Tuesday, March 31, 2009

ROMBONGAN PAS BTP KE BUKIT GANTANG.

PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri telah mengambil inisiatif menganjurkan rombongan ke Bukit Gantang sempena penamaan calon di sana pada hari ahad 29hb Mac 2009. Peserta rombongan seramai 40 orang yang terdiri dari cawangan sekitar Bandar Tasik Puteri dan juga Batu Arang telah bertolak ke sana pada 28hb Mac 2009 jam 12.30 malam. peserta berkumpul di Medan Puteri.

Rombongan singgah di kawasan rehat Sg Perak pada jam 3.30 pagi berehat dan menjamu selera. Rombongan diteruskan dengan melalui Changkat Jering dan sampai di masjid Daerah Taiping hampir jam 5 pagi. Kelihatan suasana di masjid sudah penuh sesak dengan para penyokong PAS. Jemaah beratur panjang untuk mengambil wudhu dan juga ke tandas. Solat subuh di masjid berkenaan umpama solat jumaat. Sehingga terpaksa diadakan solat subuh berjemaah secara bergilir kerana tidak muat dengan jemaah yang begitu ramai.

Perakan ke pusat penamaan calon bermula sebaik jam 7.45 pagi melalui hotel Panaroma yang secara kebetulan dihuni oleh beberapa pemimpin UMNO termasuk Muhyiddin dan juga Tg Adnan. Peserta perarakan tidak melepaskan peluang terus melaungkan slogan UMNO rasuah kearah pemimpin UMNO tadi. Suasana bergema dan membuatkan pemimpin UMNO tadi terus bergegas melarikan diri ke arah penyokong BN.

Penamaan calon bermula jam 9 pagi dan tamat jam 10 pagi. Tempoh bantahan dari jam 10 pagi hingga jam 11 pagi. Tiada pencalonan ditolak dan sah perlawanan tiga penjuru antara PAS, Bn dan BEBAS.

Calon PAS diiringi oleh ramai pemimpin parti termasuk Tuan Guru Ustaz Dato' Hj Hadi Awang, YB Nasharuddin, Ustaz Ahmad Awang, Dr Zulkifli, YB Wahid Endut, Ustaz badrul Amin dan ramai lagi.

Penyokong PAS begitu bersemangat memenuhi setiap ruang dan dianggarkan lebih kurang 30,000 orang berbanding BN hanya sekitar 5,000 orang yang sebahagian besarnya adalah pelajar sekolah.

Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku semasa pencalonan tetapi yang pasti penyokong PAS amat bersemgat sekali dengan melakukan "wave" seumpana penonton bola Man. United serta langan reformasi dan takbir. Penyokong BN berada didalam keadaan tidak bersemangat dan hanya terpegun dengan semangat penyokong PAS.

Rombongan bertolak balik sekitar jam 3 ptg dan singgah di kawasan rehat Tapah untuk solat dan menjamu selera. Sampai di Bandar Tasik Puteri sekitar jam 9 malam.

Kesimpulan tentang peluang PAS untuk menang di Bukit Gantang amat cerah sekali berdasarkan semangat setiap petugas dan penyokong yang sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk memastikan kerajaan rakyat dapat ditegakkan.


" KLIK DISINI UNTUK MELIHAT KOLEKSI GAMBAR - GAMBAR SEKITAR PENAMAAN CALON DI BUKIT GANTANG "

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP