KENAPA PERLU SISTEM PENTERNAKAN BABI SECARA MODEN
Hari ini kecoh tentang wujudnya satu lagi bala dari ALLAH iaitu penyakit Selsema Babi. ALLAH dah pun menjelaskan bahawa setiap musibah atau bala yang diturunkan adalah hasil dari kerja tangan manusia itu sendiri. Ternyata penyakit terbaru ini amat menggusarkan rakyat Malaysia kerana faktor ladang ternakan babi yang tidak terurus di Malaysia boleh mengakibatkan penyakit ini akan senang merebak. Ingat tak lagi virus JE suatu ketika dulu di Bukit Pelandok. Manusia mudah lupa akan peringatan ALLAH.
Selepas mengambil alih pucuk pimpinan negeri Selangor kerajaan PR telah cuba menstrukturkan semula tentang kaedah penternakan babi di Selangor yang berselerak dengan kaedah penternakan moden berpusat. Antara kebaikannya;
a) Senang dipantau pihak berkuasa kerana hanya satu tempat sahaja dilesenkan penternakan babi dan hanya untuk keperluan domestik sahaja.
b) Tidak mengeluarkan bau busuk kerana penternakan di dalam bangunan berhawa dingin dimana setiap proses seperti penyembelihan dilakukan didalam kawasan tersebut. Najis dikitar untuk sumber kuasa.
c) Sistem saliran yang terkawal dimana air yang dilepaskan ke sungai akan terlebih dahulu dirawat didalam bangunan tersebut.
d) Menggunakan sistem penternakan moden yang diambil teknologi dari negara Jerman.
Akan tetapi atas sebab tidak mahu kerajaan PR mendapat kredit dari projek ternakan tersebut maka UMNO sekali lagi cuba mengelirukan rakyat seolah-olah kerajaan PR telah pun membesarkan pusat ternakan babi dan ini akan memberi impak yang buruk dari segi bau dan pencemaran alam sekitar. Padahal kerajaan PR telah pun menjelaskan bahawa projek ini hanyalah projek mengumpulkan semua ladang ternakan babi yang berselerak di Selangor agar diletakkan disatu kawasan untuk dipantau dengan menggunakan kaedah ternakan berteknologi tinggi yang dapat menjamin dari perlaku pencemaran sungai, udara dan juga bau. Bahkan bilangan ternakan juga hanya untuk keperluan domestik.
Akan tetapi hari ini terbukti langkah ini adalah langkah bijak dari pihak kerajaan negeri dan telah pun mendapat respon dari dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia seperti kenyataan yang dikeluarkan kepada Malaysiakini;
Ekoran merebaknya selsema babi, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa supaya pelaksanaan sistem ladang ternakan babi moden disegerakan supaya risiko dan kegusaran masyarakat umum dapat dihapuskan. "Ini kerana masih terdapat banyak ladang babi yang masih tidak terurus dan kumbahannya terus dibuang ke dalam saluran pengaliran yang tidak sewajarnya, seperti yang berlaku di Masjid Tanah, Melaka," kata Pengarah Projek PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin. Katanya, kepimpinan baru perlu membuktikan kesungguhan bagi melaksanakan pembaharuan tersebut. "Bayangkanlah berpuluh tahun keadaan ladang babi yang tidak terurus dan mencemarkan alam sekitar, telah mengunding pelbagai kesan pencemaran pada alam sekitar dan risiko pelbagai penyakit," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sehubungan itu, katanya, PPIM berharap isu tersebut tidak dianggap 'tidak berkaitan', hanya kerana toleransi yang tidak kena pada tempatnya. Sebaliknya, kata beliau, PPIM mahu ia diberi perhatian serius demi memastikan lambakan ladang babi yang tidak terurus dan mencemar alam tidak mendatangkan kemudaratan kesihatan kepada rakyat Malaysia pada masa depan. PPIM juga menggesa kerajaan mengambil langkah serta kerjasama proaktif dengan pihak berkaitan untuk membangunkan sistem pencegahan bagi mencegah sebarang penularan wabak maut, terutama dengan kebanjiran warga asing yang membimbangkan di negara ini. "Rakyat negara ini harus dipertahankan tanpa sebarang kompromi," kata Noor Nirwandy. |
0 comments:
Post a Comment