AGENDA JAHAT UMNO : MERAMPAS HARAH DAN SUARA KEADILAN.
Memandangkan pihak KDN telah mula bertindak merampas akhbar lidah rasmi PAS dan juga akhbar KEADILAN atas alasan dijual kepada umum dan tidak menepati syarat permit penerbitan, maka PAS cawangan BTP mengambil inisiatif memberi khidmat mengedarkan akhbar HARAKAH dari pintu ke pintu kepada sesiapa yang ingin melanggan terus. Sesiapa yang berminat untuk melanggan HARAKAH terus kerumah anda bolehlah berhubung dengan saudara Mazlan ditalian 013-3919669. Kita juga akan membuka gerai tidak lama lagi bagi memudahkan penduduk untuk mendapatkan naskhah masing-masing.
Apa yang sebenarnya berlaku dewasa ini adalah ketakutan kerajaan BN terhadap kebangkitan rakyat bukannya seperti yang dimaklumkan pihak KDN walaupun melalui sumber-sumber terhad terutama dari berita akhbar HARAKAH, Keadilan, SIASAH, sumber internet dan sebagainya. Mereka sudah tidak mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan rakyat secara berdepan jadi mereka menggunakan segala jentera kerajaan yang ada untuk menutup segala bentuk maklumat yang negative terhadap mereka seperti polis, SPR, SPRM dan lain-lain. Kebaculan mereka ini terbukti seperti tuduhan-tuduhan liar mereka terhadap Pakatan Rakyat tanpa memberi ruang kepada PR untuk menjawab segala tuduhan tersebut.
Jadi dengan ini kami ingin memastikan kebangkitan rakyat tidak tersekat dengan kerja-kerja jahat pihak BN ini dengan memastikan segala maklumat yang betul dapat disalurkan terus kepada rakyat. Membelilah sambil menyumbang kepada dana parti untuk program yang akan memberikan faedah kembali kepada penduduk.
0 comments:
Post a Comment