Monday, March 16, 2009

Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Bandar Tasik Puteri


BTP, 15 Mac 2009 - Telah berlangsung program ceramah maulidur rasul anjuran pejabat Parlimen Selayang (YB William Leong). Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Badrul Amin selepas solat maghrib. Sambutan menggalakkan dari jemaah di sekitar Bandar Tasik Puteri amat dihargai. Lebih kurang 500 muslimin muslimat memenuhi ruang masjid bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh ustaz yang sudah tidak asing lagi.

Ustaz Dr Badrul Amin telah megupas secara mendalam tentang penghayatan yang sebenar tentang peranan masyarakat didalam mengikuti akhlak rasulullah di dalam setiap segi kehidupan bukan sekadar berarak membawa sepanduk setahun sekali. Akhlak merupakan perkara terpenting didalam menangani masalah kehidupan manusia hari ini termasuklah krisis yang hebat melanda seperti krisi sosial, ekonomi dan politik. Ini adalah akibat umat islam meninggalkan akhlak yang telah diajar rasulullah. Dengan berakhlak sepertimana akhlak rasulullah manusia akan mendapat rahmat ALLAH di dunia ini dan akhirat khasnya. Bahkan bukan manusia sahaja yang mendapat rahmat dan kebaikan tetapi haiwan, tumbuh-tumbuhan akan mendapat rahmat yang sama. Orang islam digesa agar mendalami al-quran bukan sekadar membacanya sahaja bahkan beriman dengan segala isinya, tidak mengambil sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. meninggalkan segala larangan ALLAH dan melakukan segala suruhanNYA.

Turut diulas perkara yang menjadi pertikaian umat islam yang masih keliru pada hari ini seperti mana masalah hukum orang bukan islam memberi salam kepada orang islam, adakah wajib menjawabnya? Bahkan diulas di dalam al-quran supaya membalas penghormatan manusia dengan penghormatan yang sama atau lebih baik. Dengan kata lain kita sebagai umat islam dibenarkan menjawab salam orang bukan islam dengan harapan mendoakan beliau agar mendapat hidayah dari ALLAH.Tentang perjuangan melayu yang tidak berkesudahan selagi mana islam tidak dijadiakn sandaran didalam perjuangan. Tujuan pelbagai bangsa dijadikan ALLAH adalah supaya kita saling mengenali dan bersatu diatas landasan islam bukan untuk dijadikan bangsa sebagai landasan perjuangan.

Sedikit ulasan kemelut yang berlaku di Perak yang berpunca dari tindakan rakyat yang sudah hilang pertimbangan akibat dari kerakusan dan ketamakan yang dilakukan oleh pemimpin negara hari ini.

Jemaah juga dapat membawa balik cenderamata yang turut dibawa oleh rombongan ustaz seperti buku-buku agama, vcd, wanginan kasturi, air zam-zam dan alin-lain sebagai sumbangan jemaah dengan membeli sambil menderma. Majlis berakhir sekitar 9.45 malamdengan sedikit jamuan.

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP