Sunday, May 31, 2009

APA BEZA KEBANGSAAN DENGAN KOMUNIS?



Ehsan TVPAS

Read more...

Saturday, May 30, 2009

MEMBERI DAN MENERIMA DI DALAM DAKWAH

Dalam beragama dan berdakwah untuk menolong agama, apa yang perlu kita fikirkan bukan hanya pada soal apa manfaat yang kita dapat. Jika itu sahaja yang menjadi pertimbangan kita, maka tidak hairanlah kita ini mungkin menjadi orang yang paling banyak tahu, tetapi tidak berguna dan bernilai di sisi Islam, kerana tiada keinginan memberi.

Seronok mengaji tetapi tidak sampai kesedaran tentang tuntutan mengajar.

Kata Nabi SAW:

“Sebaik-baik kamu adalah dia yang paling bermanfaat kepada manusia”

Maka seorang mukmin yang mengikut jalur kenabian akan segera mahu memberi sejurus selepas menerima, apatah lagi dalam soal-soal kebaikan:

“Tidak sempurna iman sesiapa dari kalangan kamu sehingga dia itu suka untuk saudaranya, apa yang disukainya untuk diri sendiri”

Dalam erti kata yang lain, penglibatan seseorang di dalam sebuah gerakan Islam, bukan hanya dengan maksud mahu menjadi penyokong, pengambil manfaat dan penerima semata-mata, tetapi mahu bergerak setapak lagi ke depan dengan menjadi pendokong, penyumbang manfaat dan pemberi pula.

Apabila seseorang itu mahu menjadi pendokong, penyertaannya bersama sebuah gerakan Islam haruslah atas dasar kebersamaan, saling percaya mempercayai, atau dengan bahasa yang lebih kemas, dengan merujuk kepada rukun-rukun komitmen yang disebut sebagai arkaan al-bai’ah yang sepuluh oleh Hasan al-Banna.

Justeru, tidak mungkin di peringkat taaruf menuju takwin, untuk seseorang itu menjadi anggota sebuah kumpulan Islam, dan dalam masa yang sama turut menganggotai kumpulan-kumpulan yang lain, dengan alasan mahu mengambil manfaat sebanyak mungkin.

Read more...

PENYERAHAN TUGAS MASJID BTP

Pada 31 Mei 2009 dijadualkan satu sessi penyerahan tugas daripada AJK lama kepada AJK baru bagi sessi 2009 ~ 2011 yang akan diadakan bertempat di Masjid BTP sendiri.

Diharap semua saf AJK yang baru dapat membawa satu perubahan agar masjid dapat betul-betul dimanfaatkan untuk pentarbiyahan masyarakat di BTP dan sebagai satu simbol perpaduan. Difahamkan telah banyak program yang telah disusun oleh saf AJK yang baru bagi tujuan mengimarahkan masjid itu sendiri, Bukan sekadar meletakkan gambar sebagai orang berjasa tetapi muka pun jarang nampak di masjid. Kakau setakat berbangga bina masjid, orang cina bukan islam lagi hebat buat masjid..laaagi cantik.

Saf kepimpinan masjid yang baru akan diketuai oleh Ustaz Eadil sebagai Nazir, saudara Nazri sebagai Setiausaha dan saudara Azaman sebagai Bendahari disamping AJK lain yang dilihat mempunyai kemampuan untuk menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti terpenting masyarakat di Bandar Tasik Puteri.

Membangun Bersama Islam

Read more...

PAJAKAN 99 TAHUN


Adriano
Sebagaimana yang diketahui, pada tahun lepas PAS Cawangan BTP ada mengusahakan program mendapatkan kesahihan tentang tempoh baki pajakan rumah di Bandar Tasik Puteri terutama di sekitar Perumahan Maple, Birch dan Oak. Setelah mendapat pengesahan dari pihak yang terlibat maka dengan ini program ini telah diklasifikasikan sebagai selesai.

Ini kerana sebelum ini ada penduduk merujuk kes dimana tempoh baki pajakan rumah yang telah dibeli di sini adalah kurang dari 99 tahun iaitu tempoh pajakan dikira daripada tarikh pemilikan oleh pihak pemaju iaitu lebih kurang 30 tahun yang lepas. Maka PAS Cawangan BTP telah menubuhkan satu pasukan untuk mendapatkan kepastian dan merancang untuk membawa kes ini ke tengah. Setelah dirujuk pihak pemaju dan peguam, sebenarnya tempoh pajakan akan ditukar kepada 99 tahun bermula dari tarikh dibeli setelah penduduk menukar nama daripada nama pemaju kepada nama pembeli.

Tetapi perlu diingat kepada kebanyakkan pembeli yang dahulu memulaukan pembayaran penyelenggaraan kepada syarikat Buoyant, maka mereka perlu melunaskan tunggakan tersebut sebelum urusan pertukaran nama dapat dilakukan. Pihak pemaju akan menghantar surat pemberitahuan untuk menukar nama disertakan dengan jumlah tunggakan kepada syarikat Buoyant. Kepada sesiapa yang belum mendapat surat tersebut bolehlah terus merujuk ke pejabat pemaju di Blok 1.

Kot manapun kena bayar juga...Nasib ler Labu...

Read more...

Tuesday, May 26, 2009

POLITIK SUKU AGAMA SUKU : TAK FAHAM ATAU NAK LAWAN ALLAH?

http://mujahidperak.abufaris.com/wp-content/uploads/2009/01/bendera-pas2.jpg

Pemisahan agama dan politik bermula sejak zaman berzaman lagi. Pemisahan agama (gereja) dengan politik pentadbiran telah mengwujudkan istilah 'secularisme' dalam peradaban moden yang menjadi anutan parti-parti politik yang berbau perkauman dan perjuangan duniawi semata-mata.

Justeru untuk menghalalkan secularisme, Umno menolak Islam dengan menuding jari kepada Parti Islam Se Malaysia (PAS) dengan mengaitkan bahawa pimpinan parti Islam itu sebagai 'ekstrim' atau fanatik. Sudah pastilah fanatik dalam ugama itu dituntut sebagaimana kata Tuan Guru beberapa hari lalu; sememangnya PAS memperalatkan agama dalam perjuangan politiknya.

Fanatik Satu Tuntutan Beragama

Kenyataan ini amat memeningkan pimpinan Umno, lantaran kejahilan mereka memahami Islam. Apa lagi mahu mentafsir dan mendalaminya. Saban hari mereka asyik sibuk dengan urusan duniawi semata-mata hingga agama terabai dan diperalatkan oleh anasir tertentu yang mahu menghancurkan Islam itu sendiri.

Lantaran menjawab kenyataan sebagaimana dinyatakan oleh Tuan Guru itu, maka Umno memiliki senjata penangkisnya sendiri. Maka lahirlah ulamanya seperti Kassim Ahmad yang seorang antihadis dan Astora Jabat yang kini disediakan ruangan yang sebesar-besarnya untuk menyerang kembali (counter attack) kenyataan pimpinan PAS.

Media dan Ulama Dakwaan UMNO

Maka media menjadi alat untuk menegakkan kebenaran BN bukan mencari resolusi dan kebenaran. Maka sesuai dengan hasratnya itu dipaparkan kata cendiakiawan seumpama kata-kata seorang wartawan agung Mesir, Mohamed Haikal yang dipaparkan oleh Mingguan Meloya: Religion can take many forms and face many many demands and challenges according to the climate or opinion of the time.

Adalah lebih buruk apabila keinginan menolak pembangkang itu keterlaluan hingga sanggup menafikan kehendak ugama. Maka selari dengan itu lahirlah perkataan 'mempolitikkan ugama' yang seolah-olah menggambarkan ugama sesuatu yang terpisah dengan politik dan pentadbiran.

UMNO Mahu Pisahkan Politik Dari Ugama

Lebih buruk lagi apabila Umno menganggap kejayaan memintas pembangkang sebagai berjaya menegakkan pendirian Islamnya sendiri, di samping meneruskan agenda sekularnya iaitu politik suku, agama suku.

Hari ini PAS sudah diterima oleh majoriti masyarakat Islam biarpun yang menolaknya tidak kurang jumlahnya. Hari ini juga menyaksikan ramai di kalangan ulama sudah mufarakah dengan pimpinan BN dan mereka amat takut dengan azab Allah akibat persekongkolan mereka dengan kezaliman. Tindakan mereka itu jelas bahawa mereka tidak mahu diistilahkan sebagai syaitan bisu dalam menghadapi kezaliman dan penyelewengan yang kian berleluasa.

Walau pun ada tuduhan para ulama berhijrah ke PAS semata-mata mahu memberikan mereka ruang untuk menyelar kerajaan, hakikatnya ulama semasa dalam kerajaan terikat, tidak bebas dan terkongkong oleh berbagai sekatan terutamanya yang boleh menjejaskan kredebiliti politik pimpinan mereka. Tuduhan 'berubah sekelip mata', merupakan satu tuduhan amat lemah yang dilemparkan oleh pimpinan BN dalam menghadapi zaman kemunduran dan krisis sokongan akibat menentang ulama.

Perlunya Kuasa Merubah Undang-undang

Kelantan seringkali menjadi sasaran pimpinan UMNO kerana dikatakan gagal melaksanakan hukum hudud dan arak serta judi masih berleluasa. Hakikat sebenarnya pimpinan UMNO cuba mengelirukan rakyat di negeri lain, bahawa pemerintahan Islam itu kejam dan lemah.

Di Malaysia setiap perlaksanaan peraturan dan undang-undang mestilah terlebih dahulu dibentang dan bahaskan di Parlimen. Lantaran kekurangan Ahli Parlimen yang berpendirian menerima perundangan Islam, maka pembentangan undang-undang dan peraturan yang condong kepada perlaksanaan syariat Islam sering ditolak dengan berbagai alasan seolah-olah Islam tidak sesuai lagi di zaman ini.

Oleh itu amat kuatlah hujah mengatakan bahawa hanya 'kuasa politik' yang besar mampu menjayakan segala perlaksanaan syariat Allah sebagaimana diwajibkan. Justeru itulah PAS dalam perjuangannya memperalatkan Al-Quran, mahu memiliki kuasa politik itu yang hanya boleh diperolehi melalui proses pilihanraya.

Biar pun Umno mengatakan jika ingin berpolitik maka berpolitiklah, jangan dicampur adukkan politik dengan agama. Tuntutan melaksanakan syariat Islam nampaknya memaksa para ulama berpolitik untuk memperolehi sedikit kuasa yang melebihi dua per tiga bagi tujuan menerima apa sahaja yang dibentang dan dibahaskan di Parlimen.

Maka dengan itu amat jelas Islam menghalalkan politik dan tidak timbul soal politik suku agama suku. Amat jelas sekali kepada kita bahawa dalam keadaan terdesak Umno sanggup melemparkan tuduhan dan fitnah terhadap para ulama yang semakin dihimpit dan tertekan semasa bekerjasama di dalam kerajaan BN dahulu.

Perpaduan Hanya Ada Dalam Islam

Hari ini perpaduan yang dilaungkan serta dianjurkan oleh pimpinan BN tidak berwadahkan apa-apa asas. Hanya semata istilah perpaduan yang mahu menolak perpecahan. Perpaduan bentuk sebegini tidaklah sebegitu kukuh. Dalam Islam memang perpaduan menjadi asas hubungan manusia dengan manusia. Tetapi tidak ditakat itu sahaja perpaduan itu melanjurkan hubungan kita dengan Allah.

Perpaduan dalam Islam mestilah berasaskan penyatuan dan pegangan umat manusia terhadap tali Allah (ugama Allah yakni Islam). Setelah semua manusia berpegang teguh kepada agama Allah, maka dengan sendirinya perpaduan wujud dan perpecahan dapat dielakkan.

Kemahuan pimpinan BN supaya melaksanakan perpaduan tanpa apa-apa asas sandaran, hanyalah untuk kepentingan segelintir kaum kerana dengan perpaduan itu mereka boleh melakukan aktiviti mereka tanpa halangan seperti rompakan harta negara serta bebas melakukan maksiat dengan sewenang-wenangnya.

Perpecahan sememang tidak dapat dielakkan di antara manusia yang mahu tunduk kepada Allah dan yang angkuh dan sombong serta tidak bersyukur kepada Tuhannya. Bagaimana pun alangkah beruntungnya hidup dalam kelompok yang disenangi Allah berbanding kelompok yang sentiasa berada dalam kemurkaan Allah.

Kekukuhan perpaduan umat Islam hari ini boleh dicapai apabila semua manusia dengan ikhlas mahukan pegangan Islam dalam dirinya semakin kuat dan dekat dengan Pencipta. Oleh itu kita lihat perpaduan yang wujud sebegini tidak dipaksa-paksa dan terjadi dengan sendiri kerana semua manusia berpegang kepada prinsip hidup hanya untuk Allah dengan ikhlas.

Perpaduan sedemikian menolak 'wang' sebagai pembakar semangat perjuangan dan melebihi lain-lain kepentingan. Justeru itu penyatuan umat Islam kedalam kesatuan yang kukuh sebagaimana anjuran Parti Islam SeMalaysia tidak dapat dinafikan oleh umat Islam, melainkan oleh segelintir yang mirip kepada musuh Islam.

Umat Islam Hari Ini Wajib Berjihad

Perjuangan untuk Allah juga tidak memerlukan pengiktirahan 'ulama' maka baru boleh berjuang di jalan Allah. Jihad fisabilillah adalah kewajipan manusia secara peribadi terhadap ugamanya dan Allah penciptanya. Maka dengan itu tidak timbul soal ulama atau pun tidak, maka baru boleh berjihad di jalan Allah. Cukuplah sekadar dua tiga orang 'ulama' yang iklhas sebagai pimpinan mereka, maka kesatuan ukhwah Islamiyah itu mampu menumbangkan sebuah kerajaan tahghut yang dipimpin oleh beribu orang.

Sejarah telah membuktikan bahawa tentera Islam dalam Perang Badar hanya seramai 300 orang mampu mengalahkan musuh mereka berlipat kali ganda. Dalam hubungan ini umat Islam perlu mempercayai adanya kuasa 'ghaib' yang akan membantu mereka yakni pertolongan para malaikat yang bertindak melindung para syuhada fisabilillah.

Tuduhan pimpinan BN terhadap para ulama yang berjuang dalam Parti Islam Se Malaysia amat keterlaluan hanya kerana kepentingan politik sempit mereka. Sebaliknya mereka lebih senang membiarkan keburukan, kekeliruan dan ketidakbenaran berlaku berleluasa tanpa menyekat punca-punca keburukan yang dibawa oleh ahli-ahli politik BN yang ingin terus berkuasa secara rakus atas nama perpaduan, pembangunan dan kemajuan duniawi yang tiada penghujungnya.

Kemajuan Bukan Jaminan Umat Islam Bersatupadu

Jelas kekayaan yang diburu serta kemajuan yang dilaungkan tidak akan menjamin umat Islam dalam kedudukan yang kukuh dan setanding dengan umat lain di dunia. Sebaliknya kehancuran dan kemelaratan seringkali berlaku sebagai 'azab' Allah dan peringatannya supaya manusia kembali menghayati ugama dan jangan lagi mempersendakannya.

Dasar kerajaan BN yang liberal terhadap Islam membuktikan bahawa ugama Islam kini duduk di tangga kelima selepas nafsu, harta, wang ringgit dan wanita mendedahkan umat Islam kepada bala Allah dan pembalasan segera yang bakal diberikan di atas kecuaian mereka melaksanakan syariat Allah.

Hotel didirikan supaya senang segala maksiat diadakan didalamnya dengan kawalan keselamatan yang kukuh dan dalam keadaan yang lain pula masjid juga didirikan untuk menutup mata rakyat bahawa Kerajaan Bn adalah Kerajaan Islam.

Rakyat Harus Menolak Politik Suku, Agama Suku

Siapakah yang dapat menyekat mereka daripada melaksanakan amalan sedemikian jika kita tidak mempunyai perwakilan dalam Parlimen? Apakah tanggungjawab membanteras gejala-gejala sosial yang buruk ini mesti dituding ke atas ibubapa, guru agama sedangkan hakikat undang-undang negara membenarkan kemurtadan berlaku selepas usia 18 tahun sebagaimana tercatat dalam Perlembagaan Malaysia?

42 tahun bukan satu tempoh yang dekat. Jika 1 tahun 1 syariat Allah dilaksanakan, ertinya 42 syariat Allah sudah tertegak selama 42 tahun kemerdekaan negara. 42 tahun, tidak lagi mengizinkan apa-apa jua alasan untuk pimpinan BN berdalih mengatakan mereka berjuang untuk kepentingan ugama Islam. Di sebaliknya perjuangan mereka hanyalah untuk kesenangan mereka mencipta sebanyak-banyak wang selagi kuasa di tangan mereka.

Apabila ditegur mereka melatah dengan ungkapan ahli Pas hanya pandai mencaci serta menghina kerajaan. Sebaliknya apa mereka buat dengan politik dan agama melainkan kejayaan mereka melunas politik suku, agama suku demi sebuah perjuangan bersama kroni untuk mencipta kekayaan diri peribadi.

Undang-undang sukar dilaksana jika rakyat tidak berani mengundi parti Islam dalam pilihanraya bagi melantik wakil mereka di Parlimen. Justeru itu amat penting bagi rakyat berjihad dan menolak amalan politik murahan UMNo, politik suku agama suku!!

Read more...

Monday, May 25, 2009

RAKYAT PENENTU KRISIS DI PERAK



Ehsan TVPAS

Read more...

UNSUR SABOTAJ

Satu perkara yang amat dikesali telah berlaku dimana kain rentang untuk program Memancing bersama Ustaz Dr Badrol Amin telah pun dikhianati oleh pihak yang tidak dikenali. Kain rentang tersebut yang telah diletakkan di simpang masuk ke Bnadar Tasik Puteri telah pun dicarikkan dipercayai menggunakkan pisau.

Kami amat kesal dengan peristiwa tersebut yang mana ini telah menggambarkan satu cara provokasi yang tidak sihat telah berlaku disini. Setakat ini setiap program yang dianjurkan PR ataupun lawan berjalan dengan baik. Kita tetap menghormati setiap program anjuran lawan atau kawan.

Kami mengalu-alukan jika ada sesiapa yang ternampak kejadian tersebut dan yang penting maklumat pengadu akan kita rahsiakan. Boleh hubungi kami di talian 012-2118993. Buat masa ini sebarang tindakan akan diputuskan kemudian setelah mendapat bukti yang jelas dan belum ada pihak yang disyaki buat ketika ini.

Read more...

Saturday, May 23, 2009

MAKAN MALAM BERSAMA RKS

http://asmawati.com/gambar/Donation_icon.jpg
Rumah Kasih Sayang Bandar Tasik Puteri bersama pihak JKP akan menganjurkan majlis makan malam sempena mengutip dana bagi menampung kekurangan pihak penjagaan tempat anak-anak yatim. Inisiatif yang begitu baik ini adalah hasil usaha dan kerjasama dari pelbagai pihak bagi membantu pihak RKS untuk meneruskan usaha menguruskan penjagaan anak-anak yatim.

Untuk pengetahuan RKS ini telah pun bertapak di Bandar Tasik Puteri hampir seusia dengan kelahiran BTP sendiri. Akan tetapi ramai penduduk yang tidak perasan akan kewujudannya. Seperti mana pusat penjagaan anak-anak yatim yang lain RKS juga tidak terpinggir dari menghadapi masalah yang sama iaitu kekurangan dana untuk menguruskan tempat penjagaannya.

Majlis makan malam ini akan diadakan di perkarangan Masjid Bandar Tasik Puteri yang dijadualkan pada 7 Jun bersamaan hari ahad. Kupon-kupon bernilai RM20 untuk seorang boleh didapati melalui pengerusi JKP di talian 019-3401510.

Bagi menyerikan majlis makan malam tersebut, turut diundang adalah kumpulan nasyid In-Team dan As-Saufee. Juga penampilan istimewa Renggo. Semua penduduk diharap dapat menyumbang bagi kelangsungan tempat penjagaan anak-anak yatim di BTP dan derma kita diterima oleh ALLAH s.w.t.

Read more...

PERTANDINGAN MEMANCING BERSAMA USTAZ DR BADRUL AMIN

http://th01.deviantart.com/fs17/300W/f/2007/124/c/4/Memancing_Ke_Langit_by_zubedgn.jpg
Pihak JKP akan menganjurkan pertandingan memancing bersama Ustaz Dr Badrul Amin di kolam Pancing Bandar Tasik Puteri. Pertandingan dijadualkan pada 23 Jun 2009 bersamaan hari selasa. Masa bermula jam 8 malam hingga 1 pagi.

Kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi pengerusi JKP ditalian 019-3401510. Yuran pertandingan adalah sebanyak RM40 sahaja. Hadiah yang bakal direbut adalah tempat pertama berjumlah RM2500, kedua RM1500 dan banyak lagi hadiah yang bakal menyusul.

Kepada kaki pancing, bolehlah rebut peluang ini sambil beriadah bersama Ustaz Dr. Badrul Amin. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini bakal mendapat sambutan yang hebat hasil daripada maklum balas yang telah diterima setakat ini.

Read more...

TUNGGU MAHKAMAH RAKYAT AKAN BUAT KEPUTUSAN



Ehsan dari TVPAS

Read more...

Thursday, May 21, 2009

KUMPUL DANA MELALUI PROJEK TERNAK KELI

http://aminagrotech.files.wordpress.com/2007/07/p1000563.jpg
PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri telah mengorak langkah setapak lagi dengan membangunkan projek ternakan ikan keli sebagai langkah menambah dana parti bagi memperhebatkan lagi aktiviti bersama masyarakat sekitar BTP.

Langkah ini telah dibentangkan oleh Lujnah Ekonomi bagi menampung semua aktiviti yang telah pun dirancang bagi sessi kali ini. Modal diperolehi melalui semua AJK yang melibatkan minimum RM100 seunit. Keuntungan telah dipersetujui sebanyak 80-20 iaitu 80% keuntungan untuk parti dan 20% lagi kembali kepada pemodal. Jangkaan awal hasil ternakan dapat dijual sekitar 3 ~ 4 bulan.

Sambutan dari semua AJK amat menggalakkan. Buat masa ini separuh dari modal yang diperlukan sudah dapat dikumpul. Projek gotong-royong akan dilakukan pada hari sabtu ini 23 mei di Tadika Insaniah iaitu kerja-kerja pemasangan kanvas dan rangka. Gotong-royong dijangka bermula seawal jam 8 pagi. Semua AJK dan ahli dijemput untuk menyertai gotong-royong tersebut nanti.

Sistem sumbangan untuk kutipan modal ini akan dibuka kepada semua ahli jika modal tambahan diperlukan. Sekiranya permintaan meningkat untuk penyertaan menjadi pemodal, pihak PAS Cawangan mungkin akan memikirkan untuk membesarkan lagi skala projek yang telah dipersetujui sebelum ini. Semoga projek ini mendapat keberkatan dari ALLAH.

Selain dari itu pihak PAS Cawangan juga akan mengadakan projek ekonomi seterusnya sedikit masa lagi iaitu projek pasar karat di Bandar Tasik Puteri. Ia akan dimaklumkan nanti oleh Pengurus projek yang dilantik.

Read more...

Wednesday, May 20, 2009

BEZA ANTARA UMNO & DAP

Banyak komen yang kita baca terutama dari pihak UMNO tentang mengapa PAS sanggup berkawan dengan bukan islam dan menolak UMNO yang kononnya sesama islam. Kita cuba lihat perbezaan kenapa PAS sanggup berkawan dengan DAP dari UMNO seperti di bawah;

a) DAP menolak islam kerana selama BN memerintah 50 tahun lebih tidak ada program yang dibuat untuk memberi kefahaman betapa sistem yang dibawa oleh islam kepada manusia adalah yang terbaik bahkan dimomokkan lagi betapa tidak relevannya hukum islam. Sedangkan UMNO sendiri menolak hukum ALLAH dengan alasan belum sesuai dilaksanakan sekarang. Kita nak tanya orang UMNO ni siapa kamu? Lebih hebat diri kamu dari ALLAH ke? Takkan ALLAH tidak perasan hukum yang dibuatNYA sedangkan dia yang mencipta manusia dan alam ini dengan isi-isinya.

Kita ambil contoh pembuat kereta Mercedes bila keluarkan kereta, mereka tidak lupa dilampirkan dengan manualnya sekali supaya pengguna dapat panduan penjagaan agar kereta dapat tahan lama dan didalam kondisi yang sentiasa elok. Katakan pengguna ni pandai-pandai sendiri tak nak guna manual mercedes tapi nak pakai manual proton kerana kononnya atas sifat patriotik. Apa akan jadi? Sendiri fikirlah...

Begitu juga dengan manusia, ALLAH jadikan manusia beserta dengan manualnya iaitu al-Quran dan al-Hadith. Tetapi hari ini UMNO pandai-pandai nak buat manual sendiri maka timbulllah macam-macam kecelaruan pada hari ini seperti masalah gejala sosial, penagihan dadah dan sebagainya. Dah bermacam-macam program telah diperkenalkan tetapi masalah tidak pun berkurang malah makin bertambah. Sehingga ada jalan penyelesaian yang sudah tidak masuk akal iaitu contohnya beri subsidi jarum dan kondom percuma. Jadi kita lihat betapa celarunya UMNO dan BN hari ini selagi mana mereka tidak mahu kembali kepada manual ALLAH.

b) Semasa didalam pemerintahan UMNO BN, program ilmu agama telah ditapis sebegitu rupa. Ulamak yang bercakap bertentangan dengan kehendak pemerintah walaupun berlandaskan al-Quran dan al-Hadith akan digam. Kuliah-kuliah hambar dan tinggallah yang memenuhi masjid-masjid dan surau-surau adalah dari kalangan orang pencen sahaja. Tiada program bersepadu untuk pengukuhan akidah umat islam. Islam telah menjadi caca-marba antara yang halal dan haram dicampur aduk. Tetapi setelah kemenangan PR didalam PRU ke-12 yang lalu ambil contoh negeri yang ditadbir oleh DAP iaitu Pulau Pinang, ilmu islam dapat dikembangkan sebebas-bebasnya. Masjid-masjid dan surau-surau mula dipenuhi oleh pelbagai golongan masyarakat. Malah kerajaan negeri telah menambah peruntukan untuk diberikan kepada sekolah agama rakyat. Orang bukan islam sudah tidak takut kepada hukum hudud dan sudah bersama didalam majlis-majlis ilmu. Dan yang terbaru bolah berhujah menggunakan al-Quran. Ini senario yang berlaku hari ini.

Cara UMNO yang menghakmilikkan islam hanya untuk orang melayu itulah yang membuat orang bukan islam semakin jauh dengan islam. Jelas hari ini orang bukan islam sering dilihat bersama tok-tok guru di dalam majlis-majlis bersama rakyat. Kita kena faham tujuan ALLAH menjadikan manusia terdiri dari pelbagai bangsa bukan untuk berpuak-puak atau saling mengatasi diantara satu sama lain tetapi untuk saling mengenali dan bernaung dibawah payung Islam. Melayu takkan bernilai tanpa Islam.

Kesimpulan kenapa PAS menolak UMNO adalah kerana UMNO sebenarnya tidak mahukan Islam tetapi sekadar tempelan sahaja bukan satu cara hidup tetapi orang bukan islam mula mahu mendekati Islam. Ini merupakan kewajipan kepada gerakan Islam PAS memberi mereka penafsiran Islam yang syumul dan membimbing mereka semua. UMNO semahunya ingin memastikan agar rakyat terus jahil denan ilmu agama agar mereka senang menipu rakyat melalui ulamak dunia mereka yang takut untuk bersuara menegur kebatilan yang dilakukan oleh pemimpin mereka dan hari ini pemimpin mereka mula gundah gulana kerana rakyat telah mula faham tentang apa yang sebenarnya dibawa oleh Islam.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Read more...

ALASAN ORANG PENGECUT

Read more...

Tuesday, May 19, 2009

MALAYSIA NEGARA ISLAM?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieFN-whZqULNbOjspN_r0BsT2dEperGI2zW1t6TupR8_0upOT9Rrnu_S7G4Cice395KowXijM4AVdEFjBtdNKcKT5r0S9m4bvr83EQDh7UVHqQsYcuIo7chSeL1jGcYn5_s-y3lpYRHY7o/s400/bendera.jpg
Bagi menegakkan negara Islam ia mestilah mempunyai tiga perkara:


1. Tempat: iaitu bumi atau kawasan yang diduduki.
2. Penduduk atau bangsa yang tinggal di atas kawasan tersebut.
3. Kekuasaan yang tertegak peraturan serta undang-undang dan mempunyai pentadbiran kenegaraan.

Sesebuah negara tidak akan tertegak jika tidak mencukupi tiga syarat di atas.

Mengikut ulamak feqah, ada lima pembahagian negara iaitu:

1. Dar al-Islam
2. Dar al-Harb
3. Dar al-‘Aqd (Dar al-Sulh)
4. Dar al-Riddah
5. Dar al-Bughat

Sifat-sifat Negara Islam Dan Negara Harb


Al-Qur’an menyifatkan keadaan Mekah sebagai dar al-Harb sebelum pembukaan Kota Mekah pada tahun 9H.. Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 59 yang bermaksud:

‘Telah diizinkan benperang bagi orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai. Dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk menolong mereka.”

Ibn Abbas berkata ayat ini diturunkan ketika nabi Muhammad serta para sahabat keluar dan Mekah dan ketika ini Mekah diiktibarkan sebagai ‘dar al--Harb’. Dan ayat ini jelas menunjukkan bahawa sifat “dar al-Harb” iaitu melakukan kezaliman seperti membunuh orang mukmin, menghalau mereka serta menjalankan hukum-hukum yang mensyirikkan Al-lah SWT. Mereka juga menghancurkan masjid serta tempat ibadat.

Sifat Negara Islam


Al-Qur’an mengambarkan “dar al-Islam” seperti firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 41 yang bermaksud:

“Orang yang kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi ini nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan kepada Allahlah segala urusan.”

Ayat ini memberi gambaran bahawa orang mukmim yang menetap di atas muka bumi ini sentiasa menjaga. sembahyang, mengeluarkan zakat, menyeru ke arah kebaikan dan menegah kemungkaran dan berkasih sayang sesama mereka. Sifat negara Islam ialah:

1. Kekuasaan dipegang oleh orang Islam.

2. Agama Islam menjadi dominan serta undang-undang Islam dilaksanakan.

3. Suasana keamanan kepada umat Islam.


Nampaknya Malaysia belum boleh diiktiraf sebagai sebuah Negara Islam tetapi hanya negara umat Islam buat masa ini...

Wallahua'lam.

Read more...

APA ITU HUDUD

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKhyphenhyphenvXaBrY85e3YBDUEaepU61ARGelLjBOwwluB6GWY6sMZq3dvYHAf6XRyQH5jcLZQ7bpGek8cL2gVH3VRN-WChB99Y52rzhCjjBBy3iQ7VUSDFPA2fAfI9x1sVsulqnxbIc3EN5KXl8S/s400/gambar+di+mekah.jpg
Hudud adalah sebahagian daripada undang-undang syariah di bawah bab Kanun
Jinayah Syariah.

Adapun undang-undang syariah itu terdapat di dalamnya banyak bentuk
undang-undang; antaranya ialah undang-undang jinayah, undang-undang
munakahat, undang-undang iktisoddi, undang-undang perlembagaan Islam
ataupun Kanun Dusturi Islami dan bermacam-macam lagi undang-undang Islam
yang lain.

Di bawah undang-undang jinayah ( atau lebih dikenali sebagai Kanun Jenayah
Syariah) ini terbahagi pula kepada 4 jenis.Iaitulah hudud, qisos, diat dan
takzir.

A) Makna HUDUD:
Bermakna batasan yang dibuat oleh ALLAH SWT dan ia tidak boleh dilanggar
oleh sesiapa pun. Contohnya; kalau seseorang itu mengaku berzina, maka dia
wajib dihukum sebagaimana yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT, iaitu wajib
sebat dia 100X (bagi yang belum kahwin).Kalau dia mengaku mencuri pula, maka
tak boleh penjarakan dia dan tak boleh dendakan dia, tapi wajib dipotong
tangannya kerana ia adalah satu batasan yang telah dibuat oleh ALLAH SWT.

B) Hukuman HUDUD:
Hukuman Hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan ALLAH di
dalam Quran/hadith.Hukuman Hudud ini adalah hak ALLAH ,yang tidak boleh
ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh di ubah-suai dan dipinda. Hukuman
Hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun.Mereka yang melanggar
aturan-aturan hukum ALLAH, yang telah ditentukan dan ditetapkan
ALLAH/rasulNya yang disebutkan di dalam Quran/hadith adalah termasuk
dalam golongan orang-orang yang zalim. Sepertimana firman ALLAH SWT yang
bermaksud:

" Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum ALLAH, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim."
(Suratul Baqarah:229)

C) Kesalahan yang dikenakan hukuman HUDUD:

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman Hudud ialah:

i) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengkut hukum
syara`.

ii) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang
yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat
dibuktikan dengan 4 orang saksi.

iii) Minum arak atau minuman yang memabukkan, samada sedikit atau banyak,
mabuk atau tidak.

iv) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jagaan
atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan
harta itu dari jagaan atau milik tuannya..

v) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, samada dengan perbuatan
atau dengan perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan.

vi) Merompak (hirabah); iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan
untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

vii) Pendurhakaan (bughat) ;iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau
mendurhaka kepada Ulil Amri yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum
ALLAH.

QISAS:

Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.Membunuh dibalas
dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalas dengan
melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Perbandingan QISAS dan HUDUD:

Persamaan diantara qisas dengan hudud ni ialah hukumannya telah ditetapkan
;seperti kadar dan bentuknya, yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT di dalam
al-Quran. Manakala perbezaan diantara qisas dengan hudud pula ialah hukuman
qisas ini hendaklah dituntut oleh mangsa ataupun keluarga mangsa Tapi kalau
tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa ,maka tidak boleh dikenakan
hukuman qisas.Jadi, berbezalah diantara qisas dengan hudud ,dimana hudud
ini, walaupun tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa tetapi ianya tetap
wajib dilaksanakan.

Kesalahan & Hukuman QISAS:

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah :

a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain
dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja.

a) Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas
ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh.Sepertimana firman ALLAH SWT yang
bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman ,diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas
(balasan yang seimbang)
dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh."
(Suratul Baqarah : 178)

b & c) Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan
orang lain atau melukakannya, wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar
kecederaan atau luka seseorang itu, juga mengikut jenis anggota yang dicederakan
dan yang dilukakan tadi.Sepertimana firman ALLAH SWT yang
membawa maksud:

"Dan telah Kami wajibkan ke atas mereka (orang-orang Yahudi) yang disebutkan
dalam Kitab Taurat, bahwasanya nyawa dibalas dengan nyawa, dan mata dibalas
dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan
telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan kecederaan juga hendaklah dibalas
seimbang. Tapi bila sesiapa mengampuninya,maka itu adalah penebus dosa
baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan
oleh ALLAH,maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(Suratul Ma`idah : 45)

DIAT:

Hukuman Diat bermakna pampasan atau pun ganti rugi.

Diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjinayah kepada
wali/waris mangsanya sebagai ganti rugi disebabkan jinayah yang dilakukan
oleh penjinayah keatas mangsanya.

Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan dengan
kesalahan qisas.Hukuman diyat ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan
ALLAH dan rasulNya di dalam al-Quran/hadith sebagai ganti rugi diatas
kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan, atau
melukakannya.

Kesalahan yang dikenakan hukuman diyat:

i) Pembunuhan yang serupa dengan sengaja: Serupa dengan sengaja bermakna
perbuatan tadi sengaja walaupun tidak ada niat untuk membunuh atau
mencederakan.

ii) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja) - qotlu qotto` yakni yang
memang tidak sengaja.

iii) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau ahli waris orang
yang dibunuh; sepertimana firman ALLAH TA`ALA dalam Suratul Baqarah ayat 178
yang bermaksud,:

"Sesiapa yang dapat memperolehi sebahagian keampunan daripada saudaranya
(waris kepada mangsa yang dibunuh), maka hendaklah diikuti dengan cara yang
baik (iaitu menuntut ganti rugi dengan tidak melampaui batas).Dan tunaikanlah
bayaran diyat itu dengan ihsan. Yang demikian itu adalah suatu
keringanan/kemudahan yang diberikan oleh ALLAH SWT. Serta satu rahmat
daripada Tuhan kamu ( makna rahmat adalah kasihan belas daripada ALLAH SWT
kepada sekelian hambaNya). Sesiapa yang melampaui batas selepas daripada itu,
maka baginya azab yang pedih."

Hukuman TAKZIR:

Hukuman takzir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera,
iaitu penjenayah-penjenayah tadi tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

Hukuman takzir dalam Kanun Jenayah Syariah adalah hukuman yang tidak
ditentukan dan ditetapkan ALLAH kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Quran/
hadith. Ia terserah kepada kebijaksanaan Ulil Amri.Tetapi para ulama berpendapat
bahwa takzir tidak boleh menyamai sekurang-kurang hudud.

Contohnya; kalau kita nak sebat orang,misalnya.Kalau nak jatuh hukuman sebat
diatas kesalahan takzir,maka bilangan sebatan yang dijatuhkan tidak boleh
menyamai sekurang-kurang hudud.Contoh sekurang-kurang hudud ialah 40
sebatan,yakni yang dikenakan keatas peminum arak atau peminum minuman keras
yang memabukkan.Jadi kalau hendak melaksanakan sebatan mengikut hukuman
takzir,maka ia tidak boleh sampai kepada 40 sebatan.Ia mestilah 39 sebatan
ke bawah. Wallahu Taala A'lam.

Hukuman takzir adalah hukuman dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah
sabit kesalahannya dalam mahkamah, dan hukumannya tidak dikenakan hukuman
hudud/qisas, kerana kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah itu tidak
termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukum hudud atau qisas.

Jenis atau kadar serta bentuk hukuman takzir itu adalah terserah kepada
kearifan hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan
keatas penjenayah-penjenayah itu,kerana hukuman takzir itu adalah bertujuan
untuk menghalang penjenayah-penjenayah daripada mengulangi kembali kejahatan
yang mereka lakukan tadi,yakni bukan untuk menyiksa mereka.

Moga ada manafaatnya.

Wallahu Taala A'lam,
Saudara SeIslam

Read more...

Monday, May 18, 2009

PROGRAM TARBIYYAH

teks.jpg

PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri telah mula menggerakkan program tarbiyyah kepada semua ahli terutama semua AJK bagi memastikan kefahaman yang jelas terhadap perjuangan menegakkan islam di bumi Malaysia tercinta ini. Ini kerana PAS bukan bergerak hanya diwaktu pilihanraya sahaja bahkan menjadi wadah didalam mengeluarkan rakyat Malaysia khususnya dari kefahaman sistem penjajah yang mengasingkan sistem pemerintahan dan sistem kehidupan kepada sistem islam yang syumul.

Antara program yang menjadi tumpuan adalah usrah bulanan dan juga program lain bagi meningkatkan kesedaran arah tuju perjuangan islam yang sebenar. Kepada semua ahli yang berminat untuk mengikuti program-program yang telah dijadualkan bolehlah berhubung dengan setiausaha cawangan En. Nazri di talian 012-2118993.

Antara salah satu sebab betapa pentingnya program tarbiyyah ini adalah lanjutan daripada kebanjiran ahli-ahli baru. Ini kerana program ini dapat memberi gambaran sebenar tentang konsep yang dibawa oleh PAS iaitu PAS UNTUK SEMUA. Juga dapat mendekatkan golongan remaja untuk lebih mendekatkan diri dengan program keagamaan yang secara langsung akan membuka mata semua bahawa islam itu adalah segalanya. Ini amat membimbangkan UMNO yang takut pengaruh pengundi melayu akan beralih arah kepada PAS dan komponan PR.

UMNO tahu jika rakyat faham islam maka sudah tentu UMNO sudah tidak relevan lagi kerana sudah 50 tahun lebih mereka memisahkan antara agama dan politik. Penerangan tentang islam cuba ditapis dan segala aktiviti di masjid dan surau dihadkan kepada amalan membaca Yassin dan bertahlil sahaja. Ulama ramai yang telah digam. Jadi peluang yang terbuka luas untuk rakyat memahami islam hari ini terutama di Selangor membuatkan mereka tidak senang duduk. Mereka cuba menunjukkan bahawa merekalah yang berjasa membina masjid tetapi sehingga hari ini masjid sunyi sepi dari program agama. Gambar mereka dipampang besar dimasjid. Inilah bayangan orang yang munafik tak ubah seperti kisah Abdullah bin Ubai seorang munafik yang ulung. Kisah yang menceritakan tentang kehebatan beliau membina masjid di zaman Rasulullah semata-mata hendak menunjukkan beliau adalah orang yang sangat berjasa tetapi disebalik itu beliaulah yang banyak menetang ajaran yang dibawa Rasulullah.

Semoga program tersebut menjadi pemangkin kepada kebangkitan pejuang-pejuang islam yang bersama mengibarkan syiar islam serta dapat membantu penduduk di Bandar Tasik Puteri agar dapat membentuk masyarakat madani. Jika ada cadangan untuk menambahbaik program yang sedia ada pihak kami amat mengalu-alukan komen anda.

Read more...

DATO' SERI NIZAR MOHON DIDENGAR 5 PEGUAM MAHKAMAH RAYUAN

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/02/nizar-dijulang.jpg
Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.


Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar, ketika dihubungi berkata, surat permohonan itu telah dihantar melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini, pada pukul 4 petang tadi.

Alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.

Berikutan keputusan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali.

Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Read more...

Sunday, May 17, 2009

Mendaulatkan Syariat Islamiyyah

Negara Islam ialah negara yang mendaulatkan Hukum Allah SWT, di mana ia mestilah dibuktikan dengan perkara-perkara berikut:

1. Syariat Islamiyyah hendaklah menjadi aqidah negara dan dari aqidah itulah ditegakkan Perlembagaan, Perundangan dan segala nizamnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dia telah mensyariatkan bagi kamu tentang agama apa yang telah dipesankan dengannya akan Nabi Nuh, yang diwahyukan kepadamu dan dipesankan dengannya akan Ibrahim, Musa dan Isa agar kamu menegakkan agama dan janganlah kamu berpecah-belah tentangnya."

Jika negara itu dari awal-awal lagi tidak meletakkan Islam ke taraf tersebut seperti hanya diberikan tempat dan ruang di dalam Perlembagaan, di samping mengizinkan hukum-hukum lain mengatasi Hukum Islam maka ia dianggap syirik dan tiada nilai keIslaman yang sebenar di dalam kegiatan Islam atau yang bernama Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada Nabi-Nabi sebelummu, jika kamu syirik nescaya akan hapuslah amalan dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang-orang yang rugi."

Apa yang tersebut bukanlah suatu kongkongan daripada keteguhan. Jalan yang ada di dalam Islam sudah cukup untuk memberi peluang yang seluas-luasnya kepada negara yang mengendalikan urusannya dan sebarang penerimaan yang lain adalah anggapan seolah-olah Islam ini tidak mempunyai kesempurnaan, Na'uzu billai min zalik.

2. Syariat Islamiyyah itu hendaklah diletakkan paling tinggi. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Iaitu janganlah ada hukum atau undang-undang lain yang mengatasi hukum atau undang-undang atau mengatasi syariat Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Adalah bertentangan dengan Islam bahkan menipu rakyat apabila sesebuah negara menjadikan Islam sekadar agama Negara atau Islam dijadikan salah satu sumber rujukan sahaja dan sebaliknya mengamalkan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.

3. Perlaksanaan yang syumul (menyeluruh). Sebagaimana yang di fahami, Islam adalah agama yang syumul dan sempurna. Ajarannya mencakupi segala aspek kehidupan seperti aqidah, syariah, akhlak dan nizam, kerohanian dan kebendaan, kepentingan individu dan masyarakat. Tiap-tiap aspek ini berhubungkait di antara satu sama lain. Tanpa perlaksanaan yang menyeluruh nescaya akan gagal untuk mengatasi segala masalah. Oleh itu wajiblah bagi Negara Islam itu melaksanakan sifatnya yang syumul.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada perkara-perkara yang dilakukan secara tadaruj (berperingkat) tetapi penerimaannya sebagai dasar negara secara menyeluruh adalah wajib. Islam tidak mengiktiraf penerimaan secara serpihan sahaja. Sesungguhnya melaksanakan Islam secara serpihan sahaja adalah suatu penyelewengan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah. Dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu mereka dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada kamu."

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang dengan pertolongannya menghalang perlaksanaan hukum Hudud (kanun Kesiksaan) maka sesungguhnya ia menentang Allah pada hukum-Nya."

Jika membatalkan satu Hukum Allah di anggap menentang-Nya dan derhaka maka bagaimana dengan mereka yang membatalkan lebih dari satu?

Sebarang perlaksanaan Islam oleh Negara Islam hendaklah menyatakan dasarnya yang jelas, niat yang ikhlas dan perancangan yang betul dan tepat dengan syariatnya.

Read more...

HAKIM CORRECT, CORRECT, CORRECT

Perkara yang dimaksudkan ialah berkaitan Hakim yang meluluskan rayuan penangguhan keputusan bahawa Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Rupa-rupanya Hakim Ramly Mohd Ali ini, iaitu Hakim yang mendengar rayuan Zambry didalam kes di Perak ini, adalah salah seorang yang dinamakan oleh VK Linggam dalam perbualan yang rakamanya menggemparkan negara sedikit masa dulu.

Mengikut perbualan itu, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. Mereka adalah Datuk Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Mohd Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002.

Juga, mengikut Jeff Ooi, Hakim Ramly ini baru menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April 2009 yang lepas, yakni 27 hari sebelum Zambery merayu kes itu di mahkamah.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini.

Dan kita pun nampak betapa mudahnya Hakim Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambery MB Haram. Mungkin Hakim Ramly ini terhutang budi dgn UMNO. Apa pun beliau bukan seorang hakim yang boleh diyakini sebagai tidak memihak kerana perlantikan beliau sebagai hakim adalah atas ihsan Umno melalui VK Linggam.

Apabila Nizar merayu, terpaksa menunggu 5 hari dan terpaksa berhadapan dengan panel 3 hakim pula. Heran, heran heran. (Correct, Correct, Correct)

Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari 3 orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama. Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.

Malangnya, kes rayuan Zambery ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK Linggam (Correct, Correct, Correct).

Inilah dia rupa keadilan Malaysia. UMNO telah berjaya melacurkan mahkamah di Malaysia untuk menjadi pelacur kelas satu kepada UMNO.

Mengikut sumber pasukan peguam Nizar, mereka mengalami sedikit kesukaran untuk membuat rayuan terhadap keputusan Hakim Ramly Ali kerana tiada keputusan bertulis dibuat, Adakah ini kerana Hakim Ramly takut dia dirakam dalam sejarah dengan imej yang buruk ?

Keputusan Hakim mahkamah rayuan, Ramly Ali yang membenarkan permohonan Zambry Kadir untuk mengantung perlaksanaan penghakiman Mahkamah Tinggi telah membelakangi prosuder perundangan.

Menurut teman seorang peguam, barisan peguam Zambry seharusnya memfailkan permohonan rayuan untuk menggantung deklarasi yang mengistiharkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah itu di Mahkamah Tinggi.

Ramai hairan apabila hakim Ramly membicarakan permohonan Zambry tersebut dengan bersidang seorang diri sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.

Mengikut undang-undang dibawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa “melainkan dinyatakan sebaliknya, apabila sesuatu permohonan itu boleh dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, ianya hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi dahulu”.

Bermakna permohonan Zambry sepatutnya difail dan didengar oleh Hakim yang membuat keputusan itu dahulu iaitu Hakim Aziz. Malahan Hakim Aziz telah pun mengarahkan peguam Zambry supaya memfailkan permohonan secara bertulis.

Dalam peruntukan dibawah aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan dengan jelas ada menyebut bahawa “sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu"

Ini bermakna dari segi prinsip perundangan, sesuatu penghakiman itu tidak boleh digantung atau ditahan penguatkuasaannya kecuali pihak yang merayu tersebut boleh membuktikan wujud satu keadaan istimewa dimana jika penghakiman itu dilaksanakan akan menyebabkan rayuan mana-mana pihak akan menjadi hampa (jika rayuannya dibenarkan).

Pada 12 Februari lalu, mahkamah rayuan telah membenarkan permohonan Zambry pada hari tersebut supaya ditangguhkan pelaksanaan perintah pengisytiharan itu sehingga kes rayuannya selesai diputuskan oleh mahkamah.

Permohonan rayuan Nizar bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 12 mei yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi pula akan didengar 18 Mei ini dan paling terkini di tangguhkan lagi ke 21 hb mei 09.

Dalam afidavit sokongannya, Nizar berkata keputusan Mahkamah Rayuan pada 12 mei untuk memberikan perintah penggantungan itu kepada Zambry adalah salah dan beliau (Nizar) mengemukakan permohonan untuk membetulkan perkara itu.

Nizar berkata Mahkamah Tinggi telah membuat takrif yang betul terhadap Perkara 16 (6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Beliau berkata sekiranya perintah pelaksanaan itu diberikan ia akan merampas haknya serta membuat keputusan Mahkamah Tinggi mengisytiharkannya menteri besar Perak sebagai sia-sia.

Menurutnya perintah yang diperoleh Zambry itu akan mengganggu pelaksanaan secara lancar dan baik pentadbiran kerajaan negeri Perak selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Nizar juga berkata perintah berkenaan akan mengelirukan rakyat negeri itu mengenai siapakah menteri besar yang sah serta menjadikan keadaan politik lebih tegang dan krisis perlembagaan lebih mendalam.


Read more...

Thursday, May 14, 2009

PENGAMALAN PERUBATAN SECARA ISLAM

ustazPada hari selasa hadapan 19 Mei 2009 pihak Surau As-Siddiqin telah menjemput seorang lagi penceramah yang tidak asing lagi iaitu seorang pengamal perubatan islam Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani. Beliau akan menyampaikan kuliah maghrib buat julung kalinya di Bandar Tasik Puteri.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai. Mohon supaya dihebahkan kepada rakan taulan dan jiran tetangga supaya dapat turut hadir.

InsyaALLAH jika kepada sesiapa yang mempunyai masalah yang ingin mencuba cara perubatan islam boleh datang berhubung terus dengan pihak ustaz.

Read more...

Wednesday, May 13, 2009

Masjid: Pusat Dakwah dan Pemerintahan di Zaman Nabi (s.a.w.)

Petikan tentang persoalan masalah berpolitik di masjid yang menjadi kekeliruan masyarakat. Ikutilah jawapan dari Yusof Qardawi semoga ilmu yang sedikit ini dapat memberi ruang untuk kita meletakkan sesuatu kebenaran ditempatnya dan segala persoalan yang rumit dikembalikan kepada ahlinya iaitu al-Quran dan al-Sunnah.

Soalan:
Kami berselisih pendapat dalam satu persoalan penting. Ada yang bersetuju dan ada yang membangkang. Masing-masing tidak dapat menerima pendapat orang lain. Kami bersetuju untuk merujuk kepada pihak tuan (yakni Yusof Qardawi), kerana persoalan ini penting, terutamanya pada masa kini. Persoalannya ialah: Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik? Apakah dalil keharusannya, jika hukumnya harus? Atau dalil pengharamannya, jika ia ditegah? Semoga Allah Taala memnberi taufik dan manafaat ilmu tuan kepada umat Islam.

Jawapan Yusof Qardawi:
Masjid: Pusat Dakwah dan Pemerintahan di Zaman Nabi (s.a.w.)
Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) merupakan pusat kegiatan Jamaah Muslimin. Ia bukan setakat tempat beribadat dan sembahyang bahkan sebagai tempat beribadat, markaz ilmu, kelab sastera, parlimen, tempat perkenalan, tempat berkumpulnya rombongan-rombongan yang dating dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab, tempat Rasulullah (s.a.w.) membuat pertemuan dengan mereka dan tempat Rasulullah (s.a.w.) menyampaikan khutbah dan tunjuk ajarnya tentang seluruh kehidupan sama ada urusan keagamaan, kemasyarakatn dan pentadbiran. Di dalam kehidupan Rasulullah (s.a.w.) tidak ada pemisahan di antara urusan agama (mengikut istilah orang sekarang) dan politik. Baginda tidak mempunyai satu tempat yang lain bagi politik dan permasalahannya selain daripada masjid. Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) adalah markaz dakwah dan politik. Masjid Di Zaman Kegemilangan dan Zaman Kemuduran. Begitu juga di zaman Khulafa Ar Rashidin selepas Rasulullah (s.a.w). Masjid dijadikan sebagai tempat pelbagai aktiviti sama ada aktiviti politik dan sebagainya. Abu Bakar as-Siddiiq menyampaikan ucapan dasarnya yang pertama di masjid. Disinilah beliau menerangkan program politik atau strategi pemerintahannya. Beliau berkata:

“Wahai manusia! Aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah orang yang paling layak dari kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, perbetulkanlah aku.”

Umar bin al-khattab juga menyampaikan ucapan dasarnya di masjid, beliau berkata:

“Wahai manusia! Sesiapa yang melihat aku menyeleweng, perbetulkan aku!” Lalu seoang makmum berkata: “Demi Allah, jika kami melihat kamu menyeleweng, kami akan memperbetulkannya dengan mata pedang kami!” Umar menjawab: “Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menjadikan di kalangan rakyat Umar, mereka yang akan membetulkan penyelewengan Umar dengan mata pedangnya.”

Masjid terus berfungsi di zaman sebaik-baik umat ini dan di zaman kegemilangannya. Tetapi ketika luputnya bintang tamadun Islam dan umat Islam menjadi mundur dalam segenap bidang kehidupan, fungsi masjid turut berubah. Masjid hanya dijadikan tempat menunaikan sembahyang sahaja. Khutbah yang diucapkan mati tidak bertenaga. Kerana ia bukan menyampaikan khutbah tetapi membaca khutbah. Tajuknya hanya berligar di sekitar zuhud di dunia, mengingati kematian, fitnah kubur, dan azab akhirat. Oleh kerana itu sewaktu ruh kebangkitan Islam mula meresapi tubuh umat ini, kita dapati sebahagian daripada khatib bercakap tentang permasalahan umat Islam, mengkritik suasana penyelewengan kehidupan umat, khususnya kezaliman pemerintah, kebisuan ulama dan kedinginan cendikiawan. Oleh itu kita dapati, setengah orang berkata: Khatib itu bercakap tentang politik…! Politik Yang Diterima dan Politik Yang Ditolak.

Saya tidak faham, kenapa ketika disebut kalimah ‘politik’, seolah-olah ia merupakan satu kehinaan atau jenayah?! Sedangkan ilmu politik adalah satu cabang ilmu yang paling mulia dan orang yang berkecimpung dalam bidang politik adalah mereka yang memikul satu tugas yang paling mulia. Yang peliknya lagi ialah sebahagian ahli politik sendiri yang bertanya:”Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik?” Sedangkan mereka bergelumang dalam politik daripada hujung rambut ke hujung kaki. Politik itu sendiri bukanlah perkara mungkar dan kotor, apabila ia mengikut garisan-garisan yang telah ditetapkan oleh prinsip-prinsip Islam dan berada di dalam lengkaran hukum dan nilai-nilainya.

Politik yang ditolak ialah politik ‘Micheavelli’ yang menyatakan matlamat menghalalkan cara, tidak beriltizam dengan akhlak serta nilai-nilai kebaikan dan mengenepikan halal dan haram. Manakala politik dengan maksud mentadbir urusan seluruh manusia dengan menjaga kepentingan mereka dan menghilangkan keburukan serta menegakkan keadilan di kalangan mereka, makia ia adalah selari dengan agama, bahkan ia adalah sebahagian daripada agama kita, kerana Islam itu adalah aqidah, ibadah, akhlak dan sistem hidup yang lengkap. Risalah masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam yang sebenar tidak dapat digambarkan bahawa ianya boleh dipisahkan daripada politik dengan pengertiannya yang di atas.

Masjid diwujudkan untuk menangani seluruh permasalahan umat Islam dan setiap yang memberi kebaikan dalam urusan agama dan dunia mereka. Melalui masjidlah manusia mempelajari kebenaran, kebaikan, kelebihan di dalam seluruh kehidupan mereka, samada dari segi kerohanian, kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Hal ini dikenali sebagai ‘an-nasiihah’, salah satu kewajiban Islam yang diketahui, di mana Nabi (s.a.w.) menjadikankannya sebagai seluruh agama sebagaiaman di dalam sabdanya yang bermaksud;

“Ad-Deen itu adalah nasihat…” Sahabat bertanya: “Untuk siapa wahai Rasulullah?” Sabdanya: “Bagi Allah, Rasul, Kitab dan Imam Muslimin serta umat Islam seluruhnya.”

Ia juga termasuk dalam konteks berwasiat dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran yang dijadikan oleh al-Quran sebagai syarat untuk mendapat keselamatan daripada kerugian di dunia dan akhirat. Firman Allah bermaksud

*( Al-Asr: 1-3): “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Ia juga tergolong daripada amar-makruf dan nahi mungkar yang dijadikan oleh Allah Taala sebagai sebab utama kepada kebaikan umat ini. Firman Allah (s.w.t.): Maksudnya:

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji).” (Ali-Imran: 110).

Allah Taala juga menjadikannya salah satu daripada sifat asasi mukminin dan mukminat. Firman Allah (s.w.t.):Maksudnya:

“ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta ta’at kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itulah akan diberikan rahmat oleh Allah.”

Di dalam ayat di atas, Allah (s.w.t.) mendahulukan kefardhuan amar makruf dan nahi mungkar daipada kefarduan solat dan zakat, sedangkan kedua-duanya merupakan rukun Islam. Ini menunjukkan kepentingan kefardhuan amar-makruf nahi mungkar. Allah juga memberitakan kepada kita tentang laknat yang menimpa orang yang meninggalkan kewajipan ini di kalangan umat-umat yang terdahulu. FirmanNya: Maksudnya:

“Orang-orang kafir Yahudi dari bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitan Zabur dan Injil) melalui lidah nabi Daud dan nabi Isa bin Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri)n dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka lakukan.”

Melalui nasihat, berpesan dengan kebenaran dan amar makruf nahi mungkar, masjid berperanan di dalam memberi pengarahan terhadap urusan pentadbiran umat, memberi kesedaran kepada mereka tentang permasalahan hidup mati mereka dan mendedahkan kepada mereka tentang tipu daya musuh. Semenjak dahulu lagi masjid berperanan meniupkan semangat jihad fi sabilillah dan semangat menentang musuh yang menceroboh. Intifadhah yang diberkati, yang berlaku sekarang di bumi ambiyak ‘Palestin’ bermula dari masjid. Seruan pertamanya bergema dari menara azan. Pada permulaannya kebangkitan ini dinamakan sebagai kebangnkitan masjid. Begitu juga jihad di Afghanistan dan lain lain tempat lagi, masjid mempunyai peranannya yang tidak dapat dinafikan. Saya masih ingat pada tahun 1956 sewaktu permusuhan tiga serangkai ke atas Mesir, saya dijemput oleh Kementerian Wakaf yang menjadi menterinya pada masa itu ialah Syeikh Ahmad al-Baaquri untuk menyampaikan khutbah Jumaat di salah sebuah masjid terbesar di Bandar kaherah untuk menguatkan semangat orang ramai. Walaupiun ketika itu saya tidak dibenarkan berkhutbah, mengajar dan setiap aktiviti yang memberi pengaruh kepada umum., tetapi keadaan darurat ketika itu memaksa mereka meminta pertolongan saya. Kementerian wakaf dan ha ehwal masjid menyeru para khatibnya dari masa ke semasa supaya menyentuh dalam khutbah mereka tajuk-tajuk yang boleh menolong negara mencapai matlamatnya dan melaksanakan polisinya. Seperti bersederhana dalam melakukan penggunaan, menentang keganasan, memerangi pelampau, seruan ke arah kesatuan bangsa, kempen membasmi dadah…semuanya itu adalah dari lubuk politik.

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan ‘tujuan-tujuan politik’ sebagaimana yang terdapat di dalam pertanyaan di atas? Difahami daripada soalan seumpama ini ialah politik pembangkang yang menentang kerajaan. Pada pendapat saya, politik yang berbentuk begini tidaklah ditegah secara mutlak dan tidak juga diharuskan secara mutlak. Yang ditegah ialah menyebut nama-nama orang tertentu dan pendetailan secara terperinci untuk mencerca, menjatuhkan maruah dan memaki hamun. Perkara seumpama ini tidak harus dilakukan di atas mimbar dan tidak harus juga mimbar dipergunakan untuk tujuan memburukkan nama orang dan untuk tujuan fanatik kepartian. Tetapi mimbar boleh digunakan untuk menyebut segala perkara yang melanggar syariat, walaupun ia merupakan polisi kerajaan.

Masjid didirikan untuk meneguhkan syariat Allah bukan untuk meyokong polisi mana-mana kerajaan. Ketika kerajaan bercanggah dengan syariat Allah, maka masjid mesti berada di saf syariat, bukan di saf kerajaan. Tidak harus sama sekali masjid ditegah daripada haknya yang tradisi, logik dan bersejarah ini; iaitu hak memberi kesedaran dan peringatan kepada umat daripada taghut-taghut yang tidak melaksanakan syariat Allah dan meghukumkannya mengikut hawa nafsu mereka atau tuan-tuan mereka yang sedikitpun tidak mempunyai kekuatan ketika berhadapan dxengan kekuatan Allah (s.w.t..)

Di sesetengah negara Islam, kerajaan mengeluarkan enakmen berhubung hukum kekeluargaan yang bercanggah dengan syariat Islam, lalu ulama bangkit menentangnya dan mengkritik di masjid-masjid, kerana media massa yang lain dikuasai oleh kerejaan. Tindakan kerajaan tersebut terhadap ulama-uama yang berani ialah hukum bunuh dan bakar! Perkara ini secara tepatnya berlaku di Somalia. Pemerintah menggunakan masjid sebagai trompet untuk mengembar-gemburkan polisinya. Apabila mereka mahu berdamai dengan Israel, maka mereka mengatakan bahwa perdamaian adalah satu kebaikan berdasarkan firman Allah (s.w.t): Maksudnya:

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka nengkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah.” (Al-Anfaal: 61)

Ketika hubungan mereka dengan Israel menjadi tegang, maka mereka mengatakan bahawa bangsa Yahudi adalah musuh yang paling ketat kepada orang-orang yang beriman. Perdamaian dengan mereka adalah haram dan khianat. Demikianlah apa yang terjadi. Masjid tidak lagi menjadi lidah yang benar bagi risalah Islam, bahkjan ia menjadi agensi dakyah kepada polisi kerajaan. Keadaan ini menyebabkan masjid hilang fungsi dan pengaruhnya di dalam masyarakat dan dalam waktu yang sama ia juga menjatuhkan kemuliaan ulama dan pendakwah kepada jalan Allah. Kita memohon kepada Allah (s.w.t.) agar memberikan keselamatan kepada agama dan dunia kita


Read more...

PERBAHARUI INSURAN KENDERAAN ANDA BERSAMA KAMI

Pemuda PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri sekali lagi memohon kepada semua ahli PAS agar dapat menyumbang dana kepada tabung pemuda dengan hanya memperbaharui insuran kenderaan anda melalui ejen Takaful Ikhlas kami. Komisen akan dimasukkan ke dalam tabung pemuda.

Ini bertujuan supaya kami dapat mempergiatkan lagi aktiviti kami demi kepentingan komuniti di Bandar Tasik Puteri. Semua ahli boleh jua mempromosi kepada rakan-rakan atau jiran yang ingin memperbaharui insuran kenderaan mereka.

Segala jasa baik semua amat kami alu-alukan dan bersama memperjuangkan agar syiar islam di Bandar Tasik Puteri akan terserlah InsyaALLAH disuatu hari nanti. Kami percaya dengan sumbangan dan sokongan daripada semua yang ingin melihat agar syariat ALLAH dapat ditegakkan di mukabumi Malaysia ini akan terkabul juga.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan En. Mat di talian 013-2551788 atau En Norhisam di talian 013-2099171

Read more...

Tuesday, May 12, 2009

UMNO MATI-MATI TAK NAK PILIHANRAYA

Besar Harapan rakyat perak agar Tuanku Perkenan untuk membubarkan DUN.. Harap Tuanku Tidak lagi menghampakan Rakyat untuk kali kedua ini...

Bayangkan jika dalam tempoh 2-3 hari ini, Speaker yang belum disahkan jawatannya, Datuk R.Ganesan memanggil sidang DUN Perak. Kemudian Zambry atau mana-mana ADUN BN membawa usul undi tidak percaya kepada Nizar sebagai Menteri Besar. Lalu pengundian dijalankan. Akhirnya BN dengan undi 28+3 menewaskan PR yang mendapat 28 undi.

Jika ini berlaku sekali lagi huru-hara bakal melanda politik Perak. Ini kerana ADUN PR tidak akan mengiktiraf undi tidak percaya terhadap Nizar yang dibuat di hadapan Ganesan. Mereka pasti mempersoalkan perlantikan Ganesan sebagai Speaker yang tidak sah mengikut undang-undang. Mengikut undang-undang, jawatan Speaker hanya boleh diganti jika beliau secara sukarela meletak jawatan atau meninggal dunia.

Malangnya Speaker sah DUN Perak, Sivakumar, tidak pernah meletak jawatan dan beliau juga masih hidup dan tidak pernah dikebumikan di mana-mana tanah perkuburan negara ini. Oleh itu perlantikan Ganesan sebagai Speaker adalah tidak sah dan jika ada usul undi tidak percaya yang melibatkan Speaker bernama Ganesan ia juga adalah tidak sah.

Andainya senario tersebut berlaku, sekali lagi Perak bakal dilanda krisis, dari krisis perlantikan Menteri Besar membawa kepada krisis perlantkan Speaker pula.

Rakyat Perak pasti akan bertanya: sampai bila krisis politik Perak akan berakhir, lepas krisis perlantikan MB, krisis perlantikan Speaker pula!

Jawapannya mudah: krisis politik Perak hanya akan terungkai jika suara rakyat diiktiraf oleh kepimpinan kita – tidak kiralah kepimpinan politik atau kepimpinan monarki.

Khabarnya pagi ini DS Nizar akan mengadap Sultan Perak bagi memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN. Mungkin dalam masa yang sama Zambry juga akan mengadap Sultan memohon jangan membubarkan DUN. Hakim Mahkamah Tinggi dalam penghakimannya petang tadi menyatakan Sultan Perak telah melakukan kesilapan apabila bersetuju menerima Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

Harap baginda Sultan sedia mendengar suara rakyat yang mahu DUN dibubarkan. Harap baginda tidak melakukan kesilapan kedua yang boleh mengundang krisis politik Perak berpanjangan. Harap tiada lagi mahkamah yang menyatakan baginda Sultan telah membuat kesilapan kedua. Harap selepas ini nama baik baginda tidak lagi dicemari dalam mana-mana mahkamah!

Ikhsan dari http://pendikargunung.blogspot.com

Read more...

CERAMAH PERDANA : ISU PERAK


Read more...

PERJUMPAAN DENGAN YB SELAYANG


Semalam hari ahad 10 Mei telah berlangsung perjumpaan singkat antara wakil PAS & PKR BTP dengan Ahli Parlimen Selayang, William Leong. Perjumpaan tersebut lebih menjurus kepada permasalahan antara MPS dan pemaju mengenai status pembangunan yang lambat dan juga soal penyelengaraan. Pihak YB telah mengusulkan untuk mengadakan perjumpaan tiga mata antara pihak MPS, pemaju dan wakil penduduk didalam masa yang terdekat demi menyelesaikan masalah yang dihdapi penduduk BTP dengan segera.

Juga dibincangkan tentang program PKR yang telah terpaksa dipindahkan ke masjid BTP kerana pembatalan permit program disaat akhir. Antara yang turut menjadi isu hangat adalah usul yang akan dibawa YB William untuk menukar YDP MPS yan ada sekarang dengan menhantar memorandum kepada Menteri Besar Selanor bagi mencadangkan agar Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) diambil tindakan atau ditukar.

Ini kerana, tindakan pihak penguatkuasa MPS seolah-olah badan itu menjadi alat kepada Barisan Nasional (BN) apabila merampas dan menurunkan bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Bandar Tasik Puteri baru-baru ini.

Ekoran pembatalan itu, beberapa trak polis telah ke tempat majlis itu hendak diadakan iaitu di Puteri Central Park pada tengahari 9 Mei . Pihak penguatkuasa MPS telah memecat semua khemah-khemah yang telah dipasang oleh pihak MPS sendiri.

Read more...

Monday, May 11, 2009

SEJARAH HITAM UMNO PERAK & MEMANG MB HARAM TU PUN HITAM

Krisis yang Umno cetuskan di Perak bakal menjadi sejarah hitam yang tidak akan dilupakan oleh generasi sekarang dan akan datang.

Sejarah hitam pertama adalah serangan ke atas institusi Raja. Semua orang tahu rakyat Malaysia menerima sistem raja berperlembagaan di negara ini. Namun disebabkan krisis di Perak, kita menyaksikan betapa ada rakyat yang tidak dapat mengawal kemarahan mereka.

Maka berlakulah siri 'menyerang' laman web Istana Perak dengan kalimah-kalimah yang tidak sampai hati untuk kita luahkan di sini. Ia akhirnya membawa kepada pendakwaan beberapa individu di bawah Akta Hasutan 1948. Umno tidak boleh lari dari sejarah hitam ini.

Sejarah hitam kedua dari krisis Perak ciptaan Umno adalah buat kali pertamanya di dalam negara ini institusi Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilibatkan sama bagi menyiasat kuasa seorang Speaker Dewan Undangan Negeri. Ianya tidak pernah berlaku dan tidak pernah diimpikan akan berlaku. Namun kerana ketamakan kuasa apa yang dulu hanya sebuah mimpi kini sudah menjadi realiti. Selamat menyambut sejarah hitam ini.

Sejarah hitam yang ketiga dari krisis Perak ini adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai badan yang sepatutnya hanya bertanggungjawab menerima keputusan Speaker yang memutuskan sesuatu kerusi Dun sebagai kosong tidak lagi berminat menjalankan kerja suci tersebut. Sebaliknya SPR lebih seronok untuk terus menerus menjadi parti komponen BN yang tidak rasmi apabila enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi Dun-Dun yang telah diisytiharkan kosong oleh V Sivakumar.

Sejarah hitam yang keempat dari krisis Perak ini adalah buat pertama kalinya Mahkamah sendiri sanggup membocorkan maklumat kepada akhbar bahawa saman yang difailkan oleh Sivakumar mengandungi kecacatan sedangkan saman tersebut belum didengar lagi oleh pihak Mahkamah.

Pembocoran maklumat tersebut sengaja dilakukan dan dipercayai dilakukan oleh seorang yang berpangkat tinggi di Mahkamah Tinggi Ipoh semata-mata untuk mengaibkan Sivakumar dan Pakatan Rakyat. Ini adalah satu sikap paling tidak profesional yang ditunjukkan oleh sebuah institusi kehakiman namun apabila Umno terlibat tiada lagi perkara yang pelik dan ajaib.

Sejarah hitam yang kelima dari krisis Perak ini adalah buat pertama kalinya seorang Speaker Dun dilarang untuk diwakili oleh peguam pilihannya sendiri semasa beliau di saman oleh Zambry. Sivakumar telah dipaksa oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh untuk diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Perak. Apa yang mendukacitakan lagi hasrat speaker untuk mewakili dirinya sendiri pun tidak dibenarkan oleh Hakim yang sama.

Agak baik sedikit sejarah hitam tersebut dapat diselamatkan dari diarkibkan apabila Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan yang paling tidak masuk akal tersebut. Untuk makluman, Speaker tidak mahu diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri kerana penasihat yang sama juga telah membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk beliau dibenarkan mewakili Zambry. Jadi bagaimana beliau boleh bertindak secara bebas dan menjaga kepentingan Sivakumar?

Sejarah hitam yang keenam adalah Speaker dan Adun Pakatan Rakyat yang sah dan dipilih oleh rakyat tidak dibenarkan untuk mengadakan sidang di dalam dewan persidangan kerana dewan telah dikunci dan dirantai serta dikepung oleh polis. Akhirnya sejarah hitam mencatatkan buat pertama kalinya sidang Dun Perak berlangsung di bawah pokok.

Takutnya Umno pada sidang Dun di bawah pokok sehinggakan apabila Pakatan Rakyat membina tugu dan plak bagi mengimbau kisah manis tersebut, Umno menggunakan (baca salahguna) Majlis Perbandaran Ipoh untuk memusnahkan tugu tersebut.

Sejarah hitam yang ketujuh dari krisis Perak ini adalah Umno yang terkenal sebagai penderhaka Agung kepada institusi Raja dengan tanpa segan silu sanggup memfitnah Dato? Seri Nizar sebagai penderhaka hanya kerana ungkapan mahsyur Dato Seri Nizar kepada Tuanku Sultan iaitu "patik memohon sembah derhaka".

Meskipun Umno berhempas pulas mengeksploitasi isu tersebut ia tidak langsung menjejaskan kemenangan Nizar di Bukit Gantang. Jika pun isu derhaka itu berkesan ia hanyalah berkesan bagi pengundi di saluran satu yang boleh kita sifatkan sebagai 'pengundi saluran derhaka'.

Sejarah hitam yang kelapan adalah 'bapa kepada segala sejarah hitam'. Sejarah ini hanya boleh wujud jika di dalam sesebuah negara tersebut wujudnya parti politik gila seperti Umno yang dah sampai ke tahap ketagihan kuasa tahap kritikal.

Mabuk dan ketagih dengan kuasa Umno sanggup mengundang Mahkamah yang paling tinggi di negara ini iaitu Mahkamah Persekutuan untuk membunuh doktrin pengasingan kuasa (separation of powers).

Jika selama ini Mahkamah di negara ini masih menahan dirinya dari campur tangan atau mengganggu urusan Parlimen atau Dun kerana menghormati doktrin pengasingan kuasa, kini doktrin tersebut telah pun disemadikan oleh lima orang hakim Mahkamah Persekutuan tersebut.

Ingatlah sejarah hitam ini berlaku ketika mana Ketua Hakim bagi negara ini masih dipegang oleh bekas pemimpin yang pernah berkhidmat dengan Umno.

Apa yang berlaku pada 7 Mei 2009 lalu adalah sejarah hitam yang kesembilan. Sama-sama kita saksikan kesudahannya.

Petikan ulasan Sdr Hanipa Maidin

Read more...

Mesyuarat EXCO malam ini

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin yang disahkan sebagai Menteri Besar selepas 96 hari 'berehat' akan mempengerusikan mesyuarat Exco pertamanya pada pukul 11 malam ini.

Ia disahkan oleh Datuk Ngeh Khoo Ham yang merupakan Exco Kanan dalam kerajaan Pakatan Rakyat sehingga awal Februari lalu.


"Kami akan adakan mesyuarat Exco pukul 11 malam dan selepas itu kami akan adakan sidang media," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mesyuarat itu turut disahkan oleh seorang lagi ADUN Pakatan, N. Sivanesan yang juga Exco sehingga Februari lalu.

Ngeh yang Pengerusi DAP Perak berkata, esok pihaknya akan mempersembahkan permohonan untuk menghadap Raja Muda Raja Nazrin.

"Esok, pagi kami cuma nak memohon untuk menghadap Tuanku bukan menghadap...media telah petik petang tadi," katanya.

Petang tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

Read more...

PERANCANGAN ALLAH LEBIH HEBAT

Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memecat Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta.

Tindakan itu adalah antara enam langkah segera yang diumumkan oleh Nizar sebaik sahaja Mahkamah Tinggi di sini memutuskan yang beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Selain itu, lima lagi langkah segera yang diambil beliau adalah:


- Pihaknya akan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan secara rasmi berhubung keputusan mahkamah yang diputuskan hari ini dan meminta restu baginda.

- Semua keputusan yang dibuat oleh Zambry sepanjang beliau menjawat jawatan Menteri Besar secara tidak sah akan dikaji semula dan tidak dianggap tidak sah sehingga notis seterusnya diberitahu kelak kecuali keputusan berhubung mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei lalu.

- Meminta Zambry dan Exco-exco lain untuk mengosongkan jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta berikutan keputusan mahkamah.

- Mesyuarat Exco akan diadakan dengan segera

- Pihaknya tetap berpegang bahawa DUN harus dibubarkan berdasarkan kepada usul yang diluluskan pada sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009

Read more...

MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR


Pada hari ahad lepas telah berlangsung Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bertempat di Dewan Dato' Fadhil Nor Markaz Tarbiyyah PAS Pusat Taman Melewar. Mesyuarat bermula jam 9 pagi dan berakhir sekitar 7.15 petang.

Pada sessi Muktamar kali ini, pucuk pimpinan pemuda negeri tidak berlaku pertandingan dimana jawatan Ketua Pemuda, Timbalan dan Naib Ketua menang tanpa bertanding.

Ketua Pemuda : Ustaz Hasbullah Ridzwan
Timbalan : Ahmad Zaidy A. Mutalib
Naib Ketua : Mohd Sani Hamzan

Pada sessi perbahasan, para wakil perwakilan dari setiap kawasan begitu bersemangat membahaskan ucaptama dari mantan Ketua Pemuda Ustaz Sallehin Mukhyi. Antara isu yang disentuh adalah soal pentarbiyahan ahli yang tidak begitu dititikberatkan dan juga pengurusan tarbiyah yan tidak seragam, juga dibahaskan isu ekonomi, isu remaja dan yang juga hangat diperbahaskan adalah isu hubungan antara rakan komponen Pakatan Rakyat terutama parti PKR.

Muktamar telah memutuskan agar para perwakilan yang akan ke Muktamar pusat diputuskan oleh saf kepimpinan yang baru dipilih. Muktamar juga memutuskan untuk mencalonkan Ustaz Nasharuddin Tantawi sebagai calon Ketua Pemuda Pusat dan Ustaz Nik Abduh sebagai Timbalan pada Muktamar PAS pusat nanti di Stadium Melawati Shah Alam.

Saf kepimpinan yang baru dipilih diyakini merupakan saf kepimpinan terbaik untuk membawa wadah Pemuda sebagai penggerak dan pencetus idea-idea baru demi keutuhan parti dan perjuangan islam.

Gambar-gambar sekitar muktamar, sila klik "PHOTO ALBUM" dan pilih Muktamar DPPNS.

Read more...

Sunday, May 10, 2009

SAMBUTAN ULANGTAHUN PKR DIGANGGU PIHAK BERKUASA

Program sambutan Ulangtahun PKR yang telah dijadualkan hari ini 9 Mei 2009 di Puteri Central Park Bandar Tasik Puteri telah diganggu pihak polis yang mana telah membatalkan permit pada saat akhir yang telah pun dikeluarkan sebelum ini pada 5 Mei yang lepas. tiada alasan kukuh yang telah diberikan selain menyatakan bahawa kelulusan permit tersebut telah dipinda tempat berlangsung acara sambutan dari PCP Bandar Tasik Puteri ke Stadium Selayang.

Pihak polis telah datang pada pagi tadi sekitar jam 9.30 pagi ke Puteri Central Park bersama penguatkuasa MPS lalu merobohkan khemah yang telah dipasang sehari sebelum upacara sambutan bakal dilangsungkan.

Kejadian ini amat dikesali kerana pemilihan tempat pada kali ini tidak mungkin boleh mengganggu penduduk mahupun kesesakan lalulintas kerana aspek tersebut telah diberi perhatian serius oleh pihak urusetia. Juga dikesali adalah pihak polis tidak mahu langsung mengemukakan surat pembatalan permit dan kelulusan permit pemindahan tempat kepada wakil penganjur dengan alasan permit tersebut ada di pejabat polis. Ini satu alasan yang tidak masuk akal, masakan polis yang dianggap profesional dalam menjalankan tugasnya datang mengganggu majlis seumpama itu dengan hanya arahan lisan. Sedangkan pihak penganjur telah membuat promosi tempat terlebih awal dan difahamkan penganjur telah membelanjakan hampir RM12,000 untuk program tersebut. Ini satu lagi provokasi dari pihak berkuasa tunggangan UMNO BN demi kepentingan mereka didalam usaha menutup sumber maklumat kepada rakyat tentang pelbagai penyelewengan yang telah mereka lakukan.

Namun untuk tidak menghampakan orang-ramai, pihak penganjur telah memindahakan tempat ceramah dari Puteri Central Park ke Masjid Bandar Tasik Puteri termasuk jamuan rakyat. Program dimulai dengan solat maghrib berjemaah diselangi dengan tazkirah maghrib oleh Ustaz Saiful yang telah dilucutkan jawatan imam di Masjid Bukit Damansara tempohari. Dato' Seri Anwar Ibrahim telah tiba sewaktu solat Isyak berjemaah. Setelah itu diteruskan dengan solat hajat berjemaah. Selesai sahaja solat terus DSAI memberi ucapan ringkas kepada jemaah yang telah mula memenuhi kawasan masjid sejak waktu isyak lagi.

Turut hadir sama adalah Ahli Parlimen Selayang En. William Leong dan kelab Penyokong PAS En. Kallai dan rombongan. Tidak ketinggalan para wartawan yang sempat menemuramah DSAI ketika didalam perjalanan meninggalkan majlis. Walaupun program tidak berjalan seperti dirancang namun orang-ramai berpuashati diatas kesudian DSAI untuk datang pada malam ini.

Untuk lihat gambar lagi sila klik "PHOTO ALBUM" dan pilih tajuk PKR.

Read more...

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP