Thursday, July 2, 2009

Program Motivasi Pelajar Ting 3 & 5

Madrasah As-Siddiqin akan menganjurkan program Motivasi Pelajar Ting 3 & 5 pada 4 Julai 2009 Sabtu bertempat di Madrasah As-Siddiqin sendiri. Program ini adalah kerjasama antara surau dan Sek Keb Bandar Tasik Puteri dimana AJK surau dan guru-guru bersama mengembeling tenaga bagi menjayakan program tersebut nanti.

Program yang dirancang bermula jam 8 pagi dan berakhir selepas solat asar. Apa yang menarik adalah penyertaan pelajar dari kalangan bukan islam yang begitu bersemangat untuk bersama didalam program itu nanti.

Kepada semua ibubapa yang mempunyai anak di tingkatan 3 dan juga 5 yang masih berminat, penyertaan masih lagi dibuka. Diharap mereka dapat menghubungi pihak AJK surau secepat mungkin kerana tempat adalah terhad sekitar 200 pelajar sahaja. Pelajar dikenakan bayaran hanya sebanyak RM5 seorang. Pelajar-pelajar akan disediakan minuman pagi, makan tengahari dan minum petang.

Juga boleh menghubungi Pengerusi surau iaitu En. Harun di talian 019-3117871 atau Penolong Setiausah En. Sazuki di talian 019-6166796 untuk keterangan lanjut.

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP