Sunday, April 5, 2009

Gejala sosial remaja di Bandar Tasik Puteri makin parah




Merujuk kepada perkara diatas, melalui pemerhatian dan juga laporan daripada penduduk di Bandar Tasik Puteri dan juga maklumat dari sumber yang boleh dipercayai dari balai polis dan juga PPD Gombak menunjukkan perkembangan gejala sosial anak-anak muda di sini semakin menjadi-jadi. Sehingga ada laporan dari pihak sekolah yang mengaitkan remaja perempuan yang sudah berani memperdagangkan tubuh mereka dan apabila mendapat kaunseling dari pihak sekolah, ibubapa kepada anak tersebut bukannya berterima kasih kepada pihak guru bahkan memarahi pihak sekolah yang seolah-olah menjaga tepi kain orang.

Ada juga kes dimana pihak sekolah telah menangkap ramai remaja ponteng sekolah berada di Taman Templer. Menurut sumber dari PPD Gombak menunjukkan SMK Bandar Tasik Puteri menduduki tangga ke-4 dari segi kedudukan sekolah yang mempunyai pelajar bermasalah.

Tulisan kali ini bukan ingin melaporkan sekadar berita sensasi dari kisah tersebut tetapi untuk kita sebagai penduduk di Bandar Tasik Puteri ini supaya dapat mengembeling tenaga dan idea bagi mewujudkan kembali suasana kondusif untuk remaja kita.

Gejala ini semakin berleluasa kerana sikap penduduk sendiri yang tidak peka kepada suasana persekitaran yang mana rata-rata lebih mementingkan hal sendiri. Apa nak jadi di luar itu bukan hal mereka. Tetapi perlu diingat gejala ini umpama virus kanser yang boleh merebak ke seluruh badan jika tidak diubati segera.

Dimanakah remaja kita atau anak-anak kita berada sekarang? Pernakah kita bertanya soalan tersebut kepada diri kita? Kita lihat ramai remaaja kita melepak di sekitar Medan Puteri pada waktu yang tidak sepatutnya tidak kira lelaki atau perempuan.

Adakah sudah tidak ada jalan keluar dari permasalahan ini? Telah banyak pendekatan yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasinya tetapi tidak berjaya. Kenapa? Kerana sebenarnya mereka tidak menggunakan ubat yang betul terhadap penyakit ini. Sistem pendidikan di negara kita hari ini tidak mendidik manusia untuk berakhlak dengan akhlak islam tetapi hanya fokus kepada pencapaian akademik semata-mata. Ibubapa sanggup melabur wang ringgit yang banyak untuk menghantar anak ke kelas-kelas tuisyen bagi memastikan anak-anak mereka mendapat keputusan cemerlang didalam peperiksaan. Anak-anak telah ditanam didalam minda bahawa kejayaan itu adalah pencapaian dari peperiksaan tersebut. Tetapi soal isu akhlak tidak begitu dititikberatkan iaitu soal akidah anak-anak yang begitu lemah hari ini. Pembelajaran agama hanya sebagai subjek tumpang sahaja. Ibubapa tidak kisah kalau anak mereka tidak solat atau tidak menutup aurat tetapi sangat mengambil berat jika anak mereka tidak mendapat markah tinggi didalam peperiksaan.

Jadi ubat sebenar kepada gejala ini sebenarnya sudah lama terhidang tetapi manusia angkuh tidak ingin mengambil pendekatan secara pendidikan yang telah disarankan oleh islam kerana ALLA menjadikan manusia dengan segala kelengkapannya sekali umpama kilang kereta yang mengeluarkan kereta akan memastikan keperluan kereta sudah tersedia seperti adanya jalanraya, stesen minyak dan sebagainya. Mana mungkin kereta dapat dijual jika kemudahan tersebut tidak ada. Siapa mahu membelinya. Begitu juga ALLAH menyediakan kesemua keperluan manusia dan juga jalan penyelesaian teradap masalah manusia tersebut.

Atas keperluan tersebut pihak surau As-Siddiqin dan juga PAS Bandar Tasik Puteri akan cuba bekerjasama dengan pihak sekolah untuk merealisasikan pendekatan secara islam dengan penekanan utama untuk membina kembali akidah remaja kita seperti mana Rasulullah mula berdakwah di kota Mekah selama 13 tahun hanya menumpukan kepada soal akidah manusia terlebih dahulu barulah beralih kepada lain-lain.

Marilah bersama kita kembali kepada islam. Jadikan islam sebagai cara hidup bukan hanya tempelan untuk memenangi hati rakyat.

Membangun Bersama Islam.

4 comments:

EDITOR April 6, 2009 at 11:32 PM  

wow, mamtop jugak budak budak ni kan kan

nur nabilah syazwani August 10, 2010 at 4:36 AM  

ini bukan lencana sekolah bandar tasik puteri laaaa..huhu.

Irfan,  June 23, 2012 at 2:24 PM  

itu gambar hiasan je lar..

Irfan,  June 23, 2012 at 2:25 PM  

itu gambar hiasan je lar..

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP