Mesyuarat Agong Pemuda PAS Kawasan Selayang
Bertempat di dewan MPS Taman Jati Rawang, hari ini telah berlangsung mesyuarat agung Pemuda PAS yang bermula pukul 9.30 pagi. Para perwakilan dari semua cawangan telah mula mendaftar mulai jam 8.30 pagi. Perasmi pada kali ini adalah YB Ustaz Nasir Zakaria yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Terap. Ketibaan beliau telah disambut oleh perbarisan hormat dari Unit Amal Selayang yang diketuai oleh En. Abdul Latif dan En. Fadhil Nor. Turut menarik perhatian pada kali ini ialah kehadiran pemerhati dari kelab penyokong PAS yang telah diketuai oleh En. Kallai.
Antara penekanan yang diberikan semasa ucapan perasmian beliau adalah betapa pentingnya pihak pemuda untuk lebih berusaha bagi mengembeling tenaga mempertahankan kemenangan dan bagaimana cara pengisian terbaik bagi kemenangan yang telah dikecapi. Antara lain beliau mengambil contoh tentang peristiwa sejarah islam yang mana Rasulullah s.a.w memberi penekanan khas dan kepercayaan kepada golongan pemuda untuk memikul tanggungjawab untuk memperkasa islam melalui jihad yang suci yang mana pendapat ini turut dikongsi oleh ketua pemuda PAS Selayang yang baru iaitu En. Zaidi.
Pemilihan berjalan secara berhemah dimana pemilihan dijalankan secara memberi mandat 100% kepada pihak perwakilan. Walaupun kurang perbahasan yang dilakukan didalam sesi perbahasan minit yang mungkin kerana faktor persediaan yang tidak begitu rapi dari pihak perwakilan itu sendiri yang tidak membuat persediaan dan ulangkaji untuk ke mesyuarat agung pada kali ini namun perjalanan mesyuarat tetap berjalan dalam suasana terbuka dimana segala cadangan dan teguran diambil perhatian oleh semua perwakilan yang hadir. Mungkin dimasa akan datang pihak perwakilan dapat membuat persediaan yang lebih rapi dan tersusun dari segi penghujahan dan perbahasan supaya memberi impak yang terbaik kepada dewan pemuda PAS Selayang.
Pemuda dari cawangan Bandar Tasik Puteri telah menghantar 5 perwakilan dan 2 pemerhati pada kali ini. Ketua Pemudanya telah pun terpilih menyertai pasukan jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Selayang bersama seorang lagi wakil dari Park Avenue. Pada kali ini juga pemuda PAS cawangan Bandar Tasik Puteri secara tidak disangka menerima pengiktirafan sebagai cawangan terbaik dan telah menerima sumbangan berupa 'Framme' ayat suci al-quran dan juga hamper.
Mesyurat telah ditangguhkan pada lebih kurang 2 petang dengan ucapan penangguhan dari Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Selayang.
Semoga jawatankuasa yang baru dapat memberi sedikit suntikan baru untuk mengembeling tenaga pemuda di kawasan sekitar Selayang untuk bersama-sama pemuda PAS berjuang menegakkan agama ALLAH di mukabumi Malaysiia tercinta ini.
1 comments:
Pemuda?! Pemuda jenis Pak Turut dan tak berani bersuara! Boleh tengok saja barisan pimpinan Pas Selayang yang sedang mabuk kuasa, pangkat dan bermacam-macam lagi. Tapi yang amat menyedihkan ialah apa yang terjadi ke atas mantan Ketua Kampung Selayang Baru. Pemuda tahu keadaan yang sebenar tapi tak berbuat apa-apa langsung dengan alasan "Kami ni Pemuda, bukan boleh buat apa-apa pun!" Kalau camtu jangan pegang jawatan la bro! Kalau tak berani, elok jangan masuk politik la bro! Macam ni barisan pelapis? Woi! pi buat kerja lain la!
Post a Comment