ARAK MASIH DIJUAL DI TASIK PUTERI
Isu penjualan arak di kedai 7 eleven di Bandar Tasi Puteri masih berterusan tanpa memikirkan sensitiviti umat islam sekitar terhadap minuman haram itu. Berdasarkan populasi penduduk di Bandar Tasik Puteri yang rata-ratanya terdiri dari orang melayu islam menyebabkan tiada keperluan untuk penjualan minuman tersebut secara terbuka kerana di kejiranan BTP yang terdekat Bandar Country Homes telah terdapat kedai menjual arak di kedai ubat cina. Yang menyedihkan adalah pekerja dan pelanggan juga majoritinya terdiri dari kaum melayu islam. Kebiadaban 7 eleven ini telah pun banyak kali mendapat tentangan dari masyarakat islam tetapi mungkin kerana tangan-tangan ghaib dibelakang yang menyebabkan mereka berani meneruskan penjualan tersebut tanpa rasa sedikit pun kegusaran.
Seperti kita ketahui arak merupakan ibu kepada segala maksiat jadi kalau hari ini kita meletakkan dadah sebagai najis maka arak juga mesti diletakkan kepada kedudukan yang sama. Ada sesetengah pelanggan tidak merasa apa-apa dengan kewujudan penjualan arak secara terbuka. Ini kerana pada anggapan mereka, mereka tidak terlibat kerana tidak membelinya walaupun diletak bersebelahan antara arak dan minuman lain. Cuba bayangkan minuman yang diletakkan bersebelahan itu merupakan najis manusia, adakah kita sanggup untuk membelinya? Nabi juga memberitahui tentang sesiapa yang terlibat dengan arak akan mendapat dosa yang sama samada secara langsung atau tidak langsung seperti pengilang, pekerja, penjual, pengedar, juruwang dikedai menjual arak, syarikat sukan dan sebagainya.
Jadi bagi mengelakkan fitnah ini dari terus berleluasa, kita akan mengadakan kempen memboikot kedai yang menjual arak di kawasan Medan Puteri. Segala idea dari penduduk untuk menjayakan program ini sangat-sangat dialu-alukan semoga ALLAH menjauhkan bala dari menimpa ke kawasan kita khususnya dan Selangor amnya. Pandangan anda bolehlah diajukan terus ketalian 019-6166796 (Mohd Sazuki). Kami akan membawa isu ke mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras untuk mendapat persetujuan ajk cawangan dan perincian program akan dihebahkan kemudian nanti. Cuma apa yang kami harapkan adalah kerjasama dari semua penduduk.
Bersama membenteras maksiat di Bandar Tasik Puteri.
0 comments:
Post a Comment