Lembu bagi kat rakyat bising, mentekedarah duit rakyat o.k..itulah pemimpin UMNO
Lengkap dengan air terjun bertingkat. Macam Niagara Falls pulak!
Berapa buah rumah PPRT boleh dibina dengan kos RM 24 juta?
Mahligai berkonsepkan Jawa sepenuhnya...
Pintu masuk rumah Khir Toyo.
Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Muhd. Khir Toyo menunjukkan kekayaan luar biasanya apabila memiliki sebuah banglo umpama mahligai bernilai RM 24 juta di seksyen 7 Shah Alam.
Banglo tersebut yang terletak di Jalan Suasa, Seksyen 7 dekat sini dibina diatas dua lot tanah yang dicantumkan dan kedua-dua tanah ini berjumlah RM4 juta dengan keluasan 52,041 kaki persegi.Tanah pertama yang bernombor HSD 22904 di lot PT 62, Seksyen 7 dengan keluasan 31,794 kaki persegi berharga sebanyak RM2.9 juta iaitu RM93 ringgit untuk satu kaki persegi yang dibeli dari sebuah syarikat Ditamas Sdn. Bhd.Syarikat tersebut dimiliki oleh Shamsuddin Hayroni yang merupakan sahabat baik kepada Mantan Menteri Besar Selangor itu.Namun, harga yang dibeli untuk tanah kedua yang bernombor HSD 22905 adalah lebih murah iaitu RM900,000 iaitu RM46 untuk satu kaki persegi di di lot PT 65 seksyen 7, seluas 20,427 kaki persegi.
Harga rumah ini lebih kurang RM18 juta dan belum dicampurkan dengan harga perabot yang diimport sepenuh dari Bali. Jadi semuanya berharga RM20 juta dan dicampur pula dengan harga tanah yang berjumlah RM4 Juta. Apa yang lebih menarik harga sebuah pintu gerbang sahaja berharga, RM290,000. Seorang kakitangan kerajaan dengan Gred DG 48 pun berair biji mata nak kumpul duit sebanyak tu untuk membina pintu gerbang seperti rumah Khir Toyo.
Persoalannya dari manakah segala kekekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Khir Toyo? Adakah diperolehi sebelum menjadi Menteri Besar atau sebelum itu lagi? Adakah SPRM tidak berminat untuk menyiasat kekayaan dan aset yang dimiliki oleh Khir Toyo? Jika Khir Toyo mengumpul segala gaji dan elaun yang diperolehi sepanjang menjadi Menteri Besar sudah pasti beliau tidak mampu untuk membina mahligai berkenaan. Saya yakin jika terdapat mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat memiliki rumah semewah itu sudah pasti sudah berderu-deru siasatan akan dilakukan oleh SPRM.
0 comments:
Post a Comment