Monday, November 22, 2010

Zaid yang bacul!

Satu perubahan yang lebih konkrik dan telus wajib dilakukan oleh Dato Seri Anuar Ibrahim jika beliau ingin merealisasikan impian PR untuk ke putrajaya. Jika tidak impian itu hanya akan menjadi satu impian sahaja.

Walaubagaimanapun aku sangat yakin yang DSAI pasti akan belajar dari apa yang telah menimpa PKR sekarang ini, terutama sekali kes yang melibatkan Zaid yang begitu menjadi barah dalam parti PKR sekarang ini.

Kes Zaid ini di pergunakan secukup cukupnya untuk menghentam kredibiliti DSAI dan pemimpin pemimpin PR yang lain. Ini akan memperlihatkan yang DSAI seorang yang tidak layak untuk menerajui Malaysia. Dalam masa yang sama, Najib di angkat menjadi Hero yang mulia di mata dunia.

Jika diamati, kes melibatkan Zaid ini bukanlah satu isu besar, aku berharap sangat yang penyokong2 PR di peringkat akar umbi tidak akan termakan asutan media UMNO yang hanya mempunyai satu matlamat sahaja iaitu menjahanamkan PR.

Kes Zaid ini hanyalah kes kekecewaan seorang insan yang mempunyai nama dan berjiwa besar untuk menjadi pemimpim dengan cara mudah. Zaid yang tamak ini tidak pernah bersyukur dengan jawatan yang diberikan kepadanya. Dia juga tidak sabar...."bagaimana menjadi seorang pemimpin jika tidak Sabar."

Walaupun Zaid bersabar kerana ditolak oleh rakyat pada pilihanraya kecil DUN Hulu Selangor yang lalu, tetapi Zaid bercita cita tinggi, bukan kerusi parlimen yang dihajatinya, tetapi jawatan yang lebih tinggi....lebih dihormati....di dalam PKR.

Namun, jika sabar yang ada dalam diri kita hanyalah topeng untuk menutup sikap sebenar, Allah pasti akan mempamerkan sikapnya juga....cuma lambat atau cepat sahaja.

Akhirnya Zaid melatah juga, apabila Penyokong PKR sendiri yang menolaknya pada pemilihan pucuk pimpinan tertinggi PKR yang sedang berlansung. Zaid mula mencipta retorik politik kotornya untuk menutup kelemahan nya yang di tolak oleh akar umbi dalam PKR itu sendiri. "sebelum aku di sahkan kalah, baik aku cabot" mungkin itulah ayatnya.

Jika benarlah Zaid ingin berjuang untuk politik yang bersih dan telus, kenapa beliau tidak mengkritik PKR semasa beliau di dalam PKR, bukannya bila dah keluar baru nak kritik. Sebagai seorang pengamal undang2, Zaid sepatutnya tidak takut untuk berlawan hujah.

Namun dari apa yang kita lihat di TV. Zaid hanya membaca petikan ( mugkin surat yang sama dibaca oleh ahli2 parlimen PKR yang keluar sebelum ini) dari surat yang telah ditulis oleh seseorang (mungkin). Zaid juga seakan akan hanya berani berdebat dengan menggunakan media milik/kawalan UMNO sahaja. Ini sangat Bacul!

Sudahlah Zaid, Lakonan anda tidak akan berjaya...

Allah sentiasa bersama orang yang benar....

Amin.

end: 1:19am221110m

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP