Thursday, May 21, 2009

KUMPUL DANA MELALUI PROJEK TERNAK KELI

http://aminagrotech.files.wordpress.com/2007/07/p1000563.jpg
PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri telah mengorak langkah setapak lagi dengan membangunkan projek ternakan ikan keli sebagai langkah menambah dana parti bagi memperhebatkan lagi aktiviti bersama masyarakat sekitar BTP.

Langkah ini telah dibentangkan oleh Lujnah Ekonomi bagi menampung semua aktiviti yang telah pun dirancang bagi sessi kali ini. Modal diperolehi melalui semua AJK yang melibatkan minimum RM100 seunit. Keuntungan telah dipersetujui sebanyak 80-20 iaitu 80% keuntungan untuk parti dan 20% lagi kembali kepada pemodal. Jangkaan awal hasil ternakan dapat dijual sekitar 3 ~ 4 bulan.

Sambutan dari semua AJK amat menggalakkan. Buat masa ini separuh dari modal yang diperlukan sudah dapat dikumpul. Projek gotong-royong akan dilakukan pada hari sabtu ini 23 mei di Tadika Insaniah iaitu kerja-kerja pemasangan kanvas dan rangka. Gotong-royong dijangka bermula seawal jam 8 pagi. Semua AJK dan ahli dijemput untuk menyertai gotong-royong tersebut nanti.

Sistem sumbangan untuk kutipan modal ini akan dibuka kepada semua ahli jika modal tambahan diperlukan. Sekiranya permintaan meningkat untuk penyertaan menjadi pemodal, pihak PAS Cawangan mungkin akan memikirkan untuk membesarkan lagi skala projek yang telah dipersetujui sebelum ini. Semoga projek ini mendapat keberkatan dari ALLAH.

Selain dari itu pihak PAS Cawangan juga akan mengadakan projek ekonomi seterusnya sedikit masa lagi iaitu projek pasar karat di Bandar Tasik Puteri. Ia akan dimaklumkan nanti oleh Pengurus projek yang dilantik.

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP