Thursday, June 11, 2009

MANIK URAI MULAI DIINTAI DUNIA

Tinjauan ke markaz induk yang terletak di jalan utama Kuala Krai ke gua Musang mula dikunjungi para petugas manakala di bilik-bilik operasi bagi unit peti undi Lata Rek dan Laloh (UPU) telah mula dibuka.

Merujuk tinjauan wartawan portal Buletinonline ke DUN Manek Urai, persiapan awal pilihanraya telah pun dibuat.

Semalam, secara rasminya bilik operasi bagi UPU Laloh telah dibuka selepas satu majlis yang dihadiri oleh ADUN Galas, Che Hashim Sulaima. Beliau yang menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi dalam pilihanraya tahun lalu kelihatan semakin baik berikutan kemalangan jalan raya Mac lalu.

Dalam perkembangan yang sama, bendera PAS dilihat telah dinaikkan dibeberapa tempat strategik untuk ‘pemanas suasana’ menjelang hari penamaan calon pada 6 Julai depan.

Manakala memetik laporan Malaysiakini, seorang pemimpin Umno bahagian Kuala Krai mendakwa jentera piliharayanya "belum melakukan sebarang kerja" bagi menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, 14 Julai ini.

Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa bahagian yang enggan dikenali pula berkata, pucuk pimpinan parti sebaliknya lebih gemar mengadakan mesyuarat sejak kematian penyandang kerusi tersebut Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.

“Kalau tidak silap, sudah adakan mesyuarat sebanyak 14 kali tetapi kerja belum buat lagi.

"Kita masih bercakap mengenai rumah sewa mahal dan wang ringgit untuk perbelanjaan pilihanraya Manek Urai," katanya.

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP