Thursday, February 26, 2009

Ceramah Isu Perak di Kuang

Pergolakan Perak terus mendapat perhatian orang ramai dimana program penerangan terus diadakan termasuklah di luar Perak bagi memberi penjelasan terhadap rakyat tentang perkara sebenar yang berlaku disebalik isu tersebut memandangkan ruang penerangan di media massa yang begitu terhad dan telah diputar belit oleh media pro-kerajaan BN. Terbaru program yang telah dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dun Kuang telah mengadakan satu sesi ceramah penerangan mengenai Perak di markas PAS Kg Damai Kuang pada 24hb Feb 2009 bermula jam 9.30 malam. Walaupun hujan gerimis namun masih ramai yang ingin mendengar penjelasan tersebut sanggup menunggu sehingga majlis selesai. Ceramah pada malam itu dimulai oleh YDP PAS Selayang Hj Muhammad kemudian Ahli Parlimen Selayang YB William Leong. Juga dijemput khas dari Perak iaitu Ahli Parlimen Parit Buntar YB Dr. Mujahid Rawa. Tetamu khas pada malam tersebut adalah Ahli Parlimen Kubang Kerian merangkap Ketua Pemuda PAS YB Sallehuddin Ayub.

Rata-rata mengupas isu yang berlaku di Perak iaitu tentang siapa penderhaka sebenar kepada sultan dengan menyelusuri sejarah serta undang tubuh negeri Perak itu sendiri. Jadi rakyat sekarang menunggu akan episod seterusnya sehingga sidang dewan yang akan diadakan nanti samada kuasa rakyat akan dikembalikan ataupun dirompak oleh lanun-lanun UMNO BN yang menuju ke zaman kejatuhannya.

Ceramah yang berakhir sekitar jam 12.00 malam sempat mengumpulkan hampir 1000 orang penduduk sekitar dan kutipan derma hampir RM900. Siri ceramah sempena pilihanraya kecil nanti akan diteruskan dan pastikan anda mendapat laporan terkini dari pasbtp.blogspot.com.

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP