Tuesday, March 31, 2009

ROMBONGAN PAS BTP KE BUKIT GANTANG.

PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri telah mengambil inisiatif menganjurkan rombongan ke Bukit Gantang sempena penamaan calon di sana pada hari ahad 29hb Mac 2009. Peserta rombongan seramai 40 orang yang terdiri dari cawangan sekitar Bandar Tasik Puteri dan juga Batu Arang telah bertolak ke sana pada 28hb Mac 2009 jam 12.30 malam. peserta berkumpul di Medan Puteri.

Rombongan singgah di kawasan rehat Sg Perak pada jam 3.30 pagi berehat dan menjamu selera. Rombongan diteruskan dengan melalui Changkat Jering dan sampai di masjid Daerah Taiping hampir jam 5 pagi. Kelihatan suasana di masjid sudah penuh sesak dengan para penyokong PAS. Jemaah beratur panjang untuk mengambil wudhu dan juga ke tandas. Solat subuh di masjid berkenaan umpama solat jumaat. Sehingga terpaksa diadakan solat subuh berjemaah secara bergilir kerana tidak muat dengan jemaah yang begitu ramai.

Perakan ke pusat penamaan calon bermula sebaik jam 7.45 pagi melalui hotel Panaroma yang secara kebetulan dihuni oleh beberapa pemimpin UMNO termasuk Muhyiddin dan juga Tg Adnan. Peserta perarakan tidak melepaskan peluang terus melaungkan slogan UMNO rasuah kearah pemimpin UMNO tadi. Suasana bergema dan membuatkan pemimpin UMNO tadi terus bergegas melarikan diri ke arah penyokong BN.

Penamaan calon bermula jam 9 pagi dan tamat jam 10 pagi. Tempoh bantahan dari jam 10 pagi hingga jam 11 pagi. Tiada pencalonan ditolak dan sah perlawanan tiga penjuru antara PAS, Bn dan BEBAS.

Calon PAS diiringi oleh ramai pemimpin parti termasuk Tuan Guru Ustaz Dato' Hj Hadi Awang, YB Nasharuddin, Ustaz Ahmad Awang, Dr Zulkifli, YB Wahid Endut, Ustaz badrul Amin dan ramai lagi.

Penyokong PAS begitu bersemangat memenuhi setiap ruang dan dianggarkan lebih kurang 30,000 orang berbanding BN hanya sekitar 5,000 orang yang sebahagian besarnya adalah pelajar sekolah.

Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku semasa pencalonan tetapi yang pasti penyokong PAS amat bersemgat sekali dengan melakukan "wave" seumpana penonton bola Man. United serta langan reformasi dan takbir. Penyokong BN berada didalam keadaan tidak bersemangat dan hanya terpegun dengan semangat penyokong PAS.

Rombongan bertolak balik sekitar jam 3 ptg dan singgah di kawasan rehat Tapah untuk solat dan menjamu selera. Sampai di Bandar Tasik Puteri sekitar jam 9 malam.

Kesimpulan tentang peluang PAS untuk menang di Bukit Gantang amat cerah sekali berdasarkan semangat setiap petugas dan penyokong yang sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk memastikan kerajaan rakyat dapat ditegakkan.


" KLIK DISINI UNTUK MELIHAT KOLEKSI GAMBAR - GAMBAR SEKITAR PENAMAAN CALON DI BUKIT GANTANG "

Read more...

Monday, March 30, 2009

Mesyuarat Agung PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri


Mesyuarat Agung PAS cawangan telah selamat diadakan pada 28hb Mac yang lepas bertempat di No 2 Jln 7/8. Mesyuarat bermula pada pukul 9.30 pagi telah mendapat sambutan hangat dari ahli yang begitu bersemangat untuk membentuk AJK baru supaya perjalanan dan kegiatan parti untuk kepentingan masyarakat di Bandar Tasik Puteri khasnya dapat dipertingkatkan lagi. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh pengerusi tetap En. Fadhli.

Mesyuarat telah sebulat suara mengekalkan Ketua cawangan yang lama iaitu En. Zulkifli Sulong sebagai ketua cawangan PAS cawangan Bandat Tasik Puteri. Mesyuarat juga memutuskan untuk memnunda tentang rancangan untuk mengadakan cawangan penaja di blok 7 atas sebab beberapa faktor yang difikirkan masih belum dapat diatasi.

Mesyuarat juga memutuskan beberapa perkara yang akan dilaporkan didalam mesyuarat bulanan AJK baru. Barisan AJK baru PAS Cawangan BTP sesi 2009/2011 akan dikemaskini secepat mungkin.

Mesyuarat ditangguhkan sekitar jam 11.30 pagi.

Read more...

Friday, March 27, 2009

Mari bertanding sebagai anak jantan

Berakhirnya perhimpunan agong UMNO dengan kononnya barisan baru yang menepati aspirasi perubahan. Kalau dilihat secara rambang tiada apa yang nak diungkap tentang perubahan bahkan pada hemat saya kepimpinan yang baru diselaputi dengan banyak masalah dan insyallah barisan ini akan menuju kepada kebinasaan dengan hina sekali. Kalau dilihat dari bakal pm sendiri pun masih berserabut dengan kes pembunuhan Altantuya yang penuh dengan misteri. Berita dari luar negara memperincikan lagi kisah ini tanpa disanggah sedikit pun tentang kebenarannya oleh bakal pm ini. Kalau betul maka beliau harus bangun menafikan sekeras-kerasnya atau menyaman akhbar tersebut bagi membersihkan namanya dan maruah Malaysia yang telah tercalar teruk sebagaimana cabaran dari Presiden PAS. Kita lihat betapa kebalnya beliau, sehingga walaupun secara terangan beliau mempunyai pertalian didalam kes tersebut namun sekalipun tidak dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah. Mungkin beliau mewarisi kekebalan Tun Mahathir ketika dulu malah sultan pun sudah dicabut keistimewaan oleh pemimpin UMNO sendiri. Dapat pula ketua pemuda kaki rasuah...ha..ha..ha..eloklah tu baru bertemu ruas antara lanun dan perompak.


Berbalik kepada perkembangan pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, UMNO telah secara tidak bermaruah dan pengecut telah cuba menyekat pengaruh PR dengan menghalang sumber parti dari sampai kepada rakyat dengan perkembangan terbaru menggantung penerbitan Harakah & Suara Keadilan dari diterbitkan selama 3 bulan dengan alasan yang sangat dangkal. Budak sekolah pun mengerti betapa pengecutnya UMNO dan BN. Kalau betul akhbar tersebut ada menerbitkan berita berunsur fitnah atau tidak benar, buktikan dan bawa kepada jawantankuasa penilai. Tetapi yang berlaku hanya menuduh berita tidak benar tanpa dibuktikan terlebih dahulu dan tidak memberi peluang kepada penerbit untuk membela diri. Inilah cara UMNO mahu berlawan diikat kaki dan tangan lawan terlebih dahulu baru mahu berlawan. Betapa dayusnya parti ini.

Kita lihat berita provokasi dan fitnah dari akhbar pro-UMNO Utusan Meloya dan Berita Hairan tidak pernah diambil tindakan oleh KDN. Kenapa? Kerana menepati aspirasi UMNO sebagai parti penipu rakyat.

Kali ini walaupun kita bertanding di padang yang tidak sama rata, insyaAllah pertolongan ALLAH akan sampai dan rakyat akan buktikan bahawa UMNO adalah parti yang korup dan parti yang sebenar-benarnya sebagai perosak bangsa, negara dan islam. Undilah Pakatan Rakyat.

Hidup Islam
Membangun Bersama Islam.

Read more...

Friday, March 20, 2009

KHUTBAH TIDAK BERMAYA


Terpanggil saya untuk memberi komen membina sebagai renungan bersama tentang tajuk diatas. Saya berkesempatan untuk bersolat jumaat di Masjid Bandar Tasik Puteri dan juga Surau As-Siddiqin BTP. Yang ingin saya kongsi disini adalah tentang kelemahan khatib yang ditugaskan untuk berkhutbah. Semuanya membaca teks khutbah dan penyampaian yang sangat hambar dan membosankan. Jemaah seolah dibuai-buai supaya tidur.

Bukan nak mengutuk tetapi minta perubahan dilakukan segera oleh pengurusan surau dan masjid kerana waktu solat jumaat inilah yang tak pernah ke masjid datang masjid walaupun sekadar mengikut adat sahaja. Peluang ini harus diambil oleh pihak masjid untuk mentarbiyah mereka ini agar dapat diberi pemahaman tentang agama. Tetapi jika perkara ini tidak diambil berat maka jemaah untuk ke surau atau masjid tidak akan bertambah bahkan berkurang kerana cara pembacaan khutbah disampaikan khatib amat memboringkan dan tiada mesej yang dapat diambil oleh jemaah. Kalau dulu banyak sekatan di Selangor khususnya terhadap imam yang mana telah disenaraihitamkan oleh geng anak toyol tetapi sekarang pihak pengurusan masjid bebas memilih imam terbaik untuk kebaikan qariah khususnya.

Saya ada juga menunaikan solat jumaat disekitar Shah Alam yang mana pengurusan disana menggunakan sistem imam jemputan setiap kali solat jumaat. Saya lihat keberkesanannya amat ketara dimana rata-rata jemaah memberi perhatian terhadap khatib ketika berkhutbah. Ini kerana imam yang dijemput memang mempunyai keupayaan untuk berkhutbah dan penyampaian mereka amat menarik sekali. Apa salahnya jika kita mengikuti sistem ini jika di BTP tidak mempunyai imam yang berkebolehan untuk memberi khutbah yang baik.

Saya juga ada membaca buku tentang saranan memberi khutbah yang baik, antaranya;

a) Khutbah ringkas dan padat. Didalam sabda Nabi s.a.w:
'Sesungguhnya panjang solat dan pendeknya khutbah adalah tanda kefaqihan seseorang.Maka perpanjangkanlah solat dan ringkaskanlah khutbah.'
(Riwayat Muslim)

b) Khatib hendaklah berkhutbah bukan membaca khutbah.

c) Isi khutbah hendaklah sesuai dengan masyarakat setempat. Jika topik yang dibincangkan tidak berapa berkaitan maka jemaah akan kurang memberi tumpuan.

d) Gunakan alat bantu seperti 'projetor'.

Semoga komentar ini dapat dijadikan renungan semua demi menjana masyarakat madani di Bandar Tasik Puteri.

Read more...

Wednesday, March 18, 2009

Ceramah Isu Semasa


MTD Pemuda Kuang akan menganjurkan satu siri penerangan/ceramah seperti berikut;

Tarikh : 24hb Mac 2009
Hari : Selasa
Waktu : 9 malam
Tempat : Dewan Merdeka Bt 20 Kuang




Penceramah :
Ustaz Ahmad Awang (Pesuruhjaya PAS Perak)
YB Ustaz Wahid Endut (Ahli Parlimen K. Terengganu)
YB Gobalakrishnan (Ahli Parlimen Bagan Serai)
YB Dr. Zulkifli (Ahli Parlimen K. Selangor)
YB Tian Chua (Ahli Parlimen Batu)

Semua orang ramai dijemput hadir untuk mendengar penjelasan terkini tanpa sekatan. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan saudara Asri di talian 017-6683803

Read more...

Mesyuarat Agong PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri


BTP 14hb Mac 2009: PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri akan mengadakan mesyuarat agongnya seperti berikut;

Tarikh : 28hb Mac 2009
Hari : Sabtu
Tempat : No 2 Jalan 7/8 (Tadika Insaniah)
Waktu : 8.30 pagi

Semua ahli PAS dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis.
PAS untuk semua.

Read more...

Monday, March 16, 2009

CERAMAH UMUM OLEH USTAZ TAIB AZZAMUDDIN


PERUBAHAN JADUAL

Satu majlis ceramah akan diadakan di Masjid Bandar Tasik Puteri seperti berikut;
Tarikh : 26hb Mac 2009
Hari: : Khamis
Waktu : Selepas solat maghrib
Penceramah : YB Ustaz Taib Azzamuddin (Ahli Parlimen Baling)

Semua muslimin & muslimat dijemput hadir beramai-ramai bagi menyerikan lagi majlis ilmu ini.

Read more...

Rombongan ke Bukit Gantang sempena hari penamaan calon



PAS cawangan Bandar Tasik Puteri akan menyediakan sebuah bas untuk ke Bukit Gantang bagi memberi sokongan kepada calon PAS pada hari penamaan calon 29hb Mac 2009. Jadual rombongan adalah seperti berikut;

Tarikh : 28hb Mac 2009
Hari : Sabtu
Waktu : 11 malam
Tempat Berkumpul : Lapangan Tempat Menunggu Bas Sek Keb Bandar Tasik Puteri
Bayaran : RM40/orang

Penyertaan terhad kepada 44 orang sahaja (sebuah bas). Sesiapa yang berminat diminta menghubungi saudara Mazlan Moin secepat mungkin di talian 013-3919669/013-3979127. Penyertaan terbuka kepada semua cawangan di Bandar tasik Puteri. Tempat berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat, juga dimaklumkan kepada yang tidak berkesempatan untuk menyumbang tenaga anda dihari penamaan calon nanti bolehlah menyumbang didalam bentuk kewangan bagi membantu peserta yang akan kesana dan juga kos peralatan seperti bendera dan sebagainya. Boleh berhubung terus kepada saudara Nazri ditalian 012-2118993 untuk menyumbang.

Read more...

Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Bandar Tasik Puteri


BTP, 15 Mac 2009 - Telah berlangsung program ceramah maulidur rasul anjuran pejabat Parlimen Selayang (YB William Leong). Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Badrul Amin selepas solat maghrib. Sambutan menggalakkan dari jemaah di sekitar Bandar Tasik Puteri amat dihargai. Lebih kurang 500 muslimin muslimat memenuhi ruang masjid bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh ustaz yang sudah tidak asing lagi.

Ustaz Dr Badrul Amin telah megupas secara mendalam tentang penghayatan yang sebenar tentang peranan masyarakat didalam mengikuti akhlak rasulullah di dalam setiap segi kehidupan bukan sekadar berarak membawa sepanduk setahun sekali. Akhlak merupakan perkara terpenting didalam menangani masalah kehidupan manusia hari ini termasuklah krisis yang hebat melanda seperti krisi sosial, ekonomi dan politik. Ini adalah akibat umat islam meninggalkan akhlak yang telah diajar rasulullah. Dengan berakhlak sepertimana akhlak rasulullah manusia akan mendapat rahmat ALLAH di dunia ini dan akhirat khasnya. Bahkan bukan manusia sahaja yang mendapat rahmat dan kebaikan tetapi haiwan, tumbuh-tumbuhan akan mendapat rahmat yang sama. Orang islam digesa agar mendalami al-quran bukan sekadar membacanya sahaja bahkan beriman dengan segala isinya, tidak mengambil sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. meninggalkan segala larangan ALLAH dan melakukan segala suruhanNYA.

Turut diulas perkara yang menjadi pertikaian umat islam yang masih keliru pada hari ini seperti mana masalah hukum orang bukan islam memberi salam kepada orang islam, adakah wajib menjawabnya? Bahkan diulas di dalam al-quran supaya membalas penghormatan manusia dengan penghormatan yang sama atau lebih baik. Dengan kata lain kita sebagai umat islam dibenarkan menjawab salam orang bukan islam dengan harapan mendoakan beliau agar mendapat hidayah dari ALLAH.Tentang perjuangan melayu yang tidak berkesudahan selagi mana islam tidak dijadiakn sandaran didalam perjuangan. Tujuan pelbagai bangsa dijadikan ALLAH adalah supaya kita saling mengenali dan bersatu diatas landasan islam bukan untuk dijadikan bangsa sebagai landasan perjuangan.

Sedikit ulasan kemelut yang berlaku di Perak yang berpunca dari tindakan rakyat yang sudah hilang pertimbangan akibat dari kerakusan dan ketamakan yang dilakukan oleh pemimpin negara hari ini.

Jemaah juga dapat membawa balik cenderamata yang turut dibawa oleh rombongan ustaz seperti buku-buku agama, vcd, wanginan kasturi, air zam-zam dan alin-lain sebagai sumbangan jemaah dengan membeli sambil menderma. Majlis berakhir sekitar 9.45 malamdengan sedikit jamuan.

Read more...

Mesyuarat Agong PAS Bersama Dr Mujahid Yusof Rawa





Green Valley Park, 14hb Mac 2009 - Bertempat di PASTI Abqary Kids 1 Blok 28 telah diadakan perasmian mesyuarat agong serentak 4 cawangan PAS di Bandar Tasik Puteri iaitu Cawangan Bandar Tasik Puteri, Cawangan Lembah Hijau, Cawangan Lembah Hijau 29 dan Cawangan Park Avenue. Mesyuarat dimulai pada pukul 9 .30 pagi dimulai dengan tazkirah dari Ustaz Zakaria selaku wakil Majlis Ulama Wilayah Persekutuan supaya lebih menitikberatkan kepada program kefahaman jemaah tentang konsep perjuangan melalui siri-siri usrah yang mana kurang dititikberatkan oleh cawangan di Bandar Tasik Puteri. Perasmi YB Ustaz Mujahid Yusof Rawa yang tiba lebih kurang pukul 10.30 pagi merasmikan mesyuarat beserta nasihat kepada pejuang PAS di Bandar Tasik Puteri agar lebih bersedia dengan idea yang baru jika idea sedia ada tidak dapat menggerakkan jentera parti. Ini bagi memastikan agar PAS mendapat tempat dihati masyarakat kerana ideologi PAS bukan atas sebab pengundi tidak suka BN.
Pihak Jawatankuasa PAS Bandar Tasik Puteri mesti melihat kepada beberapa kelemahan ketara ketika penganjuran perasmian mesyuarat agong kali ini walaupun pahit tetapi itulah hakikatnya. Jika ingin melihat PAS dapat bertapak di Bandar Tasik Puteri dan dihati masyarakat disini pihak penyelaras harus melihat komen ini sebagai satu landasan untuk berubah seiring dengan kehendak kepimpinan pusat bukan sekadar hanya manis berkata-kata di dalam mesyuarat sahaja. Hanya melontarkan idea tetapi tepu di peringkat implementasi. Antaranya;
a) Penganjuran kali ini sebagai tidak ada perancangan yang khusus sedangkan ini satu program besar. Mesyurat penyelaras tidak mendapat sambutan dari wakil cawangan, bak kata hanya melepaskan batuk ditangga. Lebih baik lain kali buat perasmian ikut cawangan masing-masing sebab tiada komitmen yang tinggi dari setiap cawangan.
b) Koordinasi pihak penyelaras tidak berjalan seperti mana yang diwar-warkan sebelum ini. Pihak AJK penyelaras tidak berkomitmen tinggi terhadap kepentingan parti. Masing-masing tidak begitu faham dengan tugas yang patut dilakukan dan menyebabkan majlis hambar seolah-olah tidak ada majlis perasmian. Alasan sibuk telah menjadi alasan yang konkrit pada kali ini.
c) Promosi tentang majlis perasmian tidak ada langsung menyebabkan kehadiran ahli amat-amat mendukacitakan. Timbul perasaan malu di benak hati melihatkan perasmi yang sanggup datang jauh semata-mata majlis mesyuarat agong yang mana bila sampai seolah-olah hanya menghadiri majlis tahlil arwah sahaja.
d) Sikap ahli parti yang berjuang didalam PAS hanya mengisi masa lapang membuatkan kepentingan parti tidak dapat diutamakan. Jika ada masa baru nampak muka membuatkan setiap mesyuarat menjadi hambar dan tidak bersemangat. Perlu diingat ini adalah perjuangan untuk menegakkan agama ALLAH bukan sekadar mengisi masa lapang seperti bersukan.
Diminta semua pejuang parti yang sejati yang betul-betul komited agar mengambil pendirian tentang komen diatas agar PAS dapat dimartabatkan di Bandar Tasik Puteri khususnya dan Malaysia amnya.
PAS UNTUK SEMUA

Read more...

Saturday, March 14, 2009

TUGU PERINGATAN DIPECAHKAN.

14 Mac, Ipoh - Tugu Peringatan sempena memperingati sidang Dewan Undangan Negeri yg diadakan dibawah Pokok Keamanan telah dipecahkan. Perbuatan biadap dan bacul yang dilakukan oleh pihak tertentu ini, jelas sekali mempunya sikap hasat dengki dan tidak bertamadun.

Semasa berkunjung di tempat kejadian, Saya berkesempatan berbual dengan seorang pengunjung yg enggan namanya di siarkan berkata, terdapat sekeping surat yang dikeluarkan oleh pihak MBI dan diletakkan diatas tugu tersebut. Bagaimanapun isi surat tersebut tidak didedahkan.

Saya akan cuba dapatkan isi kandungan surat tersebut beserta gambar untuk tatapan rakan blog. Insyaalah...

Maklumat terbaru mengatakan yg tugu tersebut bukan sahaja dipecahkan malahan telah disimbah cat hitam. ( Gambar akan disertakan secepat mungkin )
- Laporan lanjut menyusul

Read more...

Tuesday, March 10, 2009

PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT. BANTAH PPSMI

Orang ramai mulai berhimpun sejak sebelum solat zohor di 3 destinasi yang telah diwar-warkan dan orang ramai semakin bertambah selepas solat zohor. Akhirnya puluhan ribuan rakyat menyatakan bantahan terhadap PPSMI. Memorandum dapat diserahkan kepada wakil istana. Namun profesionalisme pihak polis sekali lagi tercalar ekoran tindakan mereka cuba menyuraikan peserta perhimpunan dengan menyebur gas pemedih mata dan menyembur air. Ramai peserta yang terdiri dari kanak-kanak dan wanita turut terkena gas pemedih mata. Perhimpunan disertai juga oleh beberapa ahli parlimen seperti Md Sabu, Dr Hatta Ramli, Dato' Kamaruddin Jaafar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan ramai lagi. Juga tidak ketinggalan sasterawan negara A. Samad Said yang juga terkena gas pemedih mata. Peserta telah berpecah kepada beberapa kumpulan kerana telah dihalang oleh pihak polis dari memasuki jalan menuju ke istana. Setelah tidak dapat berkumpul diistana peserta telah bergerak kembali ke masjid negara yang mana sekali lagi polis cuba memprovokasi dengan mengepung peserta yang bergerak ke dalam kawasan masjid negara dan berlaku sedikit kekecohan akibat tidak puashati dari segelintir peserta yang membuat suara anjing menyalak kepada pihak polis FRU sebagai simbolik polis telah dijadikan anjing suruhan parti dayus UMNO. Dan pihak polis mula menembak gas dan menyembur air kearah peserta yang berada di dalam kawasan masjid untuk kali kedua. Berikut adalah tentetan gambar yang dapat diambil semasa kejadian di masjid negara. Peserta berkumpul di masjid negara sehingga waktu asar. Setelah solat asar berjemaah di masjid negara diakhiri dengan laungan takbir dan doa peserta mulai bersurai.












































Read more...

Thursday, March 5, 2009

MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN BANDAR TASIK PUTERI DAN PERASMIAN MESYUARAT AGONG BERSAMA 4 CAWANGAN.

Perasmi : DR. MUJAHID YUSOF RAWA

(Ahli Parlimen Parit Buntar)

Tarikh : 14hb Mac 2009

Hari : Sabtu

Masa : 9.00 pagi

Tempat : PASTI Abqary Kids 1, Green Valley Park (Blok 28)

Semua penduduk Bandar Tasik Puteri dijemput hadir. Jamuan makan tengahari disediakan (menu utama kambing)

Read more...

Wednesday, March 4, 2009

Himpunan 100 ribu membantah PPSMI



Tempat : Hadapan Istana

Tarikh : 7hb Mac 2009

Hari : Sabtu

Waktu : 2.00 ptg

Tempat berkumpul : Masjid Negara, Dataran Merdeka

Tema : Baju putih sebagai lambang pembersihan

Semua dijemput datang beramai-ramai bersama keluarga dan digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti komuter.Menjamin anak-anak kita tidak menjadi mangsa pemimpin yang membuat keputusan tanpa memikirkan akibatnya. Kerana apa yang digembar-gemburkan tentang peningkatan keputusan peperiksaan hanyalah pembohongan dari Kementerian Pendidikan dimana mata pelajaran matematik dan sains telah diturunkan skala pemarkahan agar dapat meningkat jumlah pelajar lulus. Kita lihat sendiri keputusan yang dikeluarkan PIBG SKBTP dan SMKBTP di Bandar Tasik Puteri yang menunjukkan penurunan peratusan yang ketara setelah penggunaan bahasa inggeris didalam pembelajaran matematik dan sains bahkan subjek bahasa inggeris sendiri mengalami penurunan ketara. Maknanya apa yang diwar-warkan untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris secara kaedah ini tidak berjaya malah telah memburukkan lagi keadaan. Kita lihat sendiri sesuatu negara itu bukannya maju kerana penggunaan bahasa inggeris didalam pembelajaran matematik dan sains didalam bahasa inggeris tetapi kerana faktor-faktor yang lain seperti kita lihat di Jepun, China dan sebagainya. Bersama memartabatkan bahasa Malaysia.

Read more...

KISAH NEGERI PASIR DUA "BUTE".

Maka kisah raja kehilangan puteri di negeri Pasir 2 Butir bersidang dibawah sepohon pokok bersama menteri Pasola mengenang nasib negeri dan rakyat jelata yang lari ke bukit-bukau menyelamatkan diri dari angkara Jason King yang kebal dari segala senjata. Hari ini peristiwa itu berulang tetapi kali ini semua adun-adun benar-benar bersidang di bawah pokok akibat kekebalan Jason King (Najis) yang menggunakan semua jentera kerajaan walaupun secara terang telah melanggar perlembagaan. Ini kerana akibat kehebatan ilmu kebal beliau. Si Nizar sedang mencari rahsia kekebalan si Jason King ini dan beliau sudah hampir menemuinya melalui teropong ajaib. Dari segi perlembagaan, sidang tersebut adalah sah dan Nizar telah pun memohon mengadap sultan Perak untuk mempersembahkan keputusan sidang DUN tersebut yang antara lain mengusulkan pembubaran DUN Perak yang mendapat sokongan 100% Adun yang hadir dari Pakatan Rakyat. Kita akan lihat bagaimana ketua polis Perak akan dihadapkan ke mahkamah akibat menghalang sidang tersebut. Apakah akan berlaku nanti, sama-sama kita lihat. Apa yang nak disimpulkan di sini adalah betapa rakusnya kerajaan BN menggunakan jentera kerajaan untuk mengekalkan kuasa. Pertembungan antara kuasa rakyat dan kuasa pemerintah akan ditentukan siapa pemenangnya nanti. Polis, SPRM, SPR, penjawat awam diperkudakan sewenang-wenangnya oleh si Najis haram jadah. Kita sebagai rakyat Malaysia bersedia untuk menunjukkan jalan keluar kepada BN serta mentalkinkannya sekaligus. Sehebat-hebat perancangan musuh ALLAH (orang munafik) hebat lagi perancangan ALLAH, sesungghnya ALLAHlah yang maha merancang. Hancurkanlah rancangan jahat simunafik ini ya ALLAH. Amin. ALLAHUAKBAR.

Read more...

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP