Thursday, February 26, 2009

Ceramah Isu Perak di Kuang

Pergolakan Perak terus mendapat perhatian orang ramai dimana program penerangan terus diadakan termasuklah di luar Perak bagi memberi penjelasan terhadap rakyat tentang perkara sebenar yang berlaku disebalik isu tersebut memandangkan ruang penerangan di media massa yang begitu terhad dan telah diputar belit oleh media pro-kerajaan BN. Terbaru program yang telah dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dun Kuang telah mengadakan satu sesi ceramah penerangan mengenai Perak di markas PAS Kg Damai Kuang pada 24hb Feb 2009 bermula jam 9.30 malam. Walaupun hujan gerimis namun masih ramai yang ingin mendengar penjelasan tersebut sanggup menunggu sehingga majlis selesai. Ceramah pada malam itu dimulai oleh YDP PAS Selayang Hj Muhammad kemudian Ahli Parlimen Selayang YB William Leong. Juga dijemput khas dari Perak iaitu Ahli Parlimen Parit Buntar YB Dr. Mujahid Rawa. Tetamu khas pada malam tersebut adalah Ahli Parlimen Kubang Kerian merangkap Ketua Pemuda PAS YB Sallehuddin Ayub.

Rata-rata mengupas isu yang berlaku di Perak iaitu tentang siapa penderhaka sebenar kepada sultan dengan menyelusuri sejarah serta undang tubuh negeri Perak itu sendiri. Jadi rakyat sekarang menunggu akan episod seterusnya sehingga sidang dewan yang akan diadakan nanti samada kuasa rakyat akan dikembalikan ataupun dirompak oleh lanun-lanun UMNO BN yang menuju ke zaman kejatuhannya.

Ceramah yang berakhir sekitar jam 12.00 malam sempat mengumpulkan hampir 1000 orang penduduk sekitar dan kutipan derma hampir RM900. Siri ceramah sempena pilihanraya kecil nanti akan diteruskan dan pastikan anda mendapat laporan terkini dari pasbtp.blogspot.com.

Read more...

Kutipan Dana PAS Cawangan BTP

Satu program bagi mengisi dana PAS cawangan BTP telah bermula iaitu kutipan barangan lusuh terpakai untuk dijual. Program ini akan dijadikan program bulanan. Ini bagi menampung kepada segala aktiviti kemasyarakatan yang akan diadakan kelak bagi kebaikan penduduk setempat. Sesiapa yang berminat untuk menyumbang bolehlah berhubung dengan En. Radhuan ditalian 013-6068209. Barangan lusuh akan dikutip dari setiap rumah yang ingin menyumbang. Jadual kutipan yang terdekat adalah seperti di bawah;

Tarikh : 1hb Mac 2009
Hari : Ahad
Waktu : 8.00 pg ~ 12.00 tghari

Segala sumbangan anda sangat kami hargai

Read more...

Program Ceramah Berkala

Demi memupuk masyarakat madani di Bandar Tasik Puteri kami ingin mencadangkan supaya diadakan program ceramah berkala di tempat letak kereta Medan Puteri. Antara fokus yang dicadangkan adalah;
a) Membentuk keluarga bahagia yang berteraskan akidah dan iman
b) Membentuk masyarakat prihatin tentang agama
c) Menyemai balik sikap tolak ansur dan toleransi tanpa mementingkan material semata-mata
d) Membawa kembali remaja islam kepada jalan yang di redhai ALLAH
e) Huraian isu-isu semasa.

Bagi menjayakannya, kami akan mengusulkan kepada mesyuarat cawangan serta mendapatkan kerjasama dari semua pihak termasuk pemaju, polis dan jawatankuasa kemajuan penduduk. Segala cadangan dan saranan membina amatlah dialu-alukan dan boleh berhubung di talian 019-6166796 (Mohd Sazuki).

Read more...

Program Kuliah di Masjid Bandar Tasik Puteri

BTP: Pengumuman satu program kuliah umum akan diadakan seperti berikut;

Tempat : Masjid Bandar Tasik Puteri
Tarikh : 15/03/09
Masa : Selepas solat maghrib
Penceramah : Ustaz Badrul Amin

Muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan majlis ilmu di masjid kita. Semoga kita semua senantiasa dirahmati ALLAH s.wt

Read more...

Kuliah Bersama YB Dato' Taib Azzamuddin

Batu Arang : Kuliah maghrib telah diadakan di masjid Batu Arang pada hari isnin 23/02/09 bersama YB Dato’ Taib Azzamuddin (Bekas Imam Besar Masjid Negara). Kuliah bermula agak lewat sekitar pukul 8.25 malam ekoran kesesakan jalanraya yang dilalui oleh YB dari Kepong ke Sg Buloh dan ke Batu Arang yang mana mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai kerana hujan lebat yang melanda lembah Klang di sebelah petang semalam. Namun jemaah tetap sabar menanti ketibaan beliau yang mana ini merupakan lawatan beliau yang pertama ke sini dan disebabkan beliau berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang parlimen.

Kuliah berkisar tentang kelebihan doa serta kepentingan majlis ilmu dan mengupas sedikit sebanyak tentang pesanan yang terdapat didalam kisah Lokman kepada anaknya. Juga tentang kebiadaban masyarakat islam sendiri terhadap ajaran islam disebabkan kerana kejahilan dan tidak gemar bersama majlis ilmu. Contoh yang berlaku kepada pertubuhan Sister In Islam yang rata-rata dianggotai oleh anak-anak pemimpin besar negara yang telah menjemput seorang wanita yang penuh kontroversi iaitu Amina Wadhu ke Malaysia. Beliau disambut dengan begitu hebat dan ditempatkan di hotel yang bertaraf 5 bintang. Tujuannya ke sini adalah tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mempertikai hukum-hukum islam terhadap kaum wanita seperti hak untuk tidak menutup aurat, pembahagian harta pesaka yang mana hukum-hukum tersebut telah disepakati jumhur ulamak. Beliau diangkat sebagai seorang pejuang hak asasi kaum wanita yang kononnya tertindas dibawah undang-undang ALLAH. Mereka secara sedar telah memperkecilkan kehebatan ALLAH yang telah mencipta alam semesta ini dan isinya sekali. InsyaALLAH tunggu pembalasan ALLAH sesungguhnya manusia tidak mampu menghadapinya.


Juga diselitkan peringatan tentang konsep doa yang boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu;
a) ALLAH memakbulkan doa seperti mana diminta. Jenis ini yang selalu diingini oleh manusia ramai.
b) ALLAH memakbulkan hanya sebahagian yang diminta dan sebahagian lagi akan samada ditambah didalam bentuk yang lain yang lebih baik yang tidak kita ketahui.
c) ALLAH memakbulkan doa seperti mana diminta oleh hambaNYA malah memberi lebih lagi atas sifat kemurahan dan rahmatNYA.
d) ALLAH tidak memakbulkan doa seperti yang diminta tetapi ALLAH memberi kelebihan lain dengan mengampunkan dosa-dosa hambaNYA.


Jadi kita sebagai hambaNYA dituntut agar terus berdoa kepada ALLAH kerana kelemahan kita atas sifat seorang hamba dan doa itu merupakan senjata bagi umat islam.

Diakhir majlis ada disediakan sedikit jualan bagi tabung golongan daif di kawasan Baling seperti barang keperluan dapur dengan konsep membeli sambil menderma. Inisiatif ini diambil oleh YB kerana telah dinafikan peruntukan oleh kerajaan zalim BN kepada setiap wakil rakyat sebanyak RM500,000 setahun tetapi telah diserahkan kepada ketua UMNO bahagian. Majlis berakhir sekitar jam 10 malam. Kami amat berbesar hati diatas kesudian YB Dato’ Taib Azzamuddin hadir ke majlis yang tidak seberapa ini.

Read more...

Friday, February 20, 2009

KEJADIAN KECURIAN BERMAHARAJALELA

Berita yang mendukacitakan telah dilaporkan sekali lagi berlaku iaitu satu kecurian di rumah mangsa yang sama sebelum ini iaitu En. Norhisam di alamat No 305 Jalan 8/4 (kejiranan Maple) pada jumaat lepas. Insiden yang berlaku pada khamis lepas bersamaan 9hb Feb 2009 tidak sampai seminggu dari kejadian pertama.

Waktu kejadian juga berlaku sewaktu mangsa tiada di rumah ketempat kerja. Waktu berlaku lebih kurang 9 pagi. Mengikut pembantu rumah jiran mangsa, beliau ada ternampak sebuah motosikal meronda dikawasan kejadian pada pagi kejadian tetapi tidak membuat sebarang laporan. Difahamkan ada pengawal dari syarikat pemaju yang membuat rondaan kawasan sekitar tetapi tidak dimaklumkan tentang suspek. Pada kali ini keruagian dianggarkan lebih kurang RM3000. Barang yang sempat dilarikan adalah sebuah TV LCD dan dibawa keluar melalui pintu hadapan dengan mengumpil jeriji besi. Kejadian disedari isteri mangsa sewaktu pulang dari mengajar dan terus menghubungi suaminya.

Pihak kami berharap agar En. Norhisam sekeluarga dapat menempuh musibah ini dengan penuh kesabaran dan amat bersimpati dengan apa yang telah berlaku.

Rumah kosong 2 pintu dari rumah mangsa disyaki tempat pencuri gunakan sebagai laluan untuk masuk ke rumah mangsa.

Juga rumah kosong bersebelahan rumah mangsa.

Seperti yang diberitakan sebelum ini, kami ajk PAS cawangan BTP akan mengusulkan supaya diadakan perbincangan dengan pihak balai polis BTP untuk tindakan segera agar kejadian tidak terus berulang seperti meminta pihak polis membuat rondaan yang lebih kerap ke kawasan kejiranan yang disenarai hitamkan di waktu siang hari semasa penghuni tiada di rumah.

Read more...

ARAK MASIH DIJUAL DI TASIK PUTERI

Isu penjualan arak di kedai 7 eleven di Bandar Tasi Puteri masih berterusan tanpa memikirkan sensitiviti umat islam sekitar terhadap minuman haram itu. Berdasarkan populasi penduduk di Bandar Tasik Puteri yang rata-ratanya terdiri dari orang melayu islam menyebabkan tiada keperluan untuk penjualan minuman tersebut secara terbuka kerana di kejiranan BTP yang terdekat Bandar Country Homes telah terdapat kedai menjual arak di kedai ubat cina. Yang menyedihkan adalah pekerja dan pelanggan juga majoritinya terdiri dari kaum melayu islam. Kebiadaban 7 eleven ini telah pun banyak kali mendapat tentangan dari masyarakat islam tetapi mungkin kerana tangan-tangan ghaib dibelakang yang menyebabkan mereka berani meneruskan penjualan tersebut tanpa rasa sedikit pun kegusaran.

Seperti kita ketahui arak merupakan ibu kepada segala maksiat jadi kalau hari ini kita meletakkan dadah sebagai najis maka arak juga mesti diletakkan kepada kedudukan yang sama. Ada sesetengah pelanggan tidak merasa apa-apa dengan kewujudan penjualan arak secara terbuka. Ini kerana pada anggapan mereka, mereka tidak terlibat kerana tidak membelinya walaupun diletak bersebelahan antara arak dan minuman lain. Cuba bayangkan minuman yang diletakkan bersebelahan itu merupakan najis manusia, adakah kita sanggup untuk membelinya? Nabi juga memberitahui tentang sesiapa yang terlibat dengan arak akan mendapat dosa yang sama samada secara langsung atau tidak langsung seperti pengilang, pekerja, penjual, pengedar, juruwang dikedai menjual arak, syarikat sukan dan sebagainya.

Jadi bagi mengelakkan fitnah ini dari terus berleluasa, kita akan mengadakan kempen memboikot kedai yang menjual arak di kawasan Medan Puteri. Segala idea dari penduduk untuk menjayakan program ini sangat-sangat dialu-alukan semoga ALLAH menjauhkan bala dari menimpa ke kawasan kita khususnya dan Selangor amnya. Pandangan anda bolehlah diajukan terus ketalian 019-6166796 (Mohd Sazuki). Kami akan membawa isu ke mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras untuk mendapat persetujuan ajk cawangan dan perincian program akan dihebahkan kemudian nanti. Cuma apa yang kami harapkan adalah kerjasama dari semua penduduk.

Bersama membenteras maksiat di Bandar Tasik Puteri.

Read more...

Wednesday, February 18, 2009

DERMA KILAT UNTUK GAZA. ( GAMBAR SAHAJA )

Pasar Malam BTP - Satu derma kilat yang dianjurkan oleh Pemuda Pas Kawasan dengan kerjasama Pemuda Cawangan BTP telah diadaakan pada hari rabu Tiga minggu yang lepas.

Derma kilat tersebut diadakan untuk menampung keperluan Ummat Islam Di Gaza. Bantuan ini akan disalurkan terus kepada Wakil Hamas, yang datang ke Malaysia.

Disini disiarkan gambar gambar semasa kejadian.

Laporan Penuh Kutipan akan ditulis oleh Sazuki, selaku Ketua Pemuda Pas BTP.





Read more...

LAGI KEJADIAN PECAH RUMAH DI BTP.

Satu lagi kejadian pecah rumah dilaporkan berlaku di kejiranan Marple. Kejadian berlaku pada 17/02/09 pada waktu tengahari ketika mangsa tiada dirumah ketempat kerja. Mengikut sumber yang rapat bahawa kejadian tersebut sempat disedari oleh jiran mangsa yang sempat menyergah pencuri tersebut. Tidak dapat dipastikan jumlah pencuri yang terlibat. Mangsa yang hanya dikenali sebagai En. Ali yang beralamat di No 114 Jalan 8/5 telah pun membuat laporan polis. Mangsa hanya menyedari kecurian setelah pulang dari tempat kerja sekitar jam 9.00 malam.

Mengikut sumber, pencuri menggunakan sebuah lori yang diletakkan dihadapan rumah mangsa dan setelah itu seorang dari mereka ke bahagian dapur memanggil tuan rumah bagi memastikan tiada sesiapa di dalam rumah. Mereka menggunakan teknik seolah-olah mangsa ingin berpindah keluar. Pencuri sempat melarikan sebuah Playstation 2, wang tunai bernilai RM100 dan barang-barang kemas sebelum disergah oleh jiran terdekat. Kerugian sebenar belum dapat dipastikan.

Ini merupakan kejadian kedua didalam masa tidak sampai seminggu di dalam kawasan kejiranan yang sama. Diharap penduduk sekitar agar lebih berwaspada kerana waktu kejadian adalah kerap berlaku diwaktu siang dimana kebanyakkan penghuni tiada dirumah ke tempat kerja. Kami akan cuba membawa usul ini kemesyuarat akan datang sebagai usul khas dan meminta semua penduduk dapat bekerjasama diatas apa-apa keputusan yang akan diputuskan demi menjamin keselesaan dan keselamatan penduduk di Bandar Tasik Puteri.

Read more...

PECAH RUMAH DI BTP ( Marple )

Marple. BTP - Suatu kecurian telah berlaku terhadap rakan kita iaitu saudara Norhisam di kejiranan Marple beralamat di no 305 Jalan 8/4 pada pagi jumaat lepas.( 13 / 2 / 09 ).

Kejadia dilaporkan berlaku ketika mangsa suami isteri telah keluar ke tempat kerja. Ada seorang saksi kejadian, seorang pembantu rumah di hadapan rumah mangsa di fahamkan ternampak seorang berketurunan indon, meninggalkan rumah kosong 3 pintu dari rumah mangsa.

Kemudia pencuri telah masuk ke rumah mangsa melalui atap genting yg dibuka dan keluar melalui shiling. Mangsa juga ada berjumpa dengan puntung rokok rokok kretek didalam tong sampah di rumahnya. Juga terdapat kesan almari diselongkar.

Mangsa telah membuat laporan polis pada hari kejadian. kerugian sekitar RM4 ribu. Antara yang hilang Laptop, video game dan lain lain lagi.

Berikut kejadian itu, Satu usul untuk menyelesaikan masaalah tersebut akan dibentangkan pada mesyuarat cawangan akan datang.

Sementara itu penduduk diminta supaya berhati hati dan menyimpan barang barang berharga di tempat yang selamat.

Jika ternampak sesuatu yang mencurigakan, boleh terus menghubungi kami di talian 013-39119669 / 012-2118993 atau terus menghubungi polis cawangan BTP.

Read more...

AGENDA JAHAT UMNO : MERAMPAS HARAH DAN SUARA KEADILAN.

Memandangkan pihak KDN telah mula bertindak merampas akhbar lidah rasmi PAS dan juga akhbar KEADILAN atas alasan dijual kepada umum dan tidak menepati syarat permit penerbitan, maka PAS cawangan BTP mengambil inisiatif memberi khidmat mengedarkan akhbar HARAKAH dari pintu ke pintu kepada sesiapa yang ingin melanggan terus. Sesiapa yang berminat untuk melanggan HARAKAH terus kerumah anda bolehlah berhubung dengan saudara Mazlan ditalian 013-3919669. Kita juga akan membuka gerai tidak lama lagi bagi memudahkan penduduk untuk mendapatkan naskhah masing-masing.

Apa yang sebenarnya berlaku dewasa ini adalah ketakutan kerajaan BN terhadap kebangkitan rakyat bukannya seperti yang dimaklumkan pihak KDN walaupun melalui sumber-sumber terhad terutama dari berita akhbar HARAKAH, Keadilan, SIASAH, sumber internet dan sebagainya. Mereka sudah tidak mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan rakyat secara berdepan jadi mereka menggunakan segala jentera kerajaan yang ada untuk menutup segala bentuk maklumat yang negative terhadap mereka seperti polis, SPR, SPRM dan lain-lain. Kebaculan mereka ini terbukti seperti tuduhan-tuduhan liar mereka terhadap Pakatan Rakyat tanpa memberi ruang kepada PR untuk menjawab segala tuduhan tersebut.

Jadi dengan ini kami ingin memastikan kebangkitan rakyat tidak tersekat dengan kerja-kerja jahat pihak BN ini dengan memastikan segala maklumat yang betul dapat disalurkan terus kepada rakyat. Membelilah sambil menyumbang kepada dana parti untuk program yang akan memberikan faedah kembali kepada penduduk.

Read more...

OPERASI CEGAH MAKSIAT DI BTP

BANDAR TASIK PUTERI: Operasi cegah maksiat dimalam sempena sambutan “Valentine Day” ditelah dilakukan secara bersepadu oleh ahli PAS cawangan BTP diterajui oleh saudara Mazlan Moin dan Ust Eadil. Operasi melibatkan kehadiran ahli lebih kurang 20 orang dengan skuad bermotosikal meronda diseluruh pelusuk Bandar Tasik Puteri. Operasi dimulakan sekitar jam 11.15mlm dan berakhir sekitar 1.30pagi. Tiada sebarang tangkapan atau perkara yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah sambutan yang luarbiasa daripada penduduk yang memberi kerjasama demi melihat kawasan sekitar Bandar Tasik Puteri bebas dari sebarang maksiat kepada ALLAH.

Program sebegini akan terus digerakkan dari semasa ke semasa demi memastikan suasana masyarakat madani dapat diterapkan. Untuk program akan datang, pemberitahuan akan dimaklumkan kepada semua yang berminat untuk menyertainya. Penekanan akan diberikan kepada hari-hari yang selalu melibatkan aktiviti maksiat yang tinggi seperti malam tahun baru, krismas dan sebagainya.

Disamping itu terdapat juga program benteras maksiat berdasarkan laporan penduduk. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai skuad benteras maksiat ini bolehlah berhubung dengan En. Mazlan Moin di talian 013-3919669 atau 013-3979127. Segala laporan daripada penduduk terhadap aktiviti berbentuk maksiat dikawasan mereka amat dialu-alukan.

Mohd Sazuki Awang

16hb Feb 2009

Read more...

UMNO DAN RAJA RAJA MELAYU

Tiba-tiba pemimpin UMNO BN melenting berteriak mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu, turut sama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang berasaskan bangsa melayu bangun mengutuk kononnya rakyat Perak telah menderhaka kepada Sultan Perak yang didalangi oleh pemimpin PR. Suratkhabar dan televisyen pro-kerajaan memutarkan isu-isu ini dengan cuba memutar belitkan fakta dan undang-undang seolah-olah Datuk Seri Mohd Nizar telah menderhaka tanpa memberi sebarang peluang untuk penjelasan balas kepada PR untuk membentangkan tentang kedudukan sebenar. Serangan yang keterlaluan telah dimainkan tiap-tiap hari, isu perkauman melayu juga cuba dihidupkan kembali dengan mengkambing hitamkan saudara Karpal Singh agar rakyat akan kembali berlindung di bawah payung BN yang telah pun usang dan rabak.

Ada beberapa persoalan yang boleh difikirkan bersama dan kita renungkan permainan politik kotor UMNO demi kelangsungan kuasa tanpa mengira adanya dosa pahala, halal haram. Antaranya ialah seperti mana petikan dari blog Tengku Razalaeigh yang bertanya siapakah yang sebenarnya menderhaka kepada Sultan Perak samada UMNO BN atau PR. UMNOlah yang telah menelanjangkan raja-raja melayu dengan meminda perlembagaan ketika era Dr. Mahathir. Jika tidak mana mungkin Karpal Singh akan dapat menyaman sultan dengan tiada pindaan tersebut. Jadi buat apa nak terpekik terlolong kononnya berdiri dibelakang raja-raja melayu bak kata pepatah melayu baling batu sembunyi tangan.

Peristiwa Annuar Musa menabalkan sultan baru di Kelantan. Mana lebih derhaka kalau nak dibandingkan dengan peristiwa di Perak? Tidak ada satu laporan berita pun tentang peristiwa tersebut malahan berita yang diulas lebih mirip kepada menceritakan salsilah sultan Kelantan yang mana menjurus kepada menyetujui tindakan biadab Annuar Musa.

Peristiwa sultan disaman oleh bank baru-baru ini kerana tidak membayar hutang juga tidak begitu diketengahkan sedangkan sememangnya sultan telah pun dimalukan sebegitu rupa. Mana bakal ketua pemuda UMNO anak toyol penyamun pergi? Tidak teringinkah untuk berdemonstrasi kat sana dan hantar memorandum kepada bank yang terbabit.

Pada pandangan saya, peristiwa di Perak tercetus hasil kerakusan UMNO BN yang ingin menggulingkan kuasa PR dengan cara yang tidak bermoral. Kita lihat unjuran peristiwa dimana daripada peristiwa berlaku penculikan sehinggalah muncul di kaca tv bersama Dato’ Najis dan mengishtiharkan sokongan kepada BN sehinggalah perlantikan Zamri Mamak sebagai MB baru Perak sebagai kerajaan haram jadah yang baru. Perasan atau tidak betapa cara perlantikan yang bagitu kelakar dialaf ini sehingga tidak menunggu permasalahan yang timbul dari segi undang tubuh negeri Perak tersebut diselesaikan terlebih dahulu. Perlantikan yang terlalu tergesa-gesa yang boleh memusykilkan sesiapa sahaja yang melihat peristiwa tersebut sedangkan seperti kenyataan Dato’ Nizar MB hanya boleh dipecat melalui 3 cara;
a) meletak jawatan secara suka rela
b) pembubaran DUN
c) undi tidak percaya terhadap MB
Jadi buat masa ini, ketiga-tiga cara diatas tidak terjadi maka kerajaan dahulu masih sah sehingga berlaku satu daripada 3 perkara diatas. Maka bertempiklah laksamana PEKIDA yang mana tidak ubah macam pertubuhan samseng melayu. Saya seru PEKIDA supaya menyusuri dahulu sejarah sebelum bertindak, jangan jadi orang yang meludah ke langit.

Tentang isu lompat parti yang dikatakan idea Anwar Ibrahim pula merupakan satu lagi mainan dakyah politik palsu dari BN. Cuba sesiapa yang rajin baca sejarah lama dimana isu lompat parti ini telah lama dipelopori oleh BN sejak dulu lagi. Kalau tidak percaya baca sejarah yang berlaku di Kelantan. Terlalu panjang untuk dimuatkan di sini, kerana jika ingin berbicara tentang politik perlu banyak mengkaji dan melayari sejarah agar kita tidak menyimpang jauh. Bak kata Anwar, apa yang berlaku tentang lompat parti di Perak antara BN ke PR dan PR ke BN adalah 2 situasi yang berbeza. Ini kerana Adun BN yang lompat parti ke PR adalah secara sukarela dengan datang dan membuat kenyataan akhbar sendiri secara berani tetapi yang berlaku kepada Adun PR yang mana telah mengilangkan diri atau dengan kata lain diculik dan keluar bersama Dato’ Najis dan hilang kembali. Ini juga terjadi kepada Bala, Saiful. Dan dengan ini kita telah mengishtiharkan Dato’ Najis sebagai pakar didalam menghilangkan orang hatta Al-Tantuya…

Dan yang terakhir sekali, kita lihat hari ini betapa umat islam lebih takut derhaka sesama makhluk daripada takut menderhaka kepada ALLAH s.w.t. Bukan sekali kita derhaka kepada ALLAH tetapi tiap-tiap hari tanpa rasa bersalah atau ingin bertaubat sedangkan azabNYA sangatlah pedih. Semua makhluk ciptaanNYA jadi manusia tidak layak untuk meletakkan makhluk sebagai keutamaan selain dari ALLAH. Apa sahaja disekeliling kita ini adalah hak ALLAH hatta diri kita sendiri. Janganlah kita jadi manusia sombong kelak derita kita dinerakaNYA. Kita disuruh taatkan ALLAH dan rasul dan pemimpin yang ADIL. Apa maksud ADIL disini adalah pemimpin yang melaksanakan perintah ALLAH dan meninggalkan segala laranganNYA. Haram kita patuh kepada pemimpin yang melanggar perintah ALLAH juga tidak wajib mentaati ibubapa yang menyuruh melakukan maksiat kepada ALLAH. Jadi marilah kita meletakkan segala sesuatu pertelingkahan agar dapat diuraikan dengan kembali kepada al-Quran dan Sunnah. Selagi mana manusia tidak berpegang dengan keduanya maka selagi itu manusia akan berada didalam kesesatan dan konflik akan berterusan.

Read more...

Sunday, February 15, 2009

DERMA JIHAD : MENENTANG KERAKUSAN KERAJAAN HARAM UMNO DI PERAK.

15 Feb. - Bandar Tasik Puteri. PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri telah sebulat suara dalam perjumpaan mingguan mereka baru baru ini, untuk melancarkan kutipan derma jihat, menentang kezaliman dan propaganda jahat UMNO di Parlimen Bukit Gantang.

Sehubung dengan itu, satu gerak kerja sedang diatur oleh pihak PASBTP untuk memberi kesedaran dan pendedahan berterusan di kawasan BTP dan kawasan kawasan berhampiran berkenaan kerakusan kuasa yang sedang dimainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional di Perak.

Kutipan derma ini dibuat adalah untuk menampung kos, para petugas yang akan mengerah tenaga dalam kempen untuk menjatuhkan kerajaan HARAM UMNO di Perak. ( Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang )

Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shaharum dari PAS.

Segala sumbangan boleh dibuat semasa sesi penerangan yang akan dibuat oleh pihak Pas BTP dalam waktu terdekat.

Untuk Maklumat Lanjut, boleh berhubung terus dengan saudara Mazlan ( Naib Pengerusi Pas Caw. BTP ) di talian 013 3919669 dan saudara Nazri ( Setiusaha Pas caw. BTP ) di talian 012 2118993.

" JADIKAN SUMBANGAN JIHAT ANDA SATU PERJUANGAN "

Berita penuh akan menyusul.

Read more...

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP