KHUTBAH TIDAK BERMAYA
Terpanggil saya untuk memberi komen membina sebagai renungan bersama tentang tajuk diatas. Saya berkesempatan untuk bersolat jumaat di Masjid Bandar Tasik Puteri dan juga Surau As-Siddiqin BTP. Yang ingin saya kongsi disini adalah tentang kelemahan khatib yang ditugaskan untuk berkhutbah. Semuanya membaca teks khutbah dan penyampaian yang sangat hambar dan membosankan. Jemaah seolah dibuai-buai supaya tidur.
Bukan nak mengutuk tetapi minta perubahan dilakukan segera oleh pengurusan surau dan masjid kerana waktu solat jumaat inilah yang tak pernah ke masjid datang masjid walaupun sekadar mengikut adat sahaja. Peluang ini harus diambil oleh pihak masjid untuk mentarbiyah mereka ini agar dapat diberi pemahaman tentang agama. Tetapi jika perkara ini tidak diambil berat maka jemaah untuk ke surau atau masjid tidak akan bertambah bahkan berkurang kerana cara pembacaan khutbah disampaikan khatib amat memboringkan dan tiada mesej yang dapat diambil oleh jemaah. Kalau dulu banyak sekatan di Selangor khususnya terhadap imam yang mana telah disenaraihitamkan oleh geng anak toyol tetapi sekarang pihak pengurusan masjid bebas memilih imam terbaik untuk kebaikan qariah khususnya.
Saya ada juga menunaikan solat jumaat disekitar Shah Alam yang mana pengurusan disana menggunakan sistem imam jemputan setiap kali solat jumaat. Saya lihat keberkesanannya amat ketara dimana rata-rata jemaah memberi perhatian terhadap khatib ketika berkhutbah. Ini kerana imam yang dijemput memang mempunyai keupayaan untuk berkhutbah dan penyampaian mereka amat menarik sekali. Apa salahnya jika kita mengikuti sistem ini jika di BTP tidak mempunyai imam yang berkebolehan untuk memberi khutbah yang baik.
Saya juga ada membaca buku tentang saranan memberi khutbah yang baik, antaranya;
a) Khutbah ringkas dan padat. Didalam sabda Nabi s.a.w:
'Sesungguhnya panjang solat dan pendeknya khutbah adalah tanda kefaqihan seseorang.Maka perpanjangkanlah solat dan ringkaskanlah khutbah.'
(Riwayat Muslim)
b) Khatib hendaklah berkhutbah bukan membaca khutbah.
c) Isi khutbah hendaklah sesuai dengan masyarakat setempat. Jika topik yang dibincangkan tidak berapa berkaitan maka jemaah akan kurang memberi tumpuan.
d) Gunakan alat bantu seperti 'projetor'.
Semoga komentar ini dapat dijadikan renungan semua demi menjana masyarakat madani di Bandar Tasik Puteri.
1 comments:
PAS boleh ambil langkah proaktif melatih & melahirkan pendakwah2 & imam2 berkualiti dan mampu memberi khutbah yg terbaik & bertenaga.Penulisan khutbah juga perlu dititikberatkan spy isi khutbah menyentuh isu-isu semasa.
mungkin Pas Btp boleh anjurkan kursus khutbah & kursus Imam.
tq
Post a Comment