MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
Pada hari ahad lepas telah berlangsung Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bertempat di Dewan Dato' Fadhil Nor Markaz Tarbiyyah PAS Pusat Taman Melewar. Mesyuarat bermula jam 9 pagi dan berakhir sekitar 7.15 petang.
Pada sessi Muktamar kali ini, pucuk pimpinan pemuda negeri tidak berlaku pertandingan dimana jawatan Ketua Pemuda, Timbalan dan Naib Ketua menang tanpa bertanding.
Ketua Pemuda : Ustaz Hasbullah Ridzwan
Timbalan : Ahmad Zaidy A. Mutalib
Naib Ketua : Mohd Sani Hamzan
Pada sessi perbahasan, para wakil perwakilan dari setiap kawasan begitu bersemangat membahaskan ucaptama dari mantan Ketua Pemuda Ustaz Sallehin Mukhyi. Antara isu yang disentuh adalah soal pentarbiyahan ahli yang tidak begitu dititikberatkan dan juga pengurusan tarbiyah yan tidak seragam, juga dibahaskan isu ekonomi, isu remaja dan yang juga hangat diperbahaskan adalah isu hubungan antara rakan komponen Pakatan Rakyat terutama parti PKR.
Muktamar telah memutuskan agar para perwakilan yang akan ke Muktamar pusat diputuskan oleh saf kepimpinan yang baru dipilih. Muktamar juga memutuskan untuk mencalonkan Ustaz Nasharuddin Tantawi sebagai calon Ketua Pemuda Pusat dan Ustaz Nik Abduh sebagai Timbalan pada Muktamar PAS pusat nanti di Stadium Melawati Shah Alam.
Saf kepimpinan yang baru dipilih diyakini merupakan saf kepimpinan terbaik untuk membawa wadah Pemuda sebagai penggerak dan pencetus idea-idea baru demi keutuhan parti dan perjuangan islam.
Gambar-gambar sekitar muktamar, sila klik "PHOTO ALBUM" dan pilih Muktamar DPPNS.
0 comments:
Post a Comment