Wednesday, February 18, 2009

UMNO DAN RAJA RAJA MELAYU

Tiba-tiba pemimpin UMNO BN melenting berteriak mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu, turut sama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang berasaskan bangsa melayu bangun mengutuk kononnya rakyat Perak telah menderhaka kepada Sultan Perak yang didalangi oleh pemimpin PR. Suratkhabar dan televisyen pro-kerajaan memutarkan isu-isu ini dengan cuba memutar belitkan fakta dan undang-undang seolah-olah Datuk Seri Mohd Nizar telah menderhaka tanpa memberi sebarang peluang untuk penjelasan balas kepada PR untuk membentangkan tentang kedudukan sebenar. Serangan yang keterlaluan telah dimainkan tiap-tiap hari, isu perkauman melayu juga cuba dihidupkan kembali dengan mengkambing hitamkan saudara Karpal Singh agar rakyat akan kembali berlindung di bawah payung BN yang telah pun usang dan rabak.

Ada beberapa persoalan yang boleh difikirkan bersama dan kita renungkan permainan politik kotor UMNO demi kelangsungan kuasa tanpa mengira adanya dosa pahala, halal haram. Antaranya ialah seperti mana petikan dari blog Tengku Razalaeigh yang bertanya siapakah yang sebenarnya menderhaka kepada Sultan Perak samada UMNO BN atau PR. UMNOlah yang telah menelanjangkan raja-raja melayu dengan meminda perlembagaan ketika era Dr. Mahathir. Jika tidak mana mungkin Karpal Singh akan dapat menyaman sultan dengan tiada pindaan tersebut. Jadi buat apa nak terpekik terlolong kononnya berdiri dibelakang raja-raja melayu bak kata pepatah melayu baling batu sembunyi tangan.

Peristiwa Annuar Musa menabalkan sultan baru di Kelantan. Mana lebih derhaka kalau nak dibandingkan dengan peristiwa di Perak? Tidak ada satu laporan berita pun tentang peristiwa tersebut malahan berita yang diulas lebih mirip kepada menceritakan salsilah sultan Kelantan yang mana menjurus kepada menyetujui tindakan biadab Annuar Musa.

Peristiwa sultan disaman oleh bank baru-baru ini kerana tidak membayar hutang juga tidak begitu diketengahkan sedangkan sememangnya sultan telah pun dimalukan sebegitu rupa. Mana bakal ketua pemuda UMNO anak toyol penyamun pergi? Tidak teringinkah untuk berdemonstrasi kat sana dan hantar memorandum kepada bank yang terbabit.

Pada pandangan saya, peristiwa di Perak tercetus hasil kerakusan UMNO BN yang ingin menggulingkan kuasa PR dengan cara yang tidak bermoral. Kita lihat unjuran peristiwa dimana daripada peristiwa berlaku penculikan sehinggalah muncul di kaca tv bersama Dato’ Najis dan mengishtiharkan sokongan kepada BN sehinggalah perlantikan Zamri Mamak sebagai MB baru Perak sebagai kerajaan haram jadah yang baru. Perasan atau tidak betapa cara perlantikan yang bagitu kelakar dialaf ini sehingga tidak menunggu permasalahan yang timbul dari segi undang tubuh negeri Perak tersebut diselesaikan terlebih dahulu. Perlantikan yang terlalu tergesa-gesa yang boleh memusykilkan sesiapa sahaja yang melihat peristiwa tersebut sedangkan seperti kenyataan Dato’ Nizar MB hanya boleh dipecat melalui 3 cara;
a) meletak jawatan secara suka rela
b) pembubaran DUN
c) undi tidak percaya terhadap MB
Jadi buat masa ini, ketiga-tiga cara diatas tidak terjadi maka kerajaan dahulu masih sah sehingga berlaku satu daripada 3 perkara diatas. Maka bertempiklah laksamana PEKIDA yang mana tidak ubah macam pertubuhan samseng melayu. Saya seru PEKIDA supaya menyusuri dahulu sejarah sebelum bertindak, jangan jadi orang yang meludah ke langit.

Tentang isu lompat parti yang dikatakan idea Anwar Ibrahim pula merupakan satu lagi mainan dakyah politik palsu dari BN. Cuba sesiapa yang rajin baca sejarah lama dimana isu lompat parti ini telah lama dipelopori oleh BN sejak dulu lagi. Kalau tidak percaya baca sejarah yang berlaku di Kelantan. Terlalu panjang untuk dimuatkan di sini, kerana jika ingin berbicara tentang politik perlu banyak mengkaji dan melayari sejarah agar kita tidak menyimpang jauh. Bak kata Anwar, apa yang berlaku tentang lompat parti di Perak antara BN ke PR dan PR ke BN adalah 2 situasi yang berbeza. Ini kerana Adun BN yang lompat parti ke PR adalah secara sukarela dengan datang dan membuat kenyataan akhbar sendiri secara berani tetapi yang berlaku kepada Adun PR yang mana telah mengilangkan diri atau dengan kata lain diculik dan keluar bersama Dato’ Najis dan hilang kembali. Ini juga terjadi kepada Bala, Saiful. Dan dengan ini kita telah mengishtiharkan Dato’ Najis sebagai pakar didalam menghilangkan orang hatta Al-Tantuya…

Dan yang terakhir sekali, kita lihat hari ini betapa umat islam lebih takut derhaka sesama makhluk daripada takut menderhaka kepada ALLAH s.w.t. Bukan sekali kita derhaka kepada ALLAH tetapi tiap-tiap hari tanpa rasa bersalah atau ingin bertaubat sedangkan azabNYA sangatlah pedih. Semua makhluk ciptaanNYA jadi manusia tidak layak untuk meletakkan makhluk sebagai keutamaan selain dari ALLAH. Apa sahaja disekeliling kita ini adalah hak ALLAH hatta diri kita sendiri. Janganlah kita jadi manusia sombong kelak derita kita dinerakaNYA. Kita disuruh taatkan ALLAH dan rasul dan pemimpin yang ADIL. Apa maksud ADIL disini adalah pemimpin yang melaksanakan perintah ALLAH dan meninggalkan segala laranganNYA. Haram kita patuh kepada pemimpin yang melanggar perintah ALLAH juga tidak wajib mentaati ibubapa yang menyuruh melakukan maksiat kepada ALLAH. Jadi marilah kita meletakkan segala sesuatu pertelingkahan agar dapat diuraikan dengan kembali kepada al-Quran dan Sunnah. Selagi mana manusia tidak berpegang dengan keduanya maka selagi itu manusia akan berada didalam kesesatan dan konflik akan berterusan.

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP