Tuesday, May 19, 2009

MALAYSIA NEGARA ISLAM?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieFN-whZqULNbOjspN_r0BsT2dEperGI2zW1t6TupR8_0upOT9Rrnu_S7G4Cice395KowXijM4AVdEFjBtdNKcKT5r0S9m4bvr83EQDh7UVHqQsYcuIo7chSeL1jGcYn5_s-y3lpYRHY7o/s400/bendera.jpg
Bagi menegakkan negara Islam ia mestilah mempunyai tiga perkara:


1. Tempat: iaitu bumi atau kawasan yang diduduki.
2. Penduduk atau bangsa yang tinggal di atas kawasan tersebut.
3. Kekuasaan yang tertegak peraturan serta undang-undang dan mempunyai pentadbiran kenegaraan.

Sesebuah negara tidak akan tertegak jika tidak mencukupi tiga syarat di atas.

Mengikut ulamak feqah, ada lima pembahagian negara iaitu:

1. Dar al-Islam
2. Dar al-Harb
3. Dar al-‘Aqd (Dar al-Sulh)
4. Dar al-Riddah
5. Dar al-Bughat

Sifat-sifat Negara Islam Dan Negara Harb


Al-Qur’an menyifatkan keadaan Mekah sebagai dar al-Harb sebelum pembukaan Kota Mekah pada tahun 9H.. Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 59 yang bermaksud:

‘Telah diizinkan benperang bagi orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai. Dan sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk menolong mereka.”

Ibn Abbas berkata ayat ini diturunkan ketika nabi Muhammad serta para sahabat keluar dan Mekah dan ketika ini Mekah diiktibarkan sebagai ‘dar al--Harb’. Dan ayat ini jelas menunjukkan bahawa sifat “dar al-Harb” iaitu melakukan kezaliman seperti membunuh orang mukmin, menghalau mereka serta menjalankan hukum-hukum yang mensyirikkan Al-lah SWT. Mereka juga menghancurkan masjid serta tempat ibadat.

Sifat Negara Islam


Al-Qur’an mengambarkan “dar al-Islam” seperti firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 41 yang bermaksud:

“Orang yang kami teguhkan kedudukan mereka di atas muka bumi ini nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan kepada Allahlah segala urusan.”

Ayat ini memberi gambaran bahawa orang mukmim yang menetap di atas muka bumi ini sentiasa menjaga. sembahyang, mengeluarkan zakat, menyeru ke arah kebaikan dan menegah kemungkaran dan berkasih sayang sesama mereka. Sifat negara Islam ialah:

1. Kekuasaan dipegang oleh orang Islam.

2. Agama Islam menjadi dominan serta undang-undang Islam dilaksanakan.

3. Suasana keamanan kepada umat Islam.


Nampaknya Malaysia belum boleh diiktiraf sebagai sebuah Negara Islam tetapi hanya negara umat Islam buat masa ini...

Wallahua'lam.

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP