Sunday, April 26, 2009

TANDA AKHIR ZAMAN - BILA SIJAHIL MENJAGA AGAMA


Keputusan kabinet bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang pasangan itu menukar agamanya dibantah oleh majoriti daripada NGO Islam, parti politik dan majoriti rakyat apabila ia diputuskan tanpa diambil kira pandangan pihak yang arif dalam bidang syarie.

Keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat Kabinet itu adalah sebagai langkah panjang dalam isu yang melibatkan pertikaian status agama kanak-kanak berkenaan apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr.Mujahid Yusof Rawa,tindakan kabinet ini adalah membelakangkan mahkamah kerana kes yang disabitkan oleh kabinet adalah merujuk kepada isu yang berlaku di Perak yang membabitkan seorang lelaki bukan Islam yang telah memeluk Islam dan kemudian mengislamkan tiga anaknya tanpa pengetahuan isteri beliau.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata kabinet berpendapat ketiga-tiga anak pasangan ini perlu mendapat hak serta penjagaan menurut ajaran asal kerana ia agama kedua-dua ibu bapanya ketika perkahwinan,tambahan pula pasangan tersebut belum bercerai.

"Dalam isu ini kabinet tidak boleh campur tangan. Perkara ini masih lagi dalam perbicaraan mahkamah.Oleh kerana itu kabinet sepatutnya mendapat pandangan daripada Jakim, NGO Islam dan para ulama. PAS juga sanggup untuk memberi pandangan dalam perkara yang menyentuh sensitiviti umat Islam ini.

"Sepatutnya kabinet harus mendapat consent daripada mahkamah dahulu sebelum membuat keputusan.Tindakan mereka ini juga melambangkan seolah-olah mereka tidak menghormati hak mahkamah syariah.Hak ini telah dirampas oleh mereka tanpa mempedulikan para ilmuan dan ulama serta peguam syarie yang mahir dalam bidang tersebut," katanya.

Penolong Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang,Rosidi Hussain berkata pandangan Presiden Persatuan Peguam Syarie,Mohamad Isa Abd Ralip bahawa kabinet seharusnya mempertimbangkan dan membawa perkara ini kepada perbincangan dengan NGO Islam sebelum membuat keputusan adalah satu tindakan yang wajar dilakukan oleh kabinet sebelum membuat keputusan yang bercanggah dan menyentuh sensitiviti umat Islam ini.


Beliau yang juga seorang peguam berkata tindakan kabinet ini seperti menolak kewujudan pakar agama,ulama dan ilmuan Islam yang ada dalam negara.

Beliau juga mendesak kabinet supaya mengambil pandangan golongan profesional seperti pakar agama,mufti dan seumpamanya sebelum membuat keputusan.

"Perkara 12(4)Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa agama seseorang yang dibawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan ibu atau bapanya atau penjaganya.Berdasarkan perkara ini persetujuan satu pihak memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4)adalah 'parents or guardian' bukannya 'parents or guardians'."

Sumber; siasahdaily

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP