Wednesday, June 3, 2009

KELAB REMAJA BTP

See full size image

PEMUDA PAS Cawangan BTP akan melancarkan kelab remaja BTP selepas Hari Raya Puasa ini beserta dengan sambutan Hari Raya dan pelancaran blog rasmi PAS Cawangan BTP secara serentak yang dijadualkan pada awal bulan Oktober nanti.

Antara fokus utama adalah mendekatkan PEMUDA dengan golongan remaja BTP melalui program-program yang dapat membantu membawa mereka kepada satu matlamat hidup yang sebenar iaitu pengabdian diri kepada ALLAH. Selain itu program yang akan digerakkan lebih tertumpu kepada melahirkan bakal-bakal pemimpin pelapis yang berwibawa yang boleh diketengahkan di dalam masyarakat.

Tidak ketinggalan PEMUDA akan cuba mendekatkan diri dengan remaja yang bermasalah melalui program yang telah dan akan dirancang sedikit masa lagi. Kelab remaja ini akan dikendalikan sendiri oleh remaja yang terlibat. PEMUDA hanya sekadar sebagai penasihat dan penaung kepada kelab tersebut.

Keahlian akan dibuka didalam masa terdekat dan kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi setiausaha PEMUDA iaitu En. Mohd di talian 013-2551788 untuk keterangan lanjut.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP