PROGRAM TARBIYYAH
PAS Cawangan Bandar Tasik Puteri telah mula menggerakkan program tarbiyyah kepada semua ahli terutama semua AJK bagi memastikan kefahaman yang jelas terhadap perjuangan menegakkan islam di bumi Malaysia tercinta ini. Ini kerana PAS bukan bergerak hanya diwaktu pilihanraya sahaja bahkan menjadi wadah didalam mengeluarkan rakyat Malaysia khususnya dari kefahaman sistem penjajah yang mengasingkan sistem pemerintahan dan sistem kehidupan kepada sistem islam yang syumul.
Antara program yang menjadi tumpuan adalah usrah bulanan dan juga program lain bagi meningkatkan kesedaran arah tuju perjuangan islam yang sebenar. Kepada semua ahli yang berminat untuk mengikuti program-program yang telah dijadualkan bolehlah berhubung dengan setiausaha cawangan En. Nazri di talian 012-2118993.
Antara salah satu sebab betapa pentingnya program tarbiyyah ini adalah lanjutan daripada kebanjiran ahli-ahli baru. Ini kerana program ini dapat memberi gambaran sebenar tentang konsep yang dibawa oleh PAS iaitu PAS UNTUK SEMUA. Juga dapat mendekatkan golongan remaja untuk lebih mendekatkan diri dengan program keagamaan yang secara langsung akan membuka mata semua bahawa islam itu adalah segalanya. Ini amat membimbangkan UMNO yang takut pengaruh pengundi melayu akan beralih arah kepada PAS dan komponan PR.
UMNO tahu jika rakyat faham islam maka sudah tentu UMNO sudah tidak relevan lagi kerana sudah 50 tahun lebih mereka memisahkan antara agama dan politik. Penerangan tentang islam cuba ditapis dan segala aktiviti di masjid dan surau dihadkan kepada amalan membaca Yassin dan bertahlil sahaja. Ulama ramai yang telah digam. Jadi peluang yang terbuka luas untuk rakyat memahami islam hari ini terutama di Selangor membuatkan mereka tidak senang duduk. Mereka cuba menunjukkan bahawa merekalah yang berjasa membina masjid tetapi sehingga hari ini masjid sunyi sepi dari program agama. Gambar mereka dipampang besar dimasjid. Inilah bayangan orang yang munafik tak ubah seperti kisah Abdullah bin Ubai seorang munafik yang ulung. Kisah yang menceritakan tentang kehebatan beliau membina masjid di zaman Rasulullah semata-mata hendak menunjukkan beliau adalah orang yang sangat berjasa tetapi disebalik itu beliaulah yang banyak menetang ajaran yang dibawa Rasulullah.
Semoga program tersebut menjadi pemangkin kepada kebangkitan pejuang-pejuang islam yang bersama mengibarkan syiar islam serta dapat membantu penduduk di Bandar Tasik Puteri agar dapat membentuk masyarakat madani. Jika ada cadangan untuk menambahbaik program yang sedia ada pihak kami amat mengalu-alukan komen anda.
0 comments:
Post a Comment