LAGI KEJADIAN PECAH RUMAH DI BTP.
Satu lagi kejadian pecah rumah dilaporkan berlaku di kejiranan Marple. Kejadian berlaku pada 17/02/09 pada waktu tengahari ketika mangsa tiada dirumah ketempat kerja. Mengikut sumber yang rapat bahawa kejadian tersebut sempat disedari oleh jiran mangsa yang sempat menyergah pencuri tersebut. Tidak dapat dipastikan jumlah pencuri yang terlibat. Mangsa yang hanya dikenali sebagai En. Ali yang beralamat di No 114 Jalan 8/5 telah pun membuat laporan polis. Mangsa hanya menyedari kecurian setelah pulang dari tempat kerja sekitar jam 9.00 malam.
Mengikut sumber, pencuri menggunakan sebuah lori yang diletakkan dihadapan rumah mangsa dan setelah itu seorang dari mereka ke bahagian dapur memanggil tuan rumah bagi memastikan tiada sesiapa di dalam rumah. Mereka menggunakan teknik seolah-olah mangsa ingin berpindah keluar. Pencuri sempat melarikan sebuah Playstation 2, wang tunai bernilai RM100 dan barang-barang kemas sebelum disergah oleh jiran terdekat. Kerugian sebenar belum dapat dipastikan.
Ini merupakan kejadian kedua didalam masa tidak sampai seminggu di dalam kawasan kejiranan yang sama. Diharap penduduk sekitar agar lebih berwaspada kerana waktu kejadian adalah kerap berlaku diwaktu siang dimana kebanyakkan penghuni tiada dirumah ke tempat kerja. Kami akan cuba membawa usul ini kemesyuarat akan datang sebagai usul khas dan meminta semua penduduk dapat bekerjasama diatas apa-apa keputusan yang akan diputuskan demi menjamin keselesaan dan keselamatan penduduk di Bandar Tasik Puteri.
0 comments:
Post a Comment