Tuesday, July 21, 2009

MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA MAKIN PARAH

Masalah gejala sosial yang melanda remaja di Bandar Tasik Puteri dikalangan pelajar sekolah semakin meruncing. Sudah terlalu banyak perkara-perkara yang terjadi yang boleh dikatakan tidak sepatutnya berlaku sudah menjadi trend remaja di sini seperti budaya berpeleseran di waktu malam, berpasangan dan juga wujudnya geng-geng tertentu.

Satu kes maksiat yang melibatkan perbuatan zina keatas remaja lelaki berusia 18 tahun dan remaja perempuan berusia 17 tahun telah dapat ditangkap oleh penduduk pada hari ahad lepas. Kejadian dapat dikesan selepas solat asar dimana jemaah bergegas ke tempat kejadian iaitu di tingkat atas bangunan rumah kedai Medan Puteri betul-betul di atas Klinik Najihah. Remaja yang ditangkap didalam keadaan bertelanjang telah dibawa oleh jemaah ke balai polis berhampiran. Tetapi difahamkan mereka telah dilepaskan tanpa sebarang dakwaan. Perkara ini amat dikesalkan seolah-olah pihak polis tidak mempunyai peranan langsung didalam usaha membantu membenteras masalah sosial remaja di sini. Ini merupakan contoh satu daripada banyak kes yang banyak berlaku di sini. Selagi manusia membelakangkan hukum ALLAH selagi itu manusia tidak dapat mengatasi masalah ini dengan baik bahkan akan bertambah lebih parah lagi.

Melihat akan senario tersebut, pihak masjid BTP bersama semua surau di kawasan sekitar juga PIBG sekolah telah menyepakati untuk memulakan langkah membenteras perkara ini diatas kesedaran bersama. Langkah pertama yang bakal diambil adalah membenteras punca-punca yang menyebabkan gejala ini boleh berleluasa. Antaranya yang amat ketara adalah penjualan minuman keras secra berleluasa oleh kedai tertentu seperti 7-Eleven, Pasaraya Bandar Tasik, Gromax dan sebagainya. Satu memorandum akan dihantar kepada pihak yang terlibat didalam jangkamasa terdekat. Jika langkah ini tidak mendapat respon yang baik maka langkah seterusnya akan diambil bagi memastikan kejadian maksiat di sini akan dapat dikurangkan dan InsyaALLAH akan bersih di kawasan ini.

Bagi memastikan kejayaan program yang tela dirancang, pihak ibubapa perlu memainkan perana turun padang bersama-sama walaupun anak mereka tidak terlibat kerana persekitaran yang tidak siat akan mengundang bencana kepada semua. Rondaan secra berkala akan dimantapkan tidak lama lagi bagi membendung gejala kurang sihat dari terus bermaharaja di sini.

Marilah kita bersama mengembeling tenaga memastikan Bandar Tasik Puteri terus mendapat keberkatan dari ALLA s.w.t.

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP