MUNAJAT KEPADA ALLAH MOHON BANTUAN
SRA As-Siddiqin BTP ; Satu program munajat telah dilakukan pada malam tadi selepas solat isyak di perkarangan sekolah yang merupakan inisiatif dari para guru. Program dimulakan dengan sedikit taklimat dan didahului dengan solat taubat dan solat hajat dan berakhir dengan tazkirah pendek dari Ustaz Amin yang sangat menginsafkan kita tentang betapa hari ini pendidikan agama telah diletakkan sebagai kelas kedua oleh para ibubapa. Menghantar anak ke sekolah agama sekadar memenuhi tuntutan adat bukan kerana keperluan dan persediaan untuk anak-anak kita melangkah ke dunia dewasa.
Namun matlamat utama program adalah memohon pertolongan ke hadrat ALLAH agar mamberi jalan kepada penyelesaian permasalahan yang timbul kerana kesesakan pelajar akibat dari kekurangan bilik darjah. Ekoran dari itu JAIS mengarahkan pihak sekolah supaya menjalankan persekolahan 3 sessi yang banyak menimbulkan masalah kepada pihak sekolah , ibubapa dan juga pengendali bas sekolah yang mana berita ini telah tersiar diakhbar Harian Metro. Perkara ini berlaku akibat dari terlalu banyak birokrasi di pihak JAIS yang seolah-olah pejam mata tentang perkara ini sedangkan ia telah diutarakan kepada pihak JAIS 2 tahun yang sudah. Kami difahamkan pihak JAIS telah datang ke sekolah namun hanya bertanya tentang masalah ini seolah-olah ia berita baru buat mereka, ini sangat menyedihkan. Jadi kami semua memohon kepada ALLAH supaya membuka hati mereka terutama di pihak JAIS untuk menyenangkan kerja menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi memartabatkan ilmu ALLAH di dada anak-anak kita.
Juga difahamkan perkara ini telah juga diajukan oleh pihak sekolah kepada wakil rakyat Kuang, namun jawapan yang diberi amat mendukacitakan kerana sekolah ini dibawah kerajaan negeri dan berlainan fahaman politik. Sedangkan sepatutnya beliau wakil rakyat yang menang mesti berkhidmat untuk semua rakyat tidak kira fahaman politik. Namun itulah hakikat bila berjuang hanya kerana kuasa semata-mata dimana jika kerja yang ingin dilakukan tidak menguntungkannya maka beliau akan hanya pandang dan berharap agar lebih bermasalah supaya beliau dapat menghentam kerajaan negeri sekarang. Inilah perangai buruk wakil rakyat BN yang lebih mengutamakan populariti walaupun merugikan anak-anak orang islam tidak kira mereka fahaman politik mana. Sepatutnya beliau boleh membantu dari segi meminta penggunaan sekolah kebangsaan sementara waktu ketika mana pihak sekolah mendapatkan kelulusan untuk mendapatkan bangunan baru kerana sekolah kebangsaan dibawah kementerian pendidikan. Sebenarnya rakyat boleh menilai antara kaca dan permata.
Tindakan yang bakal diambil akan diputuskan setelah pihak PIBG sekolah bermesyuarat pada hari sabtu ini. PAS cawangan BTP akan bersedia untuk membantu pihak PIBG dan juga sekolah bagi menangani masalah ini. Berita terkini tentang perkembangan tentang SRA As-Siddiqin akan dilaporkan dari semasa ke semasa.
0 comments:
Post a Comment