Friday, November 26, 2010

Islamic Fashion Festival (IFF)

Islamic Fashion Festival yang berlangsung di Monaco pada bulan Ogos 2010 sekarang sedang hangat diperkatakan. Sejujurnya, saya memang tak tahu tentang festival berprestij ini kalau bukan sebab FaceBook, hahaha. Ini bukan pertama kali Islamic Fashion Festival diadakan, ia dah bermula sejak 2006, jadi tahun ini kali yang keempat. Pada 2006 ia diadakan di Kuala Lumpur sempena Malaysia International Fashion Week (MIFW).

Kalau dilihat pada jenis2 pakaian yang dipersembahkan dalam Islamic Fashion Festival ni, memang agak mengelirukan sebenarnya. See it by yourself:
Sumber : http://www.emirates247.com

Tak dapat dipastikan di mana Islamiknya fesyen2 di atas. Mungkin sebab perekanya dari negara Islam, atau perekanya adalah orang Islam, atau kain2 yang digunakan adalah dari negara Islam.
Kalau nak baca komen negatif tentang event IFF ni, ada banyak berlambak di internet. Tapi sebenarnya ada sudut ‘POSITIF’ di sebalik kontroversi IFF ni.

1. Pemimpin-pemimpin (isteri?), pereka fesyen, model2, artis2 sekarang adalah berada sama taraf dengan ustaz dan mufti. Silap gaya mereka boleh mengambil jawatan para ustaz dan mufti. Kan bagus tu. Memang ini yang kita nak. Islam all over the country. Lepas ni para ustaz2 ni boleh duduk rileks2 sebab ramai yang boleh buat kerja mereka.

2. Umat Islam sekarang berfikiran terbuka. Memang patut, bukan sekadar pemikiran malah pakaian juga. Sikap close minded perlu dikikis dan umat Islam mesti sama dengan orang2 lain di dunia, dari segi keburukan akhlak dan keruntuhan moral. Barulah adil namanya.

3. Untuk sama taraf dengan orang lain, umat Islam mesti sama dengan mereka. Bak kata pepatah, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Jadi kita kena sama2 buka dada walaupun baju labuh berjela2. Maklumlah, orang Islam mana boleh pakai singkat2.

4. Umat Islam mesti memperbaharui pemikiran. Mesti selaras dengan arus kemodenan. Baru Islam boleh maju. Terbalik pula dengan ciri2 Islam yang sentiasa up-to-date, ini Islam pula yang kena mengikut arus zaman.

5. Malaysia boleh menjadi sebuah negara Islam terulung yang menjadi tempat wujudnya tamadun Islam zaman moden which is lagi moden dari Islam Liberal.

Jika dahulu, Sultan Muhammad Al-Fateh, misalnya, berazam dan berusaha kuat untuk merealisasikan sabda Rasulullah SAW bahawa Konstantinopel bakal dikuasai oleh tentera Islam. Zaman sekarang pun para pemimpin (dan rakyat juga, mungkin kita juga) berazam dan berusaha kuat untuk merealisasikan sabda2 Rasulullah, antaranya:
“Umat Islam akhir zaman umpama buih di lautan”
“Islam pada asalnya asing, dan akan kembali menjadi asing”

Lihatlah semuanya kita memang dah berjaya mengikuti sabda Nabi. Hari ni kalau kata orang Islam, mengaku Islam, tapi cara hidup takde sikit pun macam orang Islam. Lebih teruk, yang terang2 mengaku mahu keluar/sudah keluar dari Islam. Itu bukan salah mereka tapi secara keseluruhannya umat Islam akhir zaman adalah rapuh, umpama buih. Buih tu tak perlu kapal besar datang untuk dia pecah, berlaga sesama sendiri atau ditiup angin pun dah pecah. Kalau duk diam2 pun boleh pecah.
Islam semasa awal kedatangannya, Rasulullah terpaksa berdakwah secara sir (sembunyi2). Betapa asingnya Islam ketika itu, malah Baginda dituduh bermacam2. Pelbagai tentangan datang dari pihak kafir Quraisy. Hari ni? Oh sungguh asing sekali. Sampaikan seorang yang lahirnya Islam dan hidup dalam Islam, eventually berasa pelik dengan anutannya sendiri. Mazhab? Apekebendanya tu? Ahlil Sunnah wal Jamaah? Itu lagi satu tak tau apa benda. Usahkan sebut Syiah, Wahabi segala.. lagilah pening. Kenapa ada 4 mazhab pun keliru.

Apa lagi kalau orang Islam yang langsung tak tahu tentang Islam…
Actually ini bukan masalah mereka, ini adalah masalah ummah, masalah kita. Sayangnya, kita sendiri pun tergolong dalam pasukan buih2 akhir zaman profesional, maka kita pun tak tahu nak buat apa.
SO, nak buat apani?

*maaf kalo terkasar bahasa. cuma berasa sedih bila ada isu sebegini timbul, ramai juhala’ tiba2 menjadi ulama’. (akukah itu?)

Tulisan dipetik dari : http://mysuperkids.net

Read more...

Wednesday, November 24, 2010

Masaalah remaja di BTP

Susah untuk kita puaskan hati semua orang, namun sebagai seorang sahabat yang sayangkan jemaah islam ini, aku sedia menjadi pendengar setia kepada mana mana sahabat atau ahli jemaah yang ingin berkongsikan cerita suka duka mereka samaada di Tasik Puteri atau di tempat kerja atau dimana sahaja.

Aku berharap dengan luahan hati ini, akan dapat menyelesaikan masaalah yang dihadapi mereka atau setidak tidaknya memberi kelegaan minda kepada mereka.

Malam ini aku ingin konsikan satu luahan perasaan oleh salah seorang sahabat kita yang kecewa dengan sikap remaja di BTP.

Dari pemerhatian penulis sendiri, memang agak merisaukan dengan masaalah sosial yang berlaku di BTP dewasa ini. Remaja remaja perempuan dan lelaki bebas bergaul di sekitar medan puteri, Puteri Central Park, Kedai makan dan kawasan kawasan sunyi tampa ada teguran dari pihak masjid atau surau.

Perlakuan sumbang ini seolah olah diredhai perbuatanya oleh pihak masjid atau surau atau ahli agama seperti ustaz uztaz atau cikgu cikgu yang sepatunya menjadi pembimbing remaja ini kejalan yang di redhai Allah.

Memang kita tidak boleh salah kan guru guru atau ustaz ustaz sepenunhnya, ini adalah kerana tanggung jawab mendidik sepatutnya diletakkan dibahu Ibu Bapa remaja itu sendiri. Namun kesibukkan Ibu Bapa ini mencari rezeki diluar dari BTP menyukarkan mereka untuk memantau sepenuhnya aktiviti harian anak anak mereka. Dan saya rasa tidak menjadi kesalahan jika tugas menegur dan menasihat ini di buat oleh para ustaz, guru-guru atau pemimpin setempat.

Sebagai Insan yang berdaulatkan Tuhan yang satu iaitu Allah Subhanahuwataala, sudah semestinya tugas ini menjadi kewajipan setiap antara kita. Sikap saling ingat mengingati harus dijadikan amalan, dan sikap ini harus disuburkan kedalam hati setiap penduduk di BTP ini.

Jika sikap ini dapat di didik, insyaalah, semua perkara akanmenjadi mudah.

Berbalik kepada masaalah tadi.

Pengadu sebelum ini, pernah menasihati remaja-remaja yang bermasaalah ini, namun apa yang mengecewakan beliau adalah, sikap remaja remaja ini yang lansung tidak menghormati orang tua sepertinya.

Jadi cadangan dari pengadu supaya satu jawatankuasa ditubuhkan untuk menanggani masaalah masaalah sosial remaja di BTP ini. Jawatankuasa ini mestilah dianggotai oleh belbagai pihak seperti pihak masjid, surau, rela, persatuan penduduk, dan polis.

Dengan adanya jawatankuasa ini satu surat kuasa boleh dikeluarkan dan proses untuk mencegah maksiat dan gejala sosial ini akan lebih mudah di jalankan.


Akhirnya, pengadu berharap, semua pihak yang terlibat, jujur dalam menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka. Janganlah jadi seperti bangau oh bangau. Hanya tahu mencari salah dan menyalahkan orang lain. Kita sepatutnya bangun, sayangi bangsa kita.

sekian.

End : 2.30am|23112010

Read more...

Monday, November 22, 2010

Zaid yang bacul!

Satu perubahan yang lebih konkrik dan telus wajib dilakukan oleh Dato Seri Anuar Ibrahim jika beliau ingin merealisasikan impian PR untuk ke putrajaya. Jika tidak impian itu hanya akan menjadi satu impian sahaja.

Walaubagaimanapun aku sangat yakin yang DSAI pasti akan belajar dari apa yang telah menimpa PKR sekarang ini, terutama sekali kes yang melibatkan Zaid yang begitu menjadi barah dalam parti PKR sekarang ini.

Kes Zaid ini di pergunakan secukup cukupnya untuk menghentam kredibiliti DSAI dan pemimpin pemimpin PR yang lain. Ini akan memperlihatkan yang DSAI seorang yang tidak layak untuk menerajui Malaysia. Dalam masa yang sama, Najib di angkat menjadi Hero yang mulia di mata dunia.

Jika diamati, kes melibatkan Zaid ini bukanlah satu isu besar, aku berharap sangat yang penyokong2 PR di peringkat akar umbi tidak akan termakan asutan media UMNO yang hanya mempunyai satu matlamat sahaja iaitu menjahanamkan PR.

Kes Zaid ini hanyalah kes kekecewaan seorang insan yang mempunyai nama dan berjiwa besar untuk menjadi pemimpim dengan cara mudah. Zaid yang tamak ini tidak pernah bersyukur dengan jawatan yang diberikan kepadanya. Dia juga tidak sabar...."bagaimana menjadi seorang pemimpin jika tidak Sabar."

Walaupun Zaid bersabar kerana ditolak oleh rakyat pada pilihanraya kecil DUN Hulu Selangor yang lalu, tetapi Zaid bercita cita tinggi, bukan kerusi parlimen yang dihajatinya, tetapi jawatan yang lebih tinggi....lebih dihormati....di dalam PKR.

Namun, jika sabar yang ada dalam diri kita hanyalah topeng untuk menutup sikap sebenar, Allah pasti akan mempamerkan sikapnya juga....cuma lambat atau cepat sahaja.

Akhirnya Zaid melatah juga, apabila Penyokong PKR sendiri yang menolaknya pada pemilihan pucuk pimpinan tertinggi PKR yang sedang berlansung. Zaid mula mencipta retorik politik kotornya untuk menutup kelemahan nya yang di tolak oleh akar umbi dalam PKR itu sendiri. "sebelum aku di sahkan kalah, baik aku cabot" mungkin itulah ayatnya.

Jika benarlah Zaid ingin berjuang untuk politik yang bersih dan telus, kenapa beliau tidak mengkritik PKR semasa beliau di dalam PKR, bukannya bila dah keluar baru nak kritik. Sebagai seorang pengamal undang2, Zaid sepatutnya tidak takut untuk berlawan hujah.

Namun dari apa yang kita lihat di TV. Zaid hanya membaca petikan ( mugkin surat yang sama dibaca oleh ahli2 parlimen PKR yang keluar sebelum ini) dari surat yang telah ditulis oleh seseorang (mungkin). Zaid juga seakan akan hanya berani berdebat dengan menggunakan media milik/kawalan UMNO sahaja. Ini sangat Bacul!

Sudahlah Zaid, Lakonan anda tidak akan berjaya...

Allah sentiasa bersama orang yang benar....

Amin.

end: 1:19am221110m

Read more...

Monday, November 15, 2010

Media kena halau.

Kebebasan media di malaysia ligat dibicarakan sekarang ni, ini semua gara gara kerajaan negeri Kedah yang tak membenarkan beberapa pemberita kerajaan mengikuti sidang belanjawan di kedah hari ini.

Banyaklah komen komen dari ahli dewan undangan dari umno yang mula berbicara pasal hak wartawan, yang aku muak nak dengar tu ada wartawan yang kununnya datang dari jauh untuk mengikuti sidang dun tersebut tetapi dihalau. "Kami sedih, sudah lama kami jadi wartawan, ini kali pertama kali di halau." Banyaklah lagi luahan hati wartawan penjilat umno ini bermain lidah.

Aku bukanlah wartawan, aku tak tahupun macam mana kerja wartawan ni, nak menulis, lagilah, menaip retilah. Tetapi aku pelik dengan wartawan sekarang ni, orang tak bagi tulis, galak gatai nak tulis. Bila orang suruh tulis,korang tak tulis, dari jauh ja korang tulis, korang asyik dok dengar dari belah umno BN ja.

Memang patut dan tepat pun korang ni dihalau. Buat kerja tak betul, korang tak takut kepada Allah ker? solat tak penah tinggal, tapi bila bab menulis, menipu. Korang tau tak,duit yang korang makan, bagi anak makan, hasil dari penipuan, hasil dari tulisan yang menjatuhkan orang, korang rasa la di akhirat nanti. Berdosa beb! DOSA,korang tak takut dengan Allah ker? Bertaubatlah!!!

Menurut laporan harakah, sultan kedah juga murka dengan orang yang menuduh kerajaan negeri tidak bertanggung jawab kepada mangsa banjir. Malahan sultan kedah merasa sangat bangga dengan kerajaan negeri yang bijak mengatasi masaalah ini.

So, apa yang korang tak puas hati lagi, udahlah wartawan dan penulis yang suka menjilat.... anda tak akan selamat selama lamanya...fikir fikirkan...insyaalah...


Akir kata,jomkita semarakkan pas BTP, seperti setahun dua yang lalu. Insyaalah...

Amin.


end : 1.24am,15 november 2010.

Read more...

Saturday, November 13, 2010

Sultan Selangor batal hadiri majlis jamuan

Alhamdulillah, seperti yang aku janji sebelum ini, Aku akan cuba aktifkan balik blog ni, aku akan tulis ikut apa aku rasa sesuai. Tulisan aku bukanlah mewakili minda atau kata kata dari pemuda pas cawangan btp, tapi ianya 100% dari minda aku dan pemerhatian aku. so berlapang dada, kalau boleh terima terima kalau rasa ianya keterlaluan, aku minta maaf. ini memang 100% datang dari pandangan aku semata mata. Walaubagaimanapun, aku akan cuba untuk dapatkan tulisan dari pengerusi pas cawangan dalam masa beberapa hari atau minggu lagi, bergantung kepada kesenangan beliau. Insyaalah. Aku janji.

Okeh, yang kat atas tu, intro dan pengakuan dari aku, supaya apa yang aku tulis, tidak disalah ertikan. Aku tak suka cara politik yang berputar belit, aku hanaya berpolitik di bumi nyata.Mungkin cara politik aku tak disukai sesetengan orang yang lebih sukakan cara politik yang bijak atau smart. Bagi aku kalau nak smart, smartlah, tapi tak perlulah nak jahanamkan orang lain, nabi tak ajar politik cara itu. So, kalau sesiapa yang tak boleh terima, silakan....

Malam ni aku just nak bagi komen aku berkenaan Sultan selangor yang membatalkan rancangannya ke majlis jamuan sempena 40 tahun penubuhan yayasan selangor.

Aku terkejut juga, "ya benar, adakah aku bermimpi." walaubagaimanapun, kita dalam jemaah diajar berfikiran atau berprasangka baik. Jangan sesekali berprasangka buruk kerana kita tak tahu hati budinya. Yang boleh menilai hati budi seseorang hanyalah Allah,pencipta sekelian alam.

Ampun tuanku beribu ribu ampun. Tulisan patik, harap diampun.

Patik sebagai rakyat dibawah teraju pemerintahan tuanku, amat merasa bangga dengan tindakan tuanku untuk membatalkan keberangkatan tuanku ke majlis tersebut atas alasan pembaziran. ianya satu perbuatan bijak yang patut dicontohi oleh semua pemimpin pemimpin negeri.

Patik berharap tuanku akan menjadikan peristiwa ini sebagai satu titik tolak dimasa hadapan supaya menjadi nasihat kepada semua pemimpin kerajaan baik kerajaan BN atau PR supaya berbelanja dengan lebih berhemah.

Tuanku, kami rakyat jelata dibawah jajahan tuanku berharap, kenyataan atau alasan tuanku ini tidaklah menjadi satu alasan kepartian sebelah pihak. Tidaklah ia nanti akan dilihat dan dipandang oleh sesetengan pihak sebagai satu alasan untuk menjatuhkan seseorang atau sesebuah parti.

Kami sangat berharap, ianya adalah 100% datang dari tuanku dan bukannya dari mulut mulut busuk yang hanya tahu berkata kata, tetapi diri sediri tak tergaja.

Semoga tuanku akan lebih aktif dalam memberi teguran-teguran positif kepada pemerintah kerajaan negeri atau persekutuan dalam memantapkan lagi agama islam dan sistem pemerintahan islam di negara ini.

Semogo Allah sentiasa melindungi tuanku, Sultan Selangor.

Amin. Ra rabul ya alamin.

Wassalam.

end.
1237 am13112010

Read more...

Thursday, November 11, 2010

Blog Pas BTP akan kembali aktif.

Assalamualaikum. Rasanya dah lama sangat blog ni tak update.Masing masing sibuk dengan tugasan dunia disamping memperbanyakkan amalan kepada Allah dalam erti, mencari redhanya.

Setelah lebih setahun blog ni terbiar, hari ni aku terpanggil untuk meng"update" blog ni semula. Lagipun aku yakin sangat pilihanraya umum ke13 dah tak lama. So, kena kejutkan jemaah jemaah yang dah "tido tu", terutama sekali yang atas pagar. Kalau tidak, surely umno akan masuk jarum.

Insyaalah, dengan masa yang terbatas ini, aku akan re-design blog ni supaya lebih sempoi dan laju. Aku juga akan "update content blog" sekurang kurangnya 3 kali seminggu. Minta semua ahli terutama di bandar tasik puteri dan green valey park untuk menyumbangkan maklumat atau info ke [aduan.pasbtp@gmail.com].

Untuk kemunculan semula kali ini, aku akan timbulkan sedikit kelainan dimana tulisan tulisan di dalamnya akan aku tulis sendiri atau daripada penulis tamu atau aku copy and paste dari blog blog tertentu dengan sedikit ulasan.

Jika sesiapa ingin menjadi penulis tamu sila emailkan permohonan anda ke [aduan.pasbtp@gmail.com] untuk tujuan pengesahan dan anda akan di "add" sebagai penulis tamu.

Setakat ini sahaja untuk kata kata pembukaan dari aku untuk kali ini. " kata kata pembukaan. Kalau tulis panjang panjang pun, orang bukan nak baca pun. maklum la, dah setahun tak update. heheh

Okeh, jumpa lagi...

Wassalam...

Read more...

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP