Tuesday, May 12, 2009

UMNO MATI-MATI TAK NAK PILIHANRAYA

Besar Harapan rakyat perak agar Tuanku Perkenan untuk membubarkan DUN.. Harap Tuanku Tidak lagi menghampakan Rakyat untuk kali kedua ini...

Bayangkan jika dalam tempoh 2-3 hari ini, Speaker yang belum disahkan jawatannya, Datuk R.Ganesan memanggil sidang DUN Perak. Kemudian Zambry atau mana-mana ADUN BN membawa usul undi tidak percaya kepada Nizar sebagai Menteri Besar. Lalu pengundian dijalankan. Akhirnya BN dengan undi 28+3 menewaskan PR yang mendapat 28 undi.

Jika ini berlaku sekali lagi huru-hara bakal melanda politik Perak. Ini kerana ADUN PR tidak akan mengiktiraf undi tidak percaya terhadap Nizar yang dibuat di hadapan Ganesan. Mereka pasti mempersoalkan perlantikan Ganesan sebagai Speaker yang tidak sah mengikut undang-undang. Mengikut undang-undang, jawatan Speaker hanya boleh diganti jika beliau secara sukarela meletak jawatan atau meninggal dunia.

Malangnya Speaker sah DUN Perak, Sivakumar, tidak pernah meletak jawatan dan beliau juga masih hidup dan tidak pernah dikebumikan di mana-mana tanah perkuburan negara ini. Oleh itu perlantikan Ganesan sebagai Speaker adalah tidak sah dan jika ada usul undi tidak percaya yang melibatkan Speaker bernama Ganesan ia juga adalah tidak sah.

Andainya senario tersebut berlaku, sekali lagi Perak bakal dilanda krisis, dari krisis perlantikan Menteri Besar membawa kepada krisis perlantkan Speaker pula.

Rakyat Perak pasti akan bertanya: sampai bila krisis politik Perak akan berakhir, lepas krisis perlantikan MB, krisis perlantikan Speaker pula!

Jawapannya mudah: krisis politik Perak hanya akan terungkai jika suara rakyat diiktiraf oleh kepimpinan kita – tidak kiralah kepimpinan politik atau kepimpinan monarki.

Khabarnya pagi ini DS Nizar akan mengadap Sultan Perak bagi memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN. Mungkin dalam masa yang sama Zambry juga akan mengadap Sultan memohon jangan membubarkan DUN. Hakim Mahkamah Tinggi dalam penghakimannya petang tadi menyatakan Sultan Perak telah melakukan kesilapan apabila bersetuju menerima Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

Harap baginda Sultan sedia mendengar suara rakyat yang mahu DUN dibubarkan. Harap baginda tidak melakukan kesilapan kedua yang boleh mengundang krisis politik Perak berpanjangan. Harap tiada lagi mahkamah yang menyatakan baginda Sultan telah membuat kesilapan kedua. Harap selepas ini nama baik baginda tidak lagi dicemari dalam mana-mana mahkamah!

Ikhsan dari http://pendikargunung.blogspot.com

0 comments:

SEJARAH PAS BTP

Pas BTP telah ditubuhkan pada.....

Followers

  © Di bangun dan diuruskan oleh: www.teacawan.com by Adik Mohamad b. Hj. Man 2008

Back to TOP