Monday, May 4, 2009

SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-10 PKR DI BANDAR TASIK PUTERI

Bandar Tasik Puteri sekali lagi akan menjadi tumpuan masyarakat luar apabila parti Keadilan Rakyat akan merayakan ulangtahun penubuhannya yang ke-10 di sini pada 9 mei 2009 (Sabtu) akan datang. Pelbagai program telah diatur bagi memeriahkan majlis tersebut.

Program yang dijadualkan bermula pada sebelah petangnya seawal 4 petang dengan perasmian gerai akan dilakukan oleh Presidennya iaitu Dr Wan Azizah dan pada malamnya sebagai acara kemuncak akan diadakan majlis makan malam dan ceramah umum yang tentunya menjadi perhatian umum iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim. Turut menyampaikan ucapan adalah MB Selangor iaitu Dato' Seri Khalid Ibrahim. Semua masyarakat BTP dijemput untuk solat berjemaah maghrib dan isyak di masjid BTP serta solat hajat bersama rombongan pimpinan PKR.

Program akan berlangsung di Puteri Central Park yang mana ini adalah julung-julung kali program besar dari parti komponen Pakatan Rakyat diadakan di tempat tersebut. PAS Cawangan BTP juga akan terlibat dari segi menyediakan bantuan petugas didalam menjayakan program yang dianggap yang besar pada kalender tahun ini.

PAS Cawangan BTP mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun ke-10 penubuhan PKR di Malaysia.

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP