Sunday, May 3, 2009

SEKOLAH AGAMA TAHAP KELAS 2?


Hari ini mula terdengar rungutan daripada ibubapa yang prihatin terhadap keselesaan anak-anak mereka untuk belajar di sekolah agama ekoran dari kesesakan yang berlaku di SRA As-Siddiqin. Ini menunjukkan petanda yang baik tentang kepentingan ilmu agama diisi kedalam jiwa anak-anak sebagai persediaan ke alam remaja. Pihak sekolah dan PIBG serta JKP sedang berhempas pulas untuk menangani masalah ini seberapa segera.

Tetapi bukan perkara di atas yang ingin dicoretkan kali ini, tetapi tentang sikap segelintir lagi ibubapa yang memandang sekolah agama ini sebagai tahap kelas kedua. Ini kerana bagi mereka yang bekerja, mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama sekadar untuk memastikan anak-anak mereka terjaga dari melakukan perkara yang bukan-bukan sepanjang ketiadaan mereka. Seolah-olah sekolah agama merupakan pusat jagaan anak-anak selepas waktu sekolah biasa yang mana kosnya lebih murah.

Ada juga kalangan ibubapa yang langsung tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama kerana pada anggapan mereka tidak ada beza yang ke sekolah agama atau tidak sedangkan masalah sosial tidak juga dapat dibendung. Bahkan mereka menganggap perkara masalah sosial ini hanya berpunca daripada ibubapa dan yang menarik lagi mereka mengandaikan jika keturunan ibubapa itu jenis yang bermasalah maka ia juga akan diwarisi oleh anak-anak mereka.

Dari perbualan yang dapat dicungkil oleh penulis menunjukkan masalah sebenar daripada kegawatan sosial yang meruncing sekarang selain daripada masalah pelajar itu sendiri ia juga merupakan sumbangan daripada pihak ibubapa yang jahil tentang ilmu agama.

Jadi perkara kejahilan ini tidak akan dapat diubati selain daripada mengadakan program-program penerangan terbuka tentang peranan Islam didalam menangani masalah ini. Kalau hanya tertumpu ke surau-surau, masjid atau forum terbuka masih tidak mencukupi. Ini kerana tidak semua ibubapa menyertai program-program sebegini dan mengikut kajian sebenarnya jenis ibubapa yang disebutkan di atas adalah antara yang amat kurang menyertai sebarang program penerangan sebegini.

Oleh kerana itu kita sebagai satu masyarakat di Bandar Tasik Puteri ini haruslah mempelbagaikan program penerangan tentang ilmu agama supaya masyarakat islam celik agama bukan sekadar celik IT sahaja. Tujuannya adalah supaya program yang dijalankan dapat sampai kepada golongan sasar. Antaranya menggunakan media IT contohnya apa yang diusahakan oleh PAS Cawangan BTP iaitu blog parti kerana ia dapat menyelinap ke dalam rumah golongan sasar. Media internet di BTP adalah salah satu media yang sangat berpengaruh kerana boleh dikatakan setiap rumah mempunyai kemudahan internet.

Kepada yang mempunyai idea yang lebih kreatif diharap dapat maju ke hadapan mencurahkan segala idea dan cadangan saudari-saudari demi kepentingan Islam di BTP. Semoga usaha kita ini akan mendapat keberkatan dan bantuan dari ALLAH s.w.t.

Membangun Bersama Islam

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP