Thursday, July 2, 2009

Hari Keluarga PAS BTP 2009

IMG_4588 by blog.pasbtpIMG_4615 by blog.pasbtp

IMG_4657 by blog.pasbtpIMG_4667 by blog.pasbtp

IMG_4675 by blog.pasbtpIMG_4760 by blog.pasbtp

Pada hari ahad yang lepas telah berlangsung Hari keluarga PAS Cawangan BTP di Puteri Central Park. Acara yang bermula sekitar jam 8 pagi itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk sekitar.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan Selayang iaitu Hj Moamad. Juga kelihatan wakil pemuda Selayang dan juga AJK PAS Kawasan turut memeriahkan lagi majlis. Pelbagai juadah telah disumbangkan ole AJK PAS Cawangan dan juga dari beberapa individu yang lain. Turut diserikan acara bbq kambing, ayam dan ikan keli.

Program yang pada asalnya hanya program kecil sahaja telah bertukar kepada satu majlis yang sungguh gemilang. Program juga menyediakan acara sukaneka untuk kanak-kanak pelbagai peringkat umur, tidak lupa acara ibubapa dan juga acara selingan membaling papan dart yang disertai sendiri ole YDP Kawasan dan barisan AJK yang lain.

Program pada kali ini telah menjadi satu acara yang akan dimasukkan didalam kalender PAS Cawangan sebagai satu acara tahunan. Program berakhir sekitar jam 12 tengahari.

Untuk melihat pelbagai aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut bolehlah klik di photo album.

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP