Saturday, April 25, 2009

Maknanya Zamry adalah MB Haram

Mohon Mahkamah Persekutuan Isytihar Zamry MB Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung tafsiran Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak supaya mahkamah itu memutuskan beliau adalah Menteri Besar yang sah.

Zambry memfailkan notis usul itu di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini, semalam, melalui Tetuan Zul Rafique and Partners.

Notis usul itu diedarkan kepada media petang ini.


Dalam notis usul itu yang disertakan dengan afidavit sokongannya, Zambry memohon supaya Mahkamah Persekutuan memutuskan dan mentafsir peruntukan Fasal-Fasal 16(2) dan 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu:

- sama ada Sultan Perak mempunyai hak untuk memperkenan permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (sidang DUN) apabila Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar anggotaanggota Dewan;

- sama ada apabila Sultan Perak tidak berkenan untuk menggunakan prerogatif diraja baginda untuk membubarkan sidang DUN, adakah ia merupakan suatu kehendak peruntukan Fasal 16(6) bahawa Mohammad Nizar harus meletakkan jawatan beliau dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan;

- sama ada berikutan keengganan Mohammad Nizar meletakkan jawatan dan ahli-ahli mesyuarat kerajaan, Sultan Perak mempunyai hak untuk melantik Zambry sebagai menteri besar.

Zambry dalam notis usulnya berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan ketiga-tiga persoalan itu memihak kepadanya, maka mahkamah itu perlu mengisytiharkan bahawa pada 6 Februari 2009, beliau telah dilantik dengan sewajarnya sebagai Menteri Besar Perak.

Mahkamah Persekutuan menetapkan Selasa depan untuk mendengar permohonan notis usul itu.

Zambry berkata, keputusan mahkamah itu juga nanti akan meleraikan kebuntuan politik yang berlaku di Perak di mana Mohammad Nizar menegaskan beliau masih Menteri Besar yang sah, sidang DUN tidak dapat bersidang dan kerajaan negeri Perak tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya dengan efisyen dan/atau bebas.

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP