Saturday, April 25, 2009

Kesesakan di SRA KAFA As-Siddiqin

Kini satu lagi permasalahan timbul akibat daripada peningkatan penduduk di BTP iaitu pertambahan jumlah pelajar yang amat ketara. Ekoran dari itu sekolah kebangsaan telah ditambah satu lagi iaitu Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2 yang telah dapat menampung kesesakan pelajar. Namun ini telah menambah rumit pihak SRA KAFA As-Siddiqin yang tidak dapat menampung pelajar yang terlalu ramai.

Salah satu pendekatan jangka pendek ialah pihak sekolah telah mengadakan 3 sessi persekolahn yang mana telah mengurangkan masa belajar dari 4 jam kepada 2 jam. Permasalahan yang timbul antara lainnya;
a) Penumpuan pelajar tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan penting tahun ini.
b) Masalah pengangkutan pelajar yang mana boleh menambah kos kepada pengusaha, dan jalan terakhir akan menaikkan kadar tambang dan semestinya beban ini akan kembali kepada bahu ibubapa.
c) Kekurangan tenaga pengajar.

Difahamkan pihak SRA KAFA telah pun memohon daripada Sekolah Kebangsaan Tasik Puteri 2 untuk meminjam kelas sebagai langkah memastikan masalah ini dapat diatasi untuk sementara waktu sebelum dapat dibangunkan bangunan baru SRA KAFA. Tetapi malangnya kerana perbezaan fahaman politik maka permintaan tersebut ditolak tanpa alasan yang sewajarnya walaupun demi kepentingan anak-anak untuk kemudahan belajar. Ini kerana SRA adalah dibawah pengurusan kerajaan negeri Selangor.

Kelemahan di pihak SRA adalah tidak menangani masalah ini dengan kadar segera kerana sepatutnya ia sudah dapat dijangka perkara ini akan berlaku. Tidak sepatutnya timbul masalah birokrasi dibawah kerajaan PR. Dan perkara ini sepatutnya membuka mata pihak sekolah dan JAIS didalam menyelesaikan masalah ini dengan kadar yang segera. Kita di pihak kerajaan PR harus menerima kritikan daripada semua pihak dan membaiki lagi perkhidmatan kepada rakyat dengan jalan yang terbaik.

Oleh kerana ini merupakan usul yang harus ditangani segera, pihak PAS cawangan BTP akan mengusulkan YDP PIBG SRA menubuhkan Jawatankuasa Bertindak untuk pembinaan SRA baru atau menambah bangunan sekolah. Perkara ini akan dirujuk kepada YB Dr Halimah yang juga merupakan Exco Pendidikan Selangor secepat mungkin.

Kepada sesiapa yang mempunyai pendapat yang boleh dikongsi bersama minta diajukan kepada S/U PAS cawangan BTP ditalian 012-2118993 untuk dipertimbangkan. Kita mesti duduk semeja didalam mengatasi masalah ini demi kepetingan ilmu agama kepada anak-anak kita.

1 comments:

Anonymous,  February 26, 2010 at 9:01 AM  

Alhamdulillah. Tapi mana tindakannya?
Kita sentiasa diperhatikan. Kalau sekolah agama pun tak leh selesai takut yang lain pun tak terbuat. Fikirkan dengan lapang dada.

Wassalam

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP