar alam tidak mendatangkan kemudaratan kesihatan kepada rakyat Malaysia pada masa depan.

PPIM juga menggesa kerajaan mengambil langkah serta kerjasama proaktif dengan pihak berkaitan untuk membangunkan sistem pencegahan bagi mencegah sebarang penularan wabak maut, terutama dengan kebanjiran warga asing yang membimbangkan di negara ini.

"Rakyat negara ini harus dipertahankan tanpa sebarang kompromi," kata Noor Nirwandy.

Read more...

Monday, April 27, 2009

USRAH UMUM PAS CAWANGAN BTP




PAS cawangan BTP akan mengadakan usrah umum untuk ahli yang pertama tahun ini pada hari jumaat sempena cuti hari buruh. Program yang dirancangkan bermula pada pukul 9.30 malam akan turut dimeriahkan dengan program barbeque ikan keli sumbangan dari s/u cawangan.

Tarikh : 1 Mei 2009
Hari : Jumaat
Waktu : 9.30 malam
Tempat : No. 2 Jalan 7/8 BTP (Tadika Insaniah)

Program ini adalah gabungan ajk cawangan, ajk pemuda dan ajk muslimat. Program akan dipimpin oleh Ustaz Zakaria dari Lembah Hijau.

Semua ahli dijemput hadir bagi memantapkan dan menerapkan kefahaman serta sikap istiqomah didalam perjuangan menegakkan agama ALLAH di mukabumi ALLAH ini khususnya di Malaysia tercinta ini.

Read more...

Sunday, April 26, 2009

TANDA AKHIR ZAMAN - BILA SIJAHIL MENJAGA AGAMA


Keputusan kabinet bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang pasangan itu menukar agamanya dibantah oleh majoriti daripada NGO Islam, parti politik dan majoriti rakyat apabila ia diputuskan tanpa diambil kira pandangan pihak yang arif dalam bidang syarie.

Keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat Kabinet itu adalah sebagai langkah panjang dalam isu yang melibatkan pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr.Mujahid Yusof Rawa,tindakan kabinet ini adalah membelakangkan mahkamah kerana kes yang disabitkan oleh kabinet adalah merujuk kepada isu yang berlaku di Perak yang membabitkan seorang lelaki bukan Islam yang telah memeluk Islam dan kemudian mengislamkan tiga anaknya tanpa pengetahuan isteri beliau.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata kabinet berpendapat ketiga-tiga anak pasangan ini perlu mendapat hak serta penjagaan menurut ajaran asal kerana ia agama kedua-dua ibu bapanya ketika perkahwinan,tambahan pula pasangan tersebut belum bercerai.

"Dalam isu ini kabinet tidak boleh campur tangan. Perkara ini masih lagi dalam perbicaraan mahkamah.Oleh kerana itu kabinet sepatutnya mendapat pandangan daripada Jakim, NGO Islam dan para ulama. PAS juga sanggup untuk memberi pandangan dalam perkara yang menyentuh sensitiviti umat Islam ini.

"Sepatutnya kabinet harus mendapat consent daripada mahkamah dahulu sebelum membuat keputusan.Tindakan mereka ini juga melambangkan seolah-olah mereka tidak menghormati hak mahkamah syariah.Hak ini telah dirampas oleh mereka tanpa mempedulikan para ilmuan dan ulama serta peguam syarie yang mahir dalam bidang tersebut," katanya.

Penolong Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang,Rosidi Hussain berkata pandangan Presiden Persatuan Peguam Syarie,Mohamad Isa Abd Ralip bahawa kabinet seharusnya mempertimbangkan dan membawa perkara ini kepada perbincangan dengan NGO Islam sebelum membuat keputusan adalah satu tindakan yang wajar dilakukan oleh kabinet sebelum membuat keputusan yang bercanggah dan menyentuh sensitiviti umat Islam ini.


Beliau yang juga seorang peguam berkata tindakan kabinet ini seperti menolak kewujudan pakar agama,ulama dan ilmuan Islam yang ada dalam negara.

Beliau juga mendesak kabinet supaya mengambil pandangan golongan profesional seperti pakar agama,mufti dan seumpamanya sebelum membuat keputusan.

"Perkara 12(4)Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa agama seseorang yang dibawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan ibu atau bapanya atau penjaganya.Berdasarkan perkara ini persetujuan satu pihak memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4)adalah 'parents or guardian' bukannya 'parents or guardians'."

Sumber; siasahdaily

Read more...

Saturday, April 25, 2009

PROGRAM KARNIVAL MESRA RAKYAT DUN KUANG

Tempat : Pdg Kg Setia Kuang
Tarikh : 26 April 2009 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi ~ 5.00 petang
Antara Aturcara :
1)Pengagihan bantuan kepada keluarga miskin
2) Sukan rakyat
3) Gerai Jualan
4) Pemeriksaan kesihatan percuma
5) Nasihat guaman percuma
6) Konsert Tautan Kasih
Anjuran :
Ahli Parlimen Selayang (YB William Leong)

Semua dijemput hadir memeriahkan hari tersebut. Pertanyaan sila hubungi En. Asri ditalian 017-6683803.

Read more...

Kesesakan di SRA KAFA As-Siddiqin

Kini satu lagi permasalahan timbul akibat daripada peningkatan penduduk di BTP iaitu pertambahan jumlah pelajar yang amat ketara. Ekoran dari itu sekolah kebangsaan telah ditambah satu lagi iaitu Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2 yang telah dapat menampung kesesakan pelajar. Namun ini telah menambah rumit pihak SRA KAFA As-Siddiqin yang tidak dapat menampung pelajar yang terlalu ramai.

Salah satu pendekatan jangka pendek ialah pihak sekolah telah mengadakan 3 sessi persekolahn yang mana telah mengurangkan masa belajar dari 4 jam kepada 2 jam. Permasalahan yang timbul antara lainnya;
a) Penumpuan pelajar tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan penting tahun ini.
b) Masalah pengangkutan pelajar yang mana boleh menambah kos kepada pengusaha, dan jalan terakhir akan menaikkan kadar tambang dan semestinya beban ini akan kembali kepada bahu ibubapa.
c) Kekurangan tenaga pengajar.

Difahamkan pihak SRA KAFA telah pun memohon daripada Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2 untuk meminjam kelas sebagai langkah memastikan masalah ini dapat diatasi untuk sementara waktu sebelum dapat dibangunkan bangunan baru SRA KAFA. Tetapi malangnya kerana perbezaan fahaman politik maka permintaan tersebut ditolak tanpa alasan yang sewajarnya walaupun demi kepentingan anak-anak untuk kemudahan belajar. Ini kerana SRA adalah dibawah pengurusan kerajaan negeri Selangor.

Kelemahan di pihak SRA adalah tidak menangani masalah ini dengan kadar segera kerana sepatutnya ia sudah dapat dijangka perkara ini akan berlaku. Tidak sepatutnya timbul masalah birokrasi dibawah kerajaan PR. Dan perkara ini sepatutnya membuka mata pihak sekolah dan JAIS didalam menyelesaikan masalah ini dengan kadar yang segera. Kita di pihak kerajaan PR harus menerima kritikan daripada semua pihak dan membaiki lagi perkhidmatan kepada rakyat dengan jalan yang terbaik.

Oleh kerana ini merupakan usul yang harus ditangani segera, pihak PAS cawangan BTP akan mengusulkan YDP PIBG SRA menubuhkan Jawatankuasa Bertindak untuk pembinaan SRA baru atau menambah bangunan sekolah. Perkara ini akan dirujuk kepada YB Dr Halimah yang juga merupakan Exco Pendidikan Selangor secepat mungkin.

Kepada sesiapa yang mempunyai pendapat yang boleh dikongsi bersama minta diajukan kepada S/U PAS cawangan BTP ditalian 012-2118993 untuk dipertimbangkan. Kita mesti duduk semeja didalam mengatasi masalah ini demi kepetingan ilmu agama kepada anak-anak kita.

Read more...

Maknanya Zamry adalah MB Haram

Mohon Mahkamah Persekutuan Isytihar Zamry MB Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung tafsiran Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak supaya mahkamah itu memutuskan beliau adalah Menteri Besar yang sah.

Zambry memfailkan notis usul itu di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini, semalam, melalui Tetuan Zul Rafique and Partners.

Notis usul itu diedarkan kepada media petang ini.


Dalam notis usul itu yang disertakan dengan afidavit sokongannya, Zambry memohon supaya Mahkamah Persekutuan memutuskan dan mentafsir peruntukan Fasal-Fasal 16(2) dan 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu:

- sama ada Sultan Perak mempunyai hak untuk memperkenan permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (sidang DUN) apabila Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar anggotaanggota Dewan;

- sama ada apabila Sultan Perak tidak berkenan untuk menggunakan prerogatif diraja baginda untuk membubarkan sidang DUN, adakah ia merupakan suatu kehendak peruntukan Fasal 16(6) bahawa Mohammad Nizar harus meletakkan jawatan beliau dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan;

- sama ada berikutan keengganan Mohammad Nizar meletakkan jawatan dan ahli-ahli mesyuarat kerajaan, Sultan Perak mempunyai hak untuk melantik Zambry sebagai menteri besar.

Zambry dalam notis usulnya berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan ketiga-tiga persoalan itu memihak kepadanya, maka mahkamah itu perlu mengisytiharkan bahawa pada 6 Februari 2009, beliau telah dilantik dengan sewajarnya sebagai Menteri Besar Perak.

Mahkamah Persekutuan menetapkan Selasa depan untuk mendengar permohonan notis usul itu.

Zambry berkata, keputusan mahkamah itu juga nanti akan meleraikan kebuntuan politik yang berlaku di Perak di mana Mohammad Nizar menegaskan beliau masih Menteri Besar yang sah, sidang DUN tidak dapat bersidang dan kerajaan negeri Perak tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya dengan efisyen dan/atau bebas.

Read more...

Kanak2 Hilang - Mohon Bantuan


"
Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa

Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama
Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009


Jika ada maklumat sila hubungi :

Abdul Razak Bin Salim
HEP Politeknik Johor Bahru
0177011038 / 0169326003

atau Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.
juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan

Read more...

Wednesday, April 22, 2009

Ceramah ustaz Kamal Ashaari


Program ceramah di surau As-Siddiqin Bandar Tasik Puteri diteruskan;

Penceramah: Ustaz Kamal Ashaari (pernah kontroversi kisah mayat bertukar jadi babi)
Tarikh : 23/04/09
Hari : Khamis
Masa : Selepas solat maghrib

Semua muslimin dan muslimat dijemput adir beramai-ramai.

Read more...

Tuesday, April 21, 2009

Moga dapat hidayah ALLAH

 Adun kontroversi, Elizabeth Wong telah membuat kunjungan hormat ke atas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya, di JKR 10 Kota Bharu.

Elizabeth kelihatan bersama seorang teman dan seorang pengawal peribadi telah membuat kunjungan tersebut pada Sabtu.

Pertemuan selama 40 minit itu juga merupakan pertemuan empat mata antara beliau dan Nik Aziz.

Menurut Eli, pertemuan tersebut berlaku jam 2 petang dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Mursyidul Am PAS itu kerana memberi sokongan kepada beliau sebelum ini.

"Saya akan memberi fokus kepada kerja yang telah ditangguhkan dan bersemangat untuk kembali berkhidmat untuk rakyat," jelasnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.

Ditanya butiran pertemuan itu, Elizabeth tersenyum dan berkata bahawa Nik Aziz seorang yang bertimbang rasa kepada kesnya dan Eli berterima kasih kepada Mb Kelantan itu.

Elizabeth sebelum ini dikaitkan dengan isu gambar yang tersebar di internet telah kembali bertugas setelah dua bulan bercuti.

Beliau menerima kembali jawatan sebagai Adun Bukit Lanjan dan juga Exco kerajaan Selangor.

Beliau juga berpendapat bahawa pandangan dari Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sebagai pandangan peribadi dan beliau juga masih bersahabat baik dengan Zulkifli.

Read more...

Terbaru: Pendedahan Nizar mengenai perbincangan Sultan Perak

Dalam perkembangan terbaru dalam kemelut politik Perak, Sultan Azlan Shah didakwa tidak menyebut sebarang peruntukan di bawah perlembagaan negeri itu sewaktu menitahkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai menteri besar.
malaysian law conference 291007 sultan azlan 2
Ianya terkandung dalam satu afidavit yang difailkan oleh menteri besar Pakatan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


Pemimpin Pakatan Rakyat itu memberi butir-butir terperinci mengenai apa yang berlaku ketika menghadap Sultan Perak pada 4 dan 5 Februari lalu.

Mohd Nizar juga menafikan dan mempertikaikan versi yang dinyatakan oleh penasihat undang-undang Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dalam afidavitnya. Menurutnya, versi Ahmad Kamal tidak menggambarkan kebenaran sepenuhnya.

Dalam afidavitnya untuk menyokong menteri besar BN yang baru dilantik, Datuk Zambry Abdul Kadir, Ahmad Kamal mengatakan Sultan menyebut tentang perlembagaan (negeri) apabila mengarahkan Mohd Nizar meletak jawatan.

Mohd Nizar juga mendedahkan bahawa sewaktu menghadap sultan selama 15 minit pada 5 Februari lalu, beliau telah memberitahu baginda mengenai akibat yang akan timbul sekiranya gagal membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

nizar jamaluddin perak mb court trial perak bn takeover zambry 180209 03Menurut afidavit tersebut, Mohd Nizar berkata ia bermula pada 4 Februari, ketika beliau menghadap baginda Sultan untuk memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak berikutan kehilangan tiga ADUN - Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Foong (Jelapang) - yang telah "meletak jawatan".

Bagaimanapun, baginda Sultan memberitahu Mohd Nizar bahawa baginda akan mengkaji permohonan itu dan menyebut ayat al-Quran "Innallaha maa Sobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar).

Mohd Nizar berkata, beliau menghormati keputusan itu dan sewaktu pertemuan tersebut, beliau juga turut menyerahkan draf pembubaran DUN untuk mendapatkan perkenan baginda.

Bagaimanapun, Mohd Nizar menafikan bahawa semasa menghadap baginda Sultan, beliau pernah menyatakan kepada baginda bahawa terdapat kehilangan kepercayaan kepadanya sebagai menteri besar oleh majoriti anggota DUN, dan kerana itu, beliau mahu membubarkan DUN.

Sumber berita: Utara Online

Read more...

Kebakaran di Lembah Hijau

Lembah Hijau : Satu kemalangan jiwa berlaku di Lembah Hijau pada sabtu lepas 18/04/09 di jalan 3/6 rumah lot tepi. Difahamkan kejadian berlaku lebih kurang 2 pagi mengakibatkan isteri kepada mangsa rentung dan mangsa selamat ditemui dibilik air tingkat atas. Kebakaran hanya berlaku di tingkat atas dan tidak sempat merebak ke rumah sebelah. Mangsa dan isteri mangsa yang berketurunan Thai telah menetap di situ lebih kurang 2 tahun.

Mayat isteri mangsa telah dibawa ke hospital untuk tujuan bedah siasat dan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bandar Country Homes semalam sementara mangsa masih ditahan reman untuk siasatan lanjut oleh pihak polis.

Read more...

Sunday, April 19, 2009

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Selayang


Add ImageBertempat di dewan MPS Taman Kanching, pada hari sabtu 18/04 lepas telah berlangsung mesyuarat agung PAS kawasan Selayang yang telah dirasmikan oleh YB Dr Zulkifli (Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Pemilihan berjalan didalam keadaan yang baik dimana semua perwakilan menunjukkan semangat musyawwarah. Tn Hj Mohamad Abd Rahman telah mengekalkan jawatan YDP bagi sessi 2009 ~ 2011.

Tentang pencalonan peringkat pusat pula PAS kawasan Selayang telah mencalonkan Ustaz Abd Hadi Awang sebagai presiden dan Ustaz Haron Din calon Timbalan Presiden. Manakala calon naib presiden terdiri dari YB Ir Nizar, ustaz Nasharuddin dan Husam Musa.

Perwakilan BTP telah membangkitkan tentang isu aktiviti yang hanya tertumpu di kawasan DUN Templer sahaja. Ini bertujuan supaya setiap program mestilah melalui pemantauan dari PAS kawasan secara keseluruhannya untuk menyeragamkan semua aktiviti di setiap DUN.

Read more...

Rombongan Haluan ke Surau As-Siddiq


Pada hari jumaat lepas 17/04, rombongan Haluan telah singgah di surau As-Siddiqin dalam program jelajah Malaysia memungut derma jihad umat islam di Malaysia yang ingin berkongsi nasib sengsara umat islam di Palestin yang dibelasah oleh tentera kuffar yahudi laknatullah.

Rombongan diketuai oleh Sheikh Abu Bakar yang buta matanya oleh kerana penyiksaan yang amat teruk dipenjara negara haram Israel. Beliau menyeru agar umat islam di Malaysia bangkit membantu perjuangan rakyat Palestin dengan doa dan juga segala apa yang kita mampu. Juga diselangi dengan ceramah oleh serang kiyai dari Indonesia yang begitu bersemangat membuatkan hadirin terpukau dan diakhir majlis sempat bergambar bersama rombongan mereka.

Untuk melihat koleksi gambar-gambar sila layari link dibawah;
http://www.flickr.com/photos/puteribtp/show/

Read more...

CERAMAH TUAN GURU NIK RAZI NIK MAT

Pada sabtu lepas 18/04 Tuan Guru Nik Razi Nik Mat telah pun menyampaikan ceramahnya di surau As-Siddiqin. Sambutan diluar dugaan dari jemaah membuatkan majlis lebih berseri.

Tuan Guru telah menekankan tentang kepentingan kita meletakkan matlamat kehidupan kita adalah di akhirat sana yang merupakan masa depan kita yang sebenar. Setiap perlakuan kita mesti diletakkan ada pahala dan dosa. Ini membuatkan kita akan terpelihara dari membuat maksiat kepada ALLAH. Di dunia ini ALLAH memberi rezeki kepada semua orang tidak kira islam atau kafir atas sifat pemurah dan adilNYA. Malah orang kafir lebih kaya-raya dari umat islam. Manusia boleh untuk mengikuti ajaran nabiNYA atau tidak tetapi ingat hidup manusia tidak berkesudahan di dunia ini sahaja. Akan ada hari pembalasan.

Tahniah kepada semua jemaah yang sudi menderma dan membeli produk jus Tok Guru untuk membantu menderma pembinaan Maahad Tahfiz Nikmatillah di Pulau Melaka. Kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk menderma bolehlah menyalurkan derma anda terus ke akaun Bank Islam bernombor 03036010004548. Boleh juga melalui cek diatas nama AKADEMI NUN BERHAD dan dihantar ke alamat;
Hj Nik Razi Nik Mat
No. 2 Darussalam Pulau Melaka
16150 Kota Bharu
Kelantan.
Tel No: 09-7656490

Read more...

Tuan Guru Nik Aziz & Nga Kor Meng di Melewar malam ini 19/04


Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Setiausaha DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Meng akan bersemuka dengan para penyokong Pakatan Rakyat di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, 19 April ini.

Demikian kenyataan ringkas Timbalan Yang Dipertua PAS Batu, Hj Suhaimi Abdul Rahman kepada Harakah.

Mereka katanya, akan menyampaikan ceramah pada "Himpunan Rakyat Meraikan Kemenangan Dua Bukit" bagi menceritakan lebih lanjut, pahit getir sepanjang berkempen di Bukit Gantang.

Program anjuran PAS Kawasan Batu itu bermula jam 9.30 malam itu turut menampilkan bekas pensyarah Sains Sosial dan Antropologi Universiti Malaya, Ann Wan Seng. Orang ramai dijemput hadir.

Selain kisah Nga membaca ayat al-Quran sewaktu berkempen di Bukit Gantang telah menimbulkan kontroversi, dan satu laporan polis dibuat oleh proksi Umno; perkembangan terkini di Perak juga akan dikupas oleh beliau pada program itu, ujar Suhaimi.

Tok Guru Nik Aziz antara pemimpin utama PAS yang membela Nga dalam isu membacaan ayat al-Quran. Kesempatan itu juga, Nga diberi penghormatan untuk melancarkan sebuah novel terbitan Anbakri Publika Sdn. Bhd. berjudul "Bidadari Dari Timur".

Novel tersebut juga, akan dilancarkan oleh Tok Guru Nik Aziz di Dewan Kedah & Johor Bangunan PWTC antara jam 12 hingga 1.00 tengahari sempena Pesta Buku Antarabangsa 2009 yang diadakan di ibu negara.

Sumber berita; Harakahdaily

Read more...

Friday, April 17, 2009

CERAMAH TUAN GURU NIK RAZI NIK MAT

TUAN GURU NIK RAZI NIK MAT

Pihak surau As-Siddiqin sekali lagi mengundang Tuan Guru Nik Razi Nik Mat yang juga merupakan adik kepada Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan) untuk menyampaikan ceramahnya seperti berikut;

Tarikh : 18hb April 2009
Hari : Sabtu
Masa : Selepas solat maghrib
Tempat : Surau As-Siddiqin

Ceramah ini sebagai menggantikan ceramah beliau yang tidak dapat hadir tempohari diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Beserta beliau juga dibawa bersama produk jus Tok Guru yang sangat berkhasiat. Muslimin dan muslimat boleh mendapatkannya sambil menderma untuk tujuan pembinaan Kolej ICT Nikmatillah di Pulau Melaka Kota Bharu yang memerlukan dana lebih kurang RM3 juta yang cuba dikumpulkan pihak Tuan Guru selama jangka masa 2 tahun.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai dengan keluarga sambil mengambil ilmu agama dan mengimarahkan majlis ilmu yang mana sangat besar fadhilatnya. Sila sebarkan kepada semua jiran tetangga.

Membangun Bersama Islam

Read more...

Thursday, April 16, 2009

KUASA DIKEMBALIKAN KEPADA RAKYAT




Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan Adun Penanti, berkuatkuasa hari ini.

Keputusan itu katanya dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.

Berikut adalah kenyataan penuh Fairus hari ini:

Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.

Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.

Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.

Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.

Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

Read more...

MAJLIS PERKAHWINAN RAJA SEHARI. ( MAT )

Kuala Nerang, - Adik Mohamad Bin Man ( S/U PEMUDA PAS BTP ) akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan Norhaslindawati Bt Karim.Majlis yg diadakan gilang gemilang itu turut dihadiri beberapa tetamu VIP. Antara yg hadir ialah Ust. Nasir ( YB Padang Terap ) Dato Ghazali Ibrahim ( Bekas YB Kuala Nerang ) Tok Penghulu dan beberapa wakil dari Menteri besar sekarang ( YB Azizan ) dan bekas Menteri Besar terdahulu ( YB Mahadhir Khaled )
Majlis ini juga turut dimeriahkan lagi dengan alunan merdu nasyid dan sendaloka bersama Kumpulan Nasyid terkenal, AS-Saufee.
Semoga dengan ikatan perkahwinan ini. Akan memberi sinar baru yang lebih bercahaya kepada kedua dua mempelai ini.












SELAMAT PENGANTIN BARU.
































Read more...

Wednesday, April 15, 2009

TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR


Prosedur Permohonan TAWAS

Mendaftar melalui Borang Pendaftaran Rasmi yang boleh didapati dari Pengerusi JKP atau;

borang

Pusat Pendaftaran:

Tingkat (LG), Bangunan Darul Ehsan,

No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh ibubapa/penjaga dengan menyertakan salinan dokumen sokongan seperti berikut: -

a) Sijil Kelahiran dan MyKid anak.

b) Kad pengenalan ibubapa/penjaga

Setiap pendaftaran akan diberi sijil yang perlu disimpan dengan baik sebagai bukti penyertaan di dalam Tabung ini.

Read more...

Wakil PAS (Ahli Majlis )


http://www.mps.gov.my/img/ahli/Mohamad.jpg
En. Hj. Mohamad b. Abdul Rahman
No. 21, Jalan Desa 1/15,
Bandar Country Homes,
48000 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
mohamad@ahlimajlis.mps.gov.my

Read more...

Tuesday, April 14, 2009

SENARAI AJK PAS CAWANGAN BANDAR TASIK PUTERI



Read more...

Sunday, April 12, 2009

Mesyuarat Agong Pemuda PAS Kawasan Selayang



Bertempat di dewan MPS Taman Jati Rawang, hari ini telah berlangsung mesyuarat agung Pemuda PAS yang bermula pukul 9.30 pagi. Para perwakilan dari semua cawangan telah mula mendaftar mulai jam 8.30 pagi. Perasmi pada kali ini adalah YB Ustaz Nasir Zakaria yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Terap. Ketibaan beliau telah disambut oleh perbarisan hormat dari Unit Amal Selayang yang diketuai oleh En. Abdul Latif dan En. Fadhil Nor. Turut menarik perhatian pada kali ini ialah kehadiran pemerhati dari kelab penyokong PAS yang telah diketuai oleh En. Kallai.

Antara penekanan yang diberikan semasa ucapan perasmian beliau adalah betapa pentingnya pihak pemuda untuk lebih berusaha bagi mengembeling tenaga mempertahankan kemenangan dan bagaimana cara pengisian terbaik bagi kemenangan yang telah dikecapi. Antara lain beliau mengambil contoh tentang peristiwa sejarah islam yang mana Rasulullah s.a.w memberi penekanan khas dan kepercayaan kepada golongan pemuda untuk memikul tanggungjawab untuk memperkasa islam melalui jihad yang suci yang mana pendapat ini turut dikongsi oleh ketua pemuda PAS Selayang yang baru iaitu En. Zaidi.

Pemilihan berjalan secara berhemah dimana pemilihan dijalankan secara memberi mandat 100% kepada pihak perwakilan. Walaupun kurang perbahasan yang dilakukan didalam sesi perbahasan minit yang mungkin kerana faktor persediaan yang tidak begitu rapi dari pihak perwakilan itu sendiri yang tidak membuat persediaan dan ulangkaji untuk ke mesyuarat agung pada kali ini namun perjalanan mesyuarat tetap berjalan dalam suasana terbuka dimana segala cadangan dan teguran diambil perhatian oleh semua perwakilan yang hadir. Mungkin dimasa akan datang pihak perwakilan dapat membuat persediaan yang lebih rapi dan tersusun dari segi penghujahan dan perbahasan supaya memberi impak yang terbaik kepada dewan pemuda PAS Selayang.

Pemuda dari cawangan Bandar Tasik Puteri telah menghantar 5 perwakilan dan 2 pemerhati pada kali ini. Ketua Pemudanya telah pun terpilih menyertai pasukan jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Selayang bersama seorang lagi wakil dari Park Avenue. Pada kali ini juga pemuda PAS cawangan Bandar Tasik Puteri secara tidak disangka menerima pengiktirafan sebagai cawangan terbaik dan telah menerima sumbangan berupa 'Framme' ayat suci al-quran dan juga hamper.

Mesyurat telah ditangguhkan pada lebih kurang 2 petang dengan ucapan penangguhan dari Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Selayang.

Semoga jawatankuasa yang baru dapat memberi sedikit suntikan baru untuk mengembeling tenaga pemuda di kawasan sekitar Selayang untuk bersama-sama pemuda PAS berjuang menegakkan agama ALLAH di mukabumi Malaysiia tercinta ini.

Read more...

Thursday, April 9, 2009

CERAMAH TUAN GURU NIK RAZI DITUNDA

Ceramah yang dijadualkan oleh Tuan Guru Ustaz Nik Razi Nik Mat di surau As-Siddiqin telah ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pihak ajk surau As-Siddiqin memohon ampun dan maaf diatas kesulitan tersebut. Walaubagaimanapun pihak surau mengucapkan jutaan terimakasih diatas sokongan semua muslimin muslimat diatas sambutan yang diluar dugaan.

Ceramah tersebut akan digantikan pada minggu hadapan 18hb Apr 2008 (Sabtu) selepas solat maghrib. Diharap semua muslimin muslimat dapat melapangkan masa untuk hadir bersama di surau As-Siddiqin. Seperti biasa Tuan Guru akan membawa bersama beliau produk Tok Guru dimana jualannya akan digunakan untuk membiayai Institut Nikmatillah di Pulau Melaka.
Membeli sambil menderma.

Read more...

Wednesday, April 8, 2009

TUAN GURU NIK RAZI NIK MAT

TN GURU NIK RAZI NIK MAT

Surau As-Siddiqin telah menjemput Tuan Guru Nik Razi Nik Mat yang juga merupakan adik kepada tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat untuk menyampaikan ceramah beliau pada 9hb April 2009 (Khamis) selepas solat maghrib. Muslimin muslimat yang berkelapangan masa dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ilmu kita. Jangan lepaskan peluang julung-julung kali beliau datang ke Bandar Tasik Puteri.

Sedikit biodata mengenai diri beliau;

Yang Berbahagia Tuan Guru Nik Razi bin Nik Mat dilahirkan di Kota Jembal (juga dikenali sebagai Kedai Lalat), Kota Bharu, Kelantan. Pengajian menengahnya bermula di Maahad Muhammadi, Kota Bharu.Setelah itu menyambung pengajiannya ke India di Universiti Darul Ulum, Deoband dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam pengajian Hadith. Pencarian ilmu diteruskan lagi di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Syariah. Selepas itu di Universiti Ain Syams, Kaherah dengan memperolehi Diploma Pendidikan.

Tuan Guru Nik Razi Nik Mat adalah seorang yang sangat mencintai ilmu agama sehinggakan beliau sanggup berada jauh dari keluarga dan tanah airnya sendiri selama bertahun-tahun…hanya untuk 1 niat…iaitu MENUNTUT ILMU. Mengimbau sejarah pernghijrahannya demi ilmu ini, di India beliau berguru dengan Maulana Ghulamullah Khan dan Maulana Abu Hasan Al-Nadawi. Di Pakistan beliau sempat menuntut ilmu dari Maulana Al-Maududi. Di Madinah pula beliau adalah anak murid kepada Al-Syeikh Abdul Aziz Baz manakala di Mesir, beliau berguru dengan Al-Syeikh Muhammad Najib Al-Muthiei dan Al-Syeikh AbdulHamid Kisyk selain daripada pensyarah-pensyarah Universiti Al-Azhar itu sendiri dan sempat bertemu dengan Al-Syeikh Abdul Halim Mahmud juga Al-Syeikh Idris Al-Marbawi.

Dalam bidang kerjaya, beliau telah berkhidmat di ITM (sekarang dikenali UiTM) Shah Alam sebagai Pegawai Penasihat Agama dari tahun 1983 – 1995. Di Maahad Muhammadi (P) sebagai guru pada tahun 1996, Maahad Muhammadi (L) sebagai Pengetua pada tahun 1997 – 1999 dan Pusat Pengajian Pondok Kandis, Bachok sebagai tenaga pengajar dari tahun 2000 hingga sekarang.

Dalam melaksanakan tanggungjawab mendaulatkan agama Allah dalam sepanjang usia yang dinikmati ini, beliau telah menjelajah ke serata negeri kecuali Sarawak (belum ada rezeki lagi ke sana) dan juga telah menyampaikan kuliah di beberapa negara seperti Thailand, India, Pakistan, China (Beijing), Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Mesir, Mekah dan Madinah.

Untuk waktu ini beliau aktif menyampaikan ilmu agama dan menjual beberapa produk tertentu sambil mengutip derma (infaq fi sabilillah) khususnya dari masyarakat Islam dalam usaha merealisasikan sebuah pusat pengajian yang lengkap dengan prasarana dan tenaga pengajar yang berkaliber serta yang paling penting berteraskan al-Quran. Pusat pengajian ini bakal dikenali sebagai Maahad Tahfiz ICT Nikmatillah di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan. Semoga usaha yang murni ini dapat disempurnakan dengan izinNya.

Read more...

Tuesday, April 7, 2009

Keputusan rasmi di DUN Bukit Selambau TERKINI


PKR dari Pakatan Rakyat menepati ramalan apabila secara rasminya memenangi prk DUN bukit Selambau. Ini jelas menunjukkan rakyat sudah tidak boleh lagi digula-gulakan dengan projek 'mee segera' BN. Projek hanya datang diwaktu pilihanraya sahaja. Selepas itu wakil rakyat hilang entah kemana. Tunggu pilihanraya akan datang pula. Kita tengok di Batang Ai betapa dhaifnya rakyat di sana. Apa BN buat selama 50 tahun lebih memerintah. Masih memainkan lagu kemudahan infrastruktur yang lapuk seolah-olah ketika negara baru merdeka.

keputusan rasmi di Bukit Selambau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah, apabila calonnya, S Manikumar, 35, menang dengan majoriti 2,403 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) dan 13 calon Bebas.

Manikumar memperoleh 12,632 undi manakala calon BN, Datuk S Ganesan, 49, mendapat 10,229 undi dalam pertandingan paling ramai calon dalam sejarah pilihan raya negara.

Semua 13 calon Bebas hilang wang deposit selepas gagal mendapat undi minimum satu per lapan daripada keseluruhan undi, sekali gus mencatatkan satu lagi sejarah sebagai pilihan raya paling ramai calon hilang wang deposit.


Read more...

Mahathir ditolak antara 2 Bukit



Sah rakyat negeri Perak menolak rampasan kuasa BN yang didalangi PM yang penuh dengan najis yang belum dibersihkan. Antara faktor kejayaan Pakatan Rakyat adalah penduduk di 2 kawasan tersebut mendapat maklumat yang lebih baik walaupun cuba dikongkong sebegitu rupa kalau berbanding di Batang Ai yang kemudahan internet yang tidak dapat digapai disana.Rakyat sudah muak dengan media provokasi BN terutama RTM dan TV3 juga akhbar Utusan dan Berita Harian.

Para petugas PR diminta supaya lebih agresif dari segi penyampaian maklumat dimasa akan datang terutama di kawasan kampung atau pendalaman yang mana media alaf baru belum betul-betul diterokai sepertimana di kawasan bandar.

Sumber dari Malaysiakini:

Maklumat rasmi
. PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.

Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

Kejayaan PAS itu disambut oleh para penyokongnya dengan membakar bunga api di kawasan padang dekat dewan penjumlahan undi.

Tidak rasmi. Di DUN Bukit Selambau, calon PKR S Manikumar secara tidak rasmi menang dengan majoriti 2,375 undi.

Beliau mendapat 12,607 undi, manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,232 undi.

Manikumar menambah beberapa puluh undi sahaja berbanding majoriti 2,362 undi V Arumugam pada 2008.

Kesemua 13 calon bebas hilang wang pertaruhan.

Read more...

Zahid Hamidi Hanya Berani Kat TV


SIMPANG, 7 April : Kehadiran para penyokong PAS bagi mendengar debat di antara Zahid Hamidi dan Husam Musa amat menggalakkan.

Ribuan penyokong sejak awal lagi memenuhi dataran Nik Abdul Aziz bagi menanti kehadiran Zahid Hamidi hingga mereka sanggup berdiri di tepi jalan di sepanjang jalan ekspo bagi menanti kehadiran tetamu terhormat semalam.

Keadaan lalu lintas begitu sesak sekali dan kelihatan beberapa orang anggota polis Trafik mengawal lalu lintas.

Kira-kira pukul 10 malam tadi, Datuk Paduka Husam Musa sampai ke perkarangan tapak debat, namun Zahid Hamidi belum lagi sampai sehingga program tamat.

Dalam ucapan Husam Musa semalam beliau begitu optimis dan positif dengan program yang dianjurkan bagi tujuan berdialog dan berdebat tentang isu-isu yang berbangkit di dalam media pro-kerajaan kepada PAS.

Walaubagaimanapun Husam menyifatkan ketidak hadiran Zahid Hamidi sepatutunya diganti oleh pimpinan Umno yang lain supaya jelas membuktikan kepada masyarakat bahawa pimpinan Umno adalah pimpinan yang berani pada kebenaran.

Sekitar program semalam keadaan bertambah bising dengan kehadiran helikopter yang berlegar-legar di udara sekitar tapak ekspo Rakyat yang diadakan debat tersebut.


Sumber dari:

http://prk059.pas.org.my

Read more...

Sunday, April 5, 2009

Gejala sosial remaja di Bandar Tasik Puteri makin parah




Merujuk kepada perkara diatas, melalui pemerhatian dan juga laporan daripada penduduk di Bandar Tasik Puteri dan juga maklumat dari sumber yang boleh dipercayai dari balai polis dan juga PPD Gombak menunjukkan perkembangan gejala sosial anak-anak muda di sini semakin menjadi-jadi. Sehingga ada laporan dari pihak sekolah yang mengaitkan remaja perempuan yang sudah berani memperdagangkan tubuh mereka dan apabila mendapat kaunseling dari pihak sekolah, ibubapa kepada anak tersebut bukannya berterima kasih kepada pihak guru bahkan memarahi pihak sekolah yang seolah-olah menjaga tepi kain orang.

Ada juga kes dimana pihak sekolah telah menangkap ramai remaja ponteng sekolah berada di Taman Templer. Menurut sumber dari PPD Gombak menunjukkan SMK Bandar Tasik Puteri menduduki tangga ke-4 dari segi kedudukan sekolah yang mempunyai pelajar bermasalah.

Tulisan kali ini bukan ingin melaporkan sekadar berita sensasi dari kisah tersebut tetapi untuk kita sebagai penduduk di Bandar Tasik Puteri ini supaya dapat mengembeling tenaga dan idea bagi mewujudkan kembali suasana kondusif untuk remaja kita.

Gejala ini semakin berleluasa kerana sikap penduduk sendiri yang tidak peka kepada suasana persekitaran yang mana rata-rata lebih mementingkan hal sendiri. Apa nak jadi di luar itu bukan hal mereka. Tetapi perlu diingat gejala ini umpama virus kanser yang boleh merebak ke seluruh badan jika tidak diubati segera.

Dimanakah remaja kita atau anak-anak kita berada sekarang? Pernakah kita bertanya soalan tersebut kepada diri kita? Kita lihat ramai remaaja kita melepak di sekitar Medan Puteri pada waktu yang tidak sepatutnya tidak kira lelaki atau perempuan.

Adakah sudah tidak ada jalan keluar dari permasalahan ini? Telah banyak pendekatan yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasinya tetapi tidak berjaya. Kenapa? Kerana sebenarnya mereka tidak menggunakan ubat yang betul terhadap penyakit ini. Sistem pendidikan di negara kita hari ini tidak mendidik manusia untuk berakhlak dengan akhlak islam tetapi hanya fokus kepada pencapaian akademik semata-mata. Ibubapa sanggup melabur wang ringgit yang banyak untuk menghantar anak ke kelas-kelas tuisyen bagi memastikan anak-anak mereka mendapat keputusan cemerlang didalam peperiksaan. Anak-anak telah ditanam didalam minda bahawa kejayaan itu adalah pencapaian dari peperiksaan tersebut. Tetapi soal isu akhlak tidak begitu dititikberatkan iaitu soal akidah anak-anak yang begitu lemah hari ini. Pembelajaran agama hanya sebagai subjek tumpang sahaja. Ibubapa tidak kisah kalau anak mereka tidak solat atau tidak menutup aurat tetapi sangat mengambil berat jika anak mereka tidak mendapat markah tinggi didalam peperiksaan.

Jadi ubat sebenar kepada gejala ini sebenarnya sudah lama terhidang tetapi manusia angkuh tidak ingin mengambil pendekatan secara pendidikan yang telah disarankan oleh islam kerana ALLA menjadikan manusia dengan segala kelengkapannya sekali umpama kilang kereta yang mengeluarkan kereta akan memastikan keperluan kereta sudah tersedia seperti adanya jalanraya, stesen minyak dan sebagainya. Mana mungkin kereta dapat dijual jika kemudahan tersebut tidak ada. Siapa mahu membelinya. Begitu juga ALLAH menyediakan kesemua keperluan manusia dan juga jalan penyelesaian teradap masalah manusia tersebut.

Atas keperluan tersebut pihak surau As-Siddiqin dan juga PAS Bandar Tasik Puteri akan cuba bekerjasama dengan pihak sekolah untuk merealisasikan pendekatan secara islam dengan penekanan utama untuk membina kembali akidah remaja kita seperti mana Rasulullah mula berdakwah di kota Mekah selama 13 tahun hanya menumpukan kepada soal akidah manusia terlebih dahulu barulah beralih kepada lain-lain.

Marilah bersama kita kembali kepada islam. Jadikan islam sebagai cara hidup bukan hanya tempelan untuk memenangi hati rakyat.

Membangun Bersama Islam.

Read more...

Thursday, April 2, 2009

UMNO TERDESAK RAIH UNDI CINA DI BUKIT GANTANG.


Kuala Sepetang. - Setelah belbagai cara digunakan oleh UMNO untuk memikat pengundi cina, akhirnya cara terdesak BN ialah dengan memanggil wanita seksi untuk menghiburkan para pengundi di majlis Makan Malam yang diadakan di situ.

Apa yang menyedihkan kita, Persembahan itu juga turut dihadiri oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Saffian.

Read more...

Siti Nurhaliza akhirnya temui Nik Aziz

Ketika seluruh negara tertumpu ke tiga pilihanraya kecil dan Istana Negara, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini membuat satu kejutan - bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Penyanyi nombor satu itu membuat kunjungan hormat ke atas menteri besar Kelantan selepas "sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut", lapor Harakahdaily.net.Selepas kunjungan bersama suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa, beliau dilaporkan menzahirkan rasa syukur kerana hasratnya menjadi kenyataan. "Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media massa sahaja tanpa bertemu secara dekat. "Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami. Pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa, maksudnya tiada agenda apa-apa," beliau dipetik berkata. "Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi."Siti Nurhaliza menambah, mursyidul am PAS seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama. Menurut laporan akhbar rasmi parti itu, pertemuan di pejabat menteri besar di Kota Bharu berlangsung kira-kira setengah jam. Penyanyi manis ini - lebih mesra dengan panggilan Siti - mengambil peluang bertemu Nik Abdul Aziz selepas diundang membuat persembahan pada majlis Sultan Kelantan sempena keputeraan baginda malam tadi. Sempena kunjungan itu, Siti Nurhaliza dan tokoh PAS itu bertukar-tukar cenderahati. Kakitangan pejabat menteri besar dan pejabat berdekatan di Kota Datul Naim turut mengambil peluang bertemu dengan selebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar, lapor laman web itu lagi.


Laporan diambil dari : malaysiakini.com

Read more...

15 Dalil UMNO Penderhaka Sebenar!

1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar di buang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan atas isu harta dan hutang keluarga beliau.
2. Pada tahun 1974 Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada Datuk Seri Tajol Rosli enggan meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asalnya beliau hanya mahu memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja. Sampai masa beliau mungkir janji menyebabkan Sultan Idris murka. Baginda bernazar tidak mahu bercukur jambang selagi Ghazali tidak mahu melepaskan jawatannya. Bukan ini derhaka namanya. Tiba-tiba sahaja Tajol Rosli berkata Umno tidak pernah derhaka. Kalau begitu apa tafsiran tindakan bapanya itu?
3. Pada tahun 1979, Menteri Besar Pahang ketika itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik Sultan secara terbuka.
4. Pada 1983 Umno mengurangkan kuasa YDP Agong berhubung pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-Raja Melayu menolak cadangan tersebut Umno membelasah institusi raja melalui media kawalannya.
5. Semasa Perhimpunan Agung Umno pada 1991 Sultan Kelantan dikritik secara terbuka kerana didakwa menjadi penyebab kekalahan Umno di Kelantan.
6. Dalam Perhimpunan Agung Umno itu juga perwakilan Umno meminta supaya harta raja-raja Melayu disiasat. Laporan ini disiarkan oleh utusan Malaysia pada muka surat depan. Tidakkah ini derhaka namanya?
7. Satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas pemedih mata serta menangkap penderhaka-penderhaka Umno?
8. Pada 18 Januari 1993 Umno membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dihadapkan ke Mahkamah Khas. Apabila raja-raja Melayu meminta menangguhkan pindaan tersebut Umno melancarkan kritikan terbuka terhadap salah laku raja-raja.
9. Pada tahun yang sama juga beberapa siri rapat umum haram Umno dibuat di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri (sekarang Tun) Dr Mahathir Mohamad dan mengecam raja-raja Melayu.
10. Tengku Razaleigh Hamzah dengan sinis mengatakan mana satukah yang lebih merbahaya: Pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 Februari 2009? Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah tetapi beliau juga menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan tahun 1993. Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno pun kena buat demonstrasi depan pejabat Umno kerana pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh diheret ke mahkamah kata Tengku Razaleigh.
11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Petra pada 29 April 1993 di bawah pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh Datuk Seri Annuar Musa. Kalau ini bukan sesuatu yang amat memalukan atau derhaka dan kurang ajar, apa namanya?
12. Kenyataan biadap Datuk Seri Shahidan Kassim, bekas Menteri Besar Perlis yang mengatakan beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta.
13. Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "derhaka". Lupakah dia siapa yang melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sampai baginda murka? Tidakkah ini perbuatan derhaka?
14. 23 daripada 24 Adun Terengganu mengugut untuk memboikot majlis angkat sumpah datuk Ahmad said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Manakala penyokong Umno pula mengatakan Sultan sebagai binatang pada kain rentang. Kenapa polis menangkap mereka yang hanya berdemontrasi di hadapan istana Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 sahaja?
15. Datuk Seri Shahidan Kassim memboikot perlantikan Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis, bukankah ini derhaka namanya?

Read more...

Pengerusi JKP Bandar Tasik Puteri


Nama : En. Kamaruddin Bin Md Noh
Alamat : No 37 Jalan 8/9 Bandar Tasik Puteri
Pekerjaan : Bekerja sendiri
H/P : 019-3401510

Read more...

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP