Tuesday, September 23, 2008

Kira-kira 200 sertai majlis buka puasa PAS BTP


MEDAN PUTERI, 23 Sept: Kira-kira 200 ahli PAS serta keluarga masing-masing di samping ahli kariah surau As Siddiqin menyertai majlis berbuka puasa anjuran PAS cawangan Bandar Tasik Puteri Sabtu 20 September lepas.

Di samping itu, kira-kira 50 jamaah mengadakan tahlil untuk Almarhum Presiden PAS, Datuk Fadzil Mohd Noor yang bermula jam 6.45 petang.

Majlis itu dipimpin sendiri oleh pengerusi yang juga imam surau itu, Ustaz Junid Talip.

Bermula jam 10 pagi lagi, majlis gotong royong menyiang dan memasak dua ekor kambing dan 10 ekor ayam telah bermula dengan diketuai oleh ketua chef, Abang Isa.

"Majlis ini dapat merapatkan silaturahim di kalangan ahli dan keluarga di samping dapat mengeratkan hubungan di kalangan jamaah," kata Setiausaha Cawangan, Nazeri Kassim.

Seorang ahli kariah pula menyifatkan majlis berbuka puasa anjuran PAS Cawangan ini adalah paling ramai disertai sepanjang bulan puasa ini di surau itu.

1 comments:

AaM September 27, 2008 at 10:39 PM  

Assalamualaikum.

Tahniah diucapkan kpd tuan2 d PAS caw BTP. Sbg bekas penghuni BTP Balsa, saya menumpang gembiralah dgn adanya aktiviti2 sebegini & memiliki blognya sendiri. InsyaAllah, didoakan semoga shbt2 semua dpt terus beristiqamah di jalan ini. Tak lupa, salam aidil fitri, maaf zahir batin utk shbt2 yg mengenali saya. Takbir! - AaM@Bangi

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP