Saturday, May 9, 2009

SUKAN PASTI KAWASAN SELAYANG MERIAH

Program sukan PASTI Kawasan Selayang yang berlangsung hari ini sabtu 9 Mei 2009 yang telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Kawasan Selayang berlangsung didalam suasana yang sungguh meriah. Program bermula lebih kurang jam 8.30 pagi dengan ketibaan peserta dari seluruh kawasan Selayang dan juga pihak ibubapa.

Penyertaan pada tahun ini melibatkan 7 buah PASTI dari jumlah keseluruhan 9 buah PASTI di kawasan Selayang. Pihak urusetia yang bertungkus lumus dari semalam lagi yang diketuai oleh Ustaz Fauzan sangat berpushati didalam penganjuran pada tahun ini walaupun masih ada ruang untuk diperbaiki pada masa akan datang.

Sukan yang dipertandingkan adalah bolasepak 7 sebelah bagi kanak-kanak lelaki dan bola jaring bagi kanak-kanak perempuan. PASTI At-Tauhid Selayang Baru mengungguli kejuaraan bagi acara kanak-kanak lelaki dan kanak- kanak perempuan yang telah membawa pulang trofi kejohanan dan piala pusingan manakala naib johan adalah PASTI Al-Munirah. Keceriaan terpapar disetiap wajah kanak-kanak yang menyertai kejohanan pada kali ini walaupun tidak menang tetapi semangat berpasukan dapat diterapkan didalam diri mereka. Banyak aksi-aksi lucu yang dapat dilihat ketika berlangsungnya kejohanan. Tahniah kepada semua ibubapa yang turut memeriahkan kejohanan pada kali ini dengan memberi sokongan moral yang tinggi kepada anak masing-masing.

Tidak ketinggalan pada kejohanan kali ini telah diselitkan perlawanan selingan antara pihak urusetia melawan pasukan ibubapa ketika menanti perlawanan akhir bagi kedua-dua katagori yang mana kedua-duanya telah dimenangi oleh pihak urusetia. kejohanan telah ditutup dengan rasminya oleg YDP PAS Kawasan Selayang iaitu Hj Muhammad berserta dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta kejohanan. Tidak lupa penyampaian cenderahati kepada kedua-dua perasmi dan disempurnakan oleh Ketua Cawangan BTP En. Zulkifli Sulong dan Pengerusi JKP En. Kamaruddin. Kejohanan berakhir lebih kurang jam 1 tengahari.

Untuk melihat gambar-gambar menarik semasa kejohanan bolehlah klik di 'PHOTO ALBUM' dan pilih tajuk Sukan PASTI.

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP