Monday, June 8, 2009

PROJEK IKAN KELI TELAH PUN DIRASMIKAN
















Pada hari sabtu yang lepas 30 Mei 2009, maka telah terasmilah projek ekonomi PAS Cawangan BTP iaitu projek penternakan ikan keli yang telah pun dirasmikan sendiri oleh YDP PAS Selayang Hj Mohamad.

Projek yang menelan belanja hampir RM8,000 itu adalah hasil gabungan modal dari semua AJK dan ahli PAS setempat. Pada hari tersebut Tuan Hj Mohamad dengan Ketua Cawangan PAS BTP telah pun melepaskan anak ikan keli sebagai simbol bermulanya projek tersebut.

Jangkaan hasil dari projek tersebut dijangka didalam masa 3 ~ 4 bulan yang mana dianggarkan keuntungan akan mencecah 100%. Perasmian yang bermula lebih kurang jam 10 pagi dimulai dengan ucapan aluan Ketua Cawangan BTP dan YDP sendiri dan selesai melepaskan anak ikan, doa dibacakan oleh Ustaz Eadil sebagai memohon keberkatan dari ALLAH supaya projek tersebut akan berjaya dan hasilnya dapat digunakan untuk memperbanyakkan program agar gerakan Islam di sini dapat digerakkan sehebat mungkin.

Untuk melihat gambar-gambar dari mula projek hingga kemajlis perasmian, bolehlah klik di "PHOTO ALBUM" dan pilih tajuk "Projek Ikan Keli"

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP