Tuesday, May 27, 2008

PAS Tasik Puteri anjur hari keluarga

OAK, 27 Mei: PAS Bandar Tasik Puteri akan mengadakan perhimpunan Hari Keluarganya yang pertama 14 Jun ini, kata Setiausaha cawangan itu, Nazri Abu Kassim.

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat bersama antara wakil AJK Cawangan dengan AJK Dewan Muslimat Cawangan di Jalan 7/8, 23 Mei lepas.

Menurut Nazri, perhimpunan yang pertama kali bakal diadakan itu bertujuan untuk menghimpun semua keluarga PAS di Bandar Tasik Puteri dalam satu program bersama.

Ia akan diadakan di Puteri Central Park mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

"Ini adalah majlis santai antara ahli dengan keluarga masing-masing. Kami harap ia akan menjadi landasan untuk kenal mengenal antara satu sama lain," kata beliau kepada PASBTP.

Sehubungan dengan itu, semua ahli PAS di Bandar Tasik Puteri dan keluarga masing-masing dijemput ke program santai ini.

3 comments:

al kerrango May 28, 2008 at 9:45 AM  

JIka tiada aral melintang, insyaallah aku & keluarga akan datang.
Minta izin PasBtp utk aku sebarkan maklumat ini ke www.keadilanbtp.blogspot.com

Ketua Pemuda PASBTP May 28, 2008 at 11:52 PM  

AJK pemudapada mesyuaratlepas jugaada mencadangkanhari suaikenal ajkpada 12hb jun.Nampaknyalebihbaik sekalikan untuk meriahkan lagi program.Mintak komen ketua/timbalan ketua cawangan.

zulsulung May 30, 2008 at 1:05 PM  

Ok setuju. Kita gabungkan ke 14 Jun.
Ketua cawangan

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP