HIMPUNAN "ONE BLACK MALAYSIA"
Seluruh dunia akan tertumpu ke Ipoh 7 Mei ini pada Sidang DUN negeri Perak akan diadakan. Walaupun media di Malaysia seolah-olah menutup berita ini dan hanya melaporkan sebagai berita kaki namun rakyat Malaysia sudah jelak dengan permainan media lembu ini yang sudah dicucuk libang hidung.
Satu perhimpunan yang dinamakan ‘One Black Malaysia’ serentak dengan satu program solat hajat, doa munajat dan solat subuh akan di adakan di Ipoh, Perak sebelum berlangsungnya sidang Dewan Undangan Negeri.
Program yang terlah mendapat persetujuan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan diadakan bermula jam 5.00 pagi di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak.
Rakyat bukan Islam turut dijemput untuk memeriahkan majlis ini.
Orang ramai diminta memakai pakaian ataupun baju berwarna hitam sebagai tanda sokongan terhadap himpunan ‘One Black Malaysia’ ini.
0 comments:
Post a Comment