Surau As-Siddiqin telah menjemput Tuan Guru Nik Razi Nik Mat yang juga merupakan adik kepada tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat untuk menyampaikan ceramah beliau pada 9hb April 2009 (Khamis) selepas solat maghrib. Muslimin muslimat yang berkelapangan masa dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ilmu kita. Jangan lepaskan peluang julung-julung kali beliau datang ke Bandar Tasik Puteri.
Sedikit biodata mengenai diri beliau;
Yang Berbahagia Tuan Guru Nik Razi bin Nik Mat dilahirkan di Kota Jembal (juga dikenali sebagai Kedai Lalat), Kota Bharu, Kelantan. Pengajian menengahnya bermula di Maahad Muhammadi, Kota Bharu.Setelah itu menyambung pengajiannya ke India di Universiti Darul Ulum, Deoband dengan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam pengajian Hadith. Pencarian ilmu diteruskan lagi di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Syariah. Selepas itu di Universiti Ain Syams, Kaherah dengan memperolehi Diploma Pendidikan.
Tuan Guru Nik Razi Nik Mat adalah seorang yang sangat mencintai ilmu agama sehinggakan beliau sanggup berada jauh dari keluarga dan tanah airnya sendiri selama bertahun-tahun…hanya untuk 1 niat…iaitu MENUNTUT ILMU. Mengimbau sejarah pernghijrahannya demi ilmu ini, di India beliau berguru dengan Maulana Ghulamullah Khan dan Maulana Abu Hasan Al-Nadawi. Di Pakistan beliau sempat menuntut ilmu dari Maulana Al-Maududi. Di Madinah pula beliau adalah anak murid kepada Al-Syeikh Abdul Aziz Baz manakala di Mesir, beliau berguru dengan Al-Syeikh Muhammad Najib Al-Muthiei dan Al-Syeikh AbdulHamid Kisyk selain daripada pensyarah-pensyarah Universiti Al-Azhar itu sendiri dan sempat bertemu dengan Al-Syeikh Abdul Halim Mahmud juga Al-Syeikh Idris Al-Marbawi.
Dalam bidang kerjaya, beliau telah berkhidmat di ITM (sekarang dikenali UiTM) Shah Alam sebagai Pegawai Penasihat Agama dari tahun 1983 – 1995. Di Maahad Muhammadi (P) sebagai guru pada tahun 1996, Maahad Muhammadi (L) sebagai Pengetua pada tahun 1997 – 1999 dan Pusat Pengajian Pondok Kandis, Bachok sebagai tenaga pengajar dari tahun 2000 hingga sekarang.
Dalam melaksanakan tanggungjawab mendaulatkan agama Allah dalam sepanjang usia yang dinikmati ini, beliau telah menjelajah ke serata negeri kecuali Sarawak (belum ada rezeki lagi ke sana) dan juga telah menyampaikan kuliah di beberapa negara seperti Thailand, India, Pakistan, China (Beijing), Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Mesir, Mekah dan Madinah.
Untuk waktu ini beliau aktif menyampaikan ilmu agama dan menjual beberapa produk tertentu sambil mengutip derma (infaq fi sabilillah) khususnya dari masyarakat Islam dalam usaha merealisasikan sebuah pusat pengajian yang lengkap dengan prasarana dan tenaga pengajar yang berkaliber serta yang paling penting berteraskan al-Quran. Pusat pengajian ini bakal dikenali sebagai Maahad Tahfiz ICT Nikmatillah di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan. Semoga usaha yang murni ini dapat disempurnakan dengan izinNya.
3 comments:
MAMAT NI KE TERPEKIK TERLOLONG BACA DOA HANCURKAN ISLAM UMNO .
Hancurkan UMNO la..umno memang patut hancur dari dulu lagi..umno lah punca melayu merempat..umno barua cina..mkn rasuah toke cina MCA.Gerakan...puihh
Kau cakap baik sikit rasuah kepala bapakaw. Aku rase kau ni bukan anok felda. Suka hati kau je cakap macam tu. Aku bersyukur sangat dapat rumah , tempat tinggal tetap dekat felda. Dapat rumah, diberi kebun getah. Rajin dengan malas je. Orang yang malas je selalu menyungut ni. Kalau najib bagi brim1 kau dulu yang daftar beratur pergi cocok duit. Alasan kau bagi, najib dah bagi kita ambik la.
Post a Comment