TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI
UMNO semakin terdesak apabila menggunakan tektik lama menyekat segala tindakan rakyat untuk mendapatkan keadilan menggunakan institusi polis. Terbaru pemimpin kana PAS telah ditangkap petang tadi selepas keluar dari sebuah restoran. Menurut laporan The Star Online kesemua tiga aktivis politik ditahan hari ini termasuklah Cikgu Bad (PKR) dan seorang lagi. Kesemua mereka dipercayai ditahan kerana kononnya menganjurkan perhimpunan sempena sidang DUN Perak esok.Perkara yang amat dikesalkan adalah cara penahanan yang tidak beretika. Cara untuk cuba menakut-nakutkan rakyat agar tidak berani bersuara menentang kerakusan pemerintah zalim hari ini mungkin sudah tidak berapa berkesan.
Apa yang rakyat mintak adalah kebebasan memilih melalui satu bentuk media terbuka tanpa kongkongan kerajaan yang mana setiap isu diberitakan secara adil dan rakyat akan menjadi hakimnya. Bukan seperti hari ini kerajaan dayus pimpinan UMNO hanya berani berlawan dengan lawan yang sudah diikat kaki tangannya. Semua sumber maklumat dari pihak PR disekat dengan pelbagai cara.
Malam ini dijadualkan satu program munajat itu yang dijangka berakhir dengan solat subuh berjemaah esok paginya. Itulah program yang sangat ditakuti oleh orang UMNO yang menyebabkan habis polis dikerah sehingga menimbulkan suasana kelam-kabut.
Semoga semua pihak kembali rasional dan tidak mengurus suasana menurut hawa nafsu dan kezaliman. Semoga Allah swt memberikan ketenangan kepada semua pejuang khasnya Abang Mat yang kini berada di lokap di salah sebuah balai di Perak.
0 comments:
Post a Comment