Monday, March 16, 2009

Mesyuarat Agong PAS Bersama Dr Mujahid Yusof Rawa





Green Valley Park, 14hb Mac 2009 - Bertempat di PASTI Abqary Kids 1 Blok 28 telah diadakan perasmian mesyuarat agong serentak 4 cawangan PAS di Bandar Tasik Puteri iaitu Cawangan Bandar Tasik Puteri, Cawangan Lembah Hijau, Cawangan Lembah Hijau 29 dan Cawangan Park Avenue. Mesyuarat dimulai pada pukul 9 .30 pagi dimulai dengan tazkirah dari Ustaz Zakaria selaku wakil Majlis Ulama Wilayah Persekutuan supaya lebih menitikberatkan kepada program kefahaman jemaah tentang konsep perjuangan melalui siri-siri usrah yang mana kurang dititikberatkan oleh cawangan di Bandar Tasik Puteri. Perasmi YB Ustaz Mujahid Yusof Rawa yang tiba lebih kurang pukul 10.30 pagi merasmikan mesyuarat beserta nasihat kepada pejuang PAS di Bandar Tasik Puteri agar lebih bersedia dengan idea yang baru jika idea sedia ada tidak dapat menggerakkan jentera parti. Ini bagi memastikan agar PAS mendapat tempat dihati masyarakat kerana ideologi PAS bukan atas sebab pengundi tidak suka BN.
Pihak Jawatankuasa PAS Bandar Tasik Puteri mesti melihat kepada beberapa kelemahan ketara ketika penganjuran perasmian mesyuarat agong kali ini walaupun pahit tetapi itulah hakikatnya. Jika ingin melihat PAS dapat bertapak di Bandar Tasik Puteri dan dihati masyarakat disini pihak penyelaras harus melihat komen ini sebagai satu landasan untuk berubah seiring dengan kehendak kepimpinan pusat bukan sekadar hanya manis berkata-kata di dalam mesyuarat sahaja. Hanya melontarkan idea tetapi tepu di peringkat implementasi. Antaranya;
a) Penganjuran kali ini sebagai tidak ada perancangan yang khusus sedangkan ini satu program besar. Mesyurat penyelaras tidak mendapat sambutan dari wakil cawangan, bak kata hanya melepaskan batuk ditangga. Lebih baik lain kali buat perasmian ikut cawangan masing-masing sebab tiada komitmen yang tinggi dari setiap cawangan.
b) Koordinasi pihak penyelaras tidak berjalan seperti mana yang diwar-warkan sebelum ini. Pihak AJK penyelaras tidak berkomitmen tinggi terhadap kepentingan parti. Masing-masing tidak begitu faham dengan tugas yang patut dilakukan dan menyebabkan majlis hambar seolah-olah tidak ada majlis perasmian. Alasan sibuk telah menjadi alasan yang konkrit pada kali ini.
c) Promosi tentang majlis perasmian tidak ada langsung menyebabkan kehadiran ahli amat-amat mendukacitakan. Timbul perasaan malu di benak hati melihatkan perasmi yang sanggup datang jauh semata-mata majlis mesyuarat agong yang mana bila sampai seolah-olah hanya menghadiri majlis tahlil arwah sahaja.
d) Sikap ahli parti yang berjuang didalam PAS hanya mengisi masa lapang membuatkan kepentingan parti tidak dapat diutamakan. Jika ada masa baru nampak muka membuatkan setiap mesyuarat menjadi hambar dan tidak bersemangat. Perlu diingat ini adalah perjuangan untuk menegakkan agama ALLAH bukan sekadar mengisi masa lapang seperti bersukan.
Diminta semua pejuang parti yang sejati yang betul-betul komited agar mengambil pendirian tentang komen diatas agar PAS dapat dimartabatkan di Bandar Tasik Puteri khususnya dan Malaysia amnya.
PAS UNTUK SEMUA

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP