Saturday, May 2, 2009

USRAH GABUNGAN PERTAMA


Pada hari jumaat yang lepas bersamaan 1 Mei 7 Jamadil Awal telah berlangsung satu Usrah gabungan di Oaks anjuran PAS Cawangan BTP yang telah dikemudi oleh Ust Zakaria. Usrah bermula lebih kurang jam 10 malam diserikan dengan barbeque ikan keli yang telah disumbangkan oleh S/U PAS Cawangan BTP.

Persediaan untuk majlis tersebut telah dimulai selepas solat Asar iaitu menangkap ikan keli di rumah S.U dan menyiangnya di markas sementara PAS Cawangan BTP. Ia diketuai oleh Ketua Cawangan sendiri iaitu En. Zulkiflli Sulong. Turut dibantu oleh semua ajk yang menyemarakkan lagi ukhuwah diantara semua AJK dan ahli PAS sekitar BTP.

Program yang julung-julung kali diadakan ini adalah sebagai mukaddimah kepada program usrah dan tarbiyyah yang lebih tersusun dan berterusan yang sedang dirancang untuk memantapkan semua ahli didalam berjuang didalam parti bagi memperjuangkan agama ALLAH di Malaysia ini. InsyaAllah dengan sambutan yang baik dari semua ahli dan AJK program ini akan dimantapkan lagi dengan memperbaiki segala kelemahan yang telah pun disedari ketika sessi usrah semalam.

Untuk melihat gambar program semalam bolehlah berkunjung ke raungan "PHOTO ALBUM" dibawah topik 'Usrah Ikan Keli'.

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP