Thursday, February 26, 2009

Kuliah Bersama YB Dato' Taib Azzamuddin

Batu Arang : Kuliah maghrib telah diadakan di masjid Batu Arang pada hari isnin 23/02/09 bersama YB Dato’ Taib Azzamuddin (Bekas Imam Besar Masjid Negara). Kuliah bermula agak lewat sekitar pukul 8.25 malam ekoran kesesakan jalanraya yang dilalui oleh YB dari Kepong ke Sg Buloh dan ke Batu Arang yang mana mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai kerana hujan lebat yang melanda lembah Klang di sebelah petang semalam. Namun jemaah tetap sabar menanti ketibaan beliau yang mana ini merupakan lawatan beliau yang pertama ke sini dan disebabkan beliau berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang parlimen.

Kuliah berkisar tentang kelebihan doa serta kepentingan majlis ilmu dan mengupas sedikit sebanyak tentang pesanan yang terdapat didalam kisah Lokman kepada anaknya. Juga tentang kebiadaban masyarakat islam sendiri terhadap ajaran islam disebabkan kerana kejahilan dan tidak gemar bersama majlis ilmu. Contoh yang berlaku kepada pertubuhan Sister In Islam yang rata-rata dianggotai oleh anak-anak pemimpin besar negara yang telah menjemput seorang wanita yang penuh kontroversi iaitu Amina Wadhu ke Malaysia. Beliau disambut dengan begitu hebat dan ditempatkan di hotel yang bertaraf 5 bintang. Tujuannya ke sini adalah tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mempertikai hukum-hukum islam terhadap kaum wanita seperti hak untuk tidak menutup aurat, pembahagian harta pesaka yang mana hukum-hukum tersebut telah disepakati jumhur ulamak. Beliau diangkat sebagai seorang pejuang hak asasi kaum wanita yang kononnya tertindas dibawah undang-undang ALLAH. Mereka secara sedar telah memperkecilkan kehebatan ALLAH yang telah mencipta alam semesta ini dan isinya sekali. InsyaALLAH tunggu pembalasan ALLAH sesungguhnya manusia tidak mampu menghadapinya.


Juga diselitkan peringatan tentang konsep doa yang boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu;
a) ALLAH memakbulkan doa seperti mana diminta. Jenis ini yang selalu diingini oleh manusia ramai.
b) ALLAH memakbulkan hanya sebahagian yang diminta dan sebahagian lagi akan samada ditambah didalam bentuk yang lain yang lebih baik yang tidak kita ketahui.
c) ALLAH memakbulkan doa seperti mana diminta oleh hambaNYA malah memberi lebih lagi atas sifat kemurahan dan rahmatNYA.
d) ALLAH tidak memakbulkan doa seperti yang diminta tetapi ALLAH memberi kelebihan lain dengan mengampunkan dosa-dosa hambaNYA.


Jadi kita sebagai hambaNYA dituntut agar terus berdoa kepada ALLAH kerana kelemahan kita atas sifat seorang hamba dan doa itu merupakan senjata bagi umat islam.

Diakhir majlis ada disediakan sedikit jualan bagi tabung golongan daif di kawasan Baling seperti barang keperluan dapur dengan konsep membeli sambil menderma. Inisiatif ini diambil oleh YB kerana telah dinafikan peruntukan oleh kerajaan zalim BN kepada setiap wakil rakyat sebanyak RM500,000 setahun tetapi telah diserahkan kepada ketua UMNO bahagian. Majlis berakhir sekitar jam 10 malam. Kami amat berbesar hati diatas kesudian YB Dato’ Taib Azzamuddin hadir ke majlis yang tidak seberapa ini.

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP