BEZA ANTARA UMNO & DAP
Banyak komen yang kita baca terutama dari pihak UMNO tentang mengapa PAS sanggup berkawan dengan bukan islam dan menolak UMNO yang kononnya sesama islam. Kita cuba lihat perbezaan kenapa PAS sanggup berkawan dengan DAP dari UMNO seperti di bawah;
a) DAP menolak islam kerana selama BN memerintah 50 tahun lebih tidak ada program yang dibuat untuk memberi kefahaman betapa sistem yang dibawa oleh islam kepada manusia adalah yang terbaik bahkan dimomokkan lagi betapa tidak relevannya hukum islam. Sedangkan UMNO sendiri menolak hukum ALLAH dengan alasan belum sesuai dilaksanakan sekarang. Kita nak tanya orang UMNO ni siapa kamu? Lebih hebat diri kamu dari ALLAH ke? Takkan ALLAH tidak perasan hukum yang dibuatNYA sedangkan dia yang mencipta manusia dan alam ini dengan isi-isinya.
Kita ambil contoh pembuat kereta Mercedes bila keluarkan kereta, mereka tidak lupa dilampirkan dengan manualnya sekali supaya pengguna dapat panduan penjagaan agar kereta dapat tahan lama dan didalam kondisi yang sentiasa elok. Katakan pengguna ni pandai-pandai sendiri tak nak guna manual mercedes tapi nak pakai manual proton kerana kononnya atas sifat patriotik. Apa akan jadi? Sendiri fikirlah...
Begitu juga dengan manusia, ALLAH jadikan manusia beserta dengan manualnya iaitu al-Quran dan al-Hadith. Tetapi hari ini UMNO pandai-pandai nak buat manual sendiri maka timbulllah macam-macam kecelaruan pada hari ini seperti masalah gejala sosial, penagihan dadah dan sebagainya. Dah bermacam-macam program telah diperkenalkan tetapi masalah tidak pun berkurang malah makin bertambah. Sehingga ada jalan penyelesaian yang sudah tidak masuk akal iaitu contohnya beri subsidi jarum dan kondom percuma. Jadi kita lihat betapa celarunya UMNO dan BN hari ini selagi mana mereka tidak mahu kembali kepada manual ALLAH.
b) Semasa didalam pemerintahan UMNO BN, program ilmu agama telah ditapis sebegitu rupa. Ulamak yang bercakap bertentangan dengan kehendak pemerintah walaupun berlandaskan al-Quran dan al-Hadith akan digam. Kuliah-kuliah hambar dan tinggallah yang memenuhi masjid-masjid dan surau-surau adalah dari kalangan orang pencen sahaja. Tiada program bersepadu untuk pengukuhan akidah umat islam. Islam telah menjadi caca-marba antara yang halal dan haram dicampur aduk. Tetapi setelah kemenangan PR didalam PRU ke-12 yang lalu ambil contoh negeri yang ditadbir oleh DAP iaitu Pulau Pinang, ilmu islam dapat dikembangkan sebebas-bebasnya. Masjid-masjid dan surau-surau mula dipenuhi oleh pelbagai golongan masyarakat. Malah kerajaan negeri telah menambah peruntukan untuk diberikan kepada sekolah agama rakyat. Orang bukan islam sudah tidak takut kepada hukum hudud dan sudah bersama didalam majlis-majlis ilmu. Dan yang terbaru bolah berhujah menggunakan al-Quran. Ini senario yang berlaku hari ini.
Cara UMNO yang menghakmilikkan islam hanya untuk orang melayu itulah yang membuat orang bukan islam semakin jauh dengan islam. Jelas hari ini orang bukan islam sering dilihat bersama tok-tok guru di dalam majlis-majlis bersama rakyat. Kita kena faham tujuan ALLAH menjadikan manusia terdiri dari pelbagai bangsa bukan untuk berpuak-puak atau saling mengatasi diantara satu sama lain tetapi untuk saling mengenali dan bernaung dibawah payung Islam. Melayu takkan bernilai tanpa Islam.
Kesimpulan kenapa PAS menolak UMNO adalah kerana UMNO sebenarnya tidak mahukan Islam tetapi sekadar tempelan sahaja bukan satu cara hidup tetapi orang bukan islam mula mahu mendekati Islam. Ini merupakan kewajipan kepada gerakan Islam PAS memberi mereka penafsiran Islam yang syumul dan membimbing mereka semua. UMNO semahunya ingin memastikan agar rakyat terus jahil denan ilmu agama agar mereka senang menipu rakyat melalui ulamak dunia mereka yang takut untuk bersuara menegur kebatilan yang dilakukan oleh pemimpin mereka dan hari ini pemimpin mereka mula gundah gulana kerana rakyat telah mula faham tentang apa yang sebenarnya dibawa oleh Islam.
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
0 comments:
Post a Comment